Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Wednesday, September 16, 2009

Photo Eksklusif MOMOK Di Belakang Tabir Momok The Movie!

Photo yang di ambil semasa penggambaran filem MOMOK The Movie di Gunung Senyum, Temerloh, Pahang. Penggambaran ini melibatkan pelakon utamanya Nabil Raja lawak Musim Ke 2 (Sebagai Jefri, Pemuda yang sesat di Perkampungan Bunian), Pendatang Baru, Hanis Zalikha ( sebagai Puteri Bunian) dan ramai pelakon kanak-kanak. Pelakon Kanak-kanak yang kononnya 'anak-anak' bunian ini membaca surah Al-fatihah sambil berjalan di kaki Gunung Senyum. Ketika photo ini di ambil waktu ketika itu hampir senja dfi sekitar pukul 6.45 petang dan hujan gerimis. Gambar dalam bulatan merah adalah imej pelakon yang tidak di undang, makhluk yang di panggil Bunian. Manakala imej dalam bulatan kuning adalah kanak-kanak yang merupakan pelakon-pelakon sebenar bagi segmen cerita 'BUNIAN' Adakah imej dalam bulatan merah itu benar-benar makhluk yang di panggil "BUNIAN"?

Imej dalam bulatan hijau adalah adalah photo yang telah di petik secara tidak sengaja menggunakan kamera digital bagi tujuan still photo. Photo ini di ambil dalam salah sebuah rumah di kampung Sanggang Seberang, Temerloh, Pahang yang menjadi salah satu set penggambaran bagi segmen cerita Pochong. Walaupun imej ini tidak melibatkan pelakon utama yang memegang watak Pochong, Mell, secara langsung, tetapi imej ini telah menimbulkan tandatanya bagi krew filem ini. Waktu ketika photo ini ter...rakam adalah sekitar pukul 3.30 pagi di bahagian dapur rumah.

Nota: Kedua-dua gambar ini adalah gambar asli yang tidak ada pengubahsuaian. Jin sememangnya wujud. Adakah kedua-dua imej ini dari species Jin? Adakah imej ini MOMOK yang sebenarnya? Mungkin sukar untuk dipastikan jawapan yang sebenarnya. Namun anda dijanjikan perasan kehadiran makhluk ini dengan menonton filem MOMOK The Movie pada hari raya nanti.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Bathin.

1 comment:

Unknown said...

sebenar gambar yg atas tu byk lg yg engko perlu bulatan,,ade 3 lg wajah pelik yg aku tgk,,atau lebih,,try engko zoom kan gambo tu