Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Sunday, September 27, 2009

MOMOK The Movie teruskan usaha promosi!




Sehari suntuk team MOMOK round panggung dan buat promosi di merata-rata tempat..tak cukup dengan segala macam busy termasuk hantar anak2 balik asrama..timbul pula kontroversi filem MOMOK The Movie dan KRU Bhd...terpaksa pula menjawab jawab secara 'live' dengan Gala TV Astro Awani semalam. Kalau Norman KRU marah dan kecewa MOMOK The Movie buat kutipan lebih dari filem Jin Notti, saya lebih sedih kerana MOMOK The Movie dan Jin Notti gagal memberi saingan yang setanding kepada filem-filem luar.

Filem MOMOK The Movie dan tempatan terpaksa bersaing dengan lebih 7 filem asing antara jodolnya termasuk G.Force, Final Destination dan Tsunami. Bagi saya Jin Notti bukan saingan MOMOK The Movie tapi filem tempatan yang malang yang terpaksa bersaing hebat dengan filem luar!

Namun begitu lawan tetap lawan! Promosi di TV, Billboard, Radio, Roudtours jauh dari mencukupi.Team Momok bersama saya sendiri turun padang untuk menarik masyarakat memberi sokongan di panggung2 seluruh Malaysia, pasar malam, stesen2 bas, stesen petrol dan segala macam tempat. Alhamdulillah segala usaha telah menampakkan reaksi yang positif kepada kutipan filem MOMOK The Movie.

Apa-apa pun saya berharap berilah sokongan kepada filem-filem tempatan khususnya kepada filem MOMOK The Movie. Kepada yang telah menonton saya ucapkan terima kasih di atas sokongan anda.

No comments: