Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Thursday, June 28, 2012

Sehari bersama MOMOK..Jangan Cari Pasal di Putrajaya - Seremban - Muar.






Alhamdulillah....Letih tapi berbaloi! Misi ke Lembaga Penapis Film Malaysia (LPFM) bertemu Pengerusinya pada sebelah pagi bagi menyelesaikan masaalah  Filem MOMOK..JCP yang menerima 4 pemotongan oleh LPFM berjaya di selesaikan secara 'win-win situation'  MOMOK..JCP  mendapat klasifikasi P-13. Nasib baik tak kena banned terus! Kalau tidak, Naiya! Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi LPFM, Datuk Raja Azhar..

MOMOK..Jangan Cari Pasal kemudian bertolak ke arah Selatan dan singgah seketika di Seremban & Senawang sebelum ke Muar, Johor dalam rangka promosi untuk menyerahkan bahan-bahan promosi kepada rakan2 di sana. Sambil menyelam minum air, kami telah di jamukan kuih-muih, tomyam, asam pedas dan durian klon 101 di perkarangan Sekolah Menengah Sains Muar.

Terima kasih buat Sdra Azrul AP, Sheila, Puan Siti Nor & Suami, Sharmila, Tanti, Pak Burno, Kak Bunian, & Pn. Langsur yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan perancangan program promosi MOMOK..JCP. ..MOMOK..JCP akan meneruskan program promosinya lagi selepas ni ke Ipoh dan taiping. Terima Kasih atas sokongan semua. MOMOK..JANGAN CARI PASAL..12 Julai 2012!

Wednesday, June 27, 2012

Monday, June 25, 2012

Peraduan SMS MOMOK..Jangan Cari Pasal!! Menangi Pas Percuma & Barangan Eksklusif MOMOK!

Jom jawab soalan mudah bagi memenangi Pas Percuma Tayangan & Barangan Eksklusif MOMOK! TEMPOH PERADUAN 26 Jun - 7 Julai 2012!



Friday, June 22, 2012

Cuba selesai isu 'Wajib@Sunat' Tayang Finas - MOMOK..Jangan Cari Pasal, Jumpa Pengerusinya Datuk Mustapha Maarof.





 Alhamdulillah...kemelut Wajib Tayang Finas yang di 'cipta' oleh Finas sendiri menampakkan jalan penyelesaiannya selepas satu perjumpaan secara 'adhoc' dibuat dengan Pengerusi Wajib Tayang Finas, Datuk Mustapha Maarof. Masaalah mula timbul bila Finas sendiri acap kali mengubah polisi kerja tanpa mengadakan perbincangan bersama pihak penerbit dan pihak2 yang berkaitan. Namun isu yang menjadi permasalahan besar ialah bila Finas memutuskan polisi penayangan filem 2 Filem seminggu yang mencutuskan masaalah besar bagi proses penayangan filem tempatan di pawagam dan menyebabkan kerugian besar kepada majoriti penerbit filem tempatan.

Masaalah yang sama di hadapi oleh syarikat penerbitan Galaksi Seni Sdn.Bhd (GSSB) yang menerbitkan filem MOMOK..Jangan Cari Pasal apabila Finas mengeluarkan senarai pawagam- pawagam 'mati' yang tidak di pohon oleh GSSB. Persoalannya, Wajib Tayang Finas sudah jadi Sunat Tayang Finas ka? Kenapa prioriti diberikan kepada filem asing? Kenapa pihak pemamer pula yang menentukan filem asing atau tempatan yg boleh ditayangkan di pawagam2 mereka. Mana kuasa Finas? Semoga perjumpaan bersama Datuk Mustapha hari ini akan dapat membantu menyelasaikan permasalahan ini. Finas harus lebih cekap melaksanakan sebarang polisi dan tidak sewenang-wenangnya melaksanakan sesuatu tanpa kajian terperinci, implikasi pada mereka yang terbabit dan perbincangan dengan semua pihak yang terbabit. Dalam erti kata lain..jangan ikut suka hati buat keputusan tanpa pakai ilmu dan akal.

Turut berada sama di perjumpaan 'santai' bersama Datuk Mustapa ini ialah pengarah filem Sabree Fadzil, Penerbit filem, Imran Ismail, Penyunting Filem, Salim Hj Saifuddin dan Pengurus Kewangan GSSB, Shahrila Baharom. Filem MOMOK..Jangan Cari Pasal akan tetap ditayangkan kepada umum mulai 12 Julai 2012 di seluruh pawagam di Malaysia dan Brunei.

Wednesday, June 20, 2012

'M.Jamil & Ariff S.Samsudin Cuba Kembalikan Era Kegemilangan Jalan Ampas..'



 Antara Anak2 Jalan Ampas yang berusaha menyambung era kegemilangan filem2 Melayu Jalan Ampas. Ariff S.Samsudin kini berada di Singapura dan masih aktif dengan aktiviti2 seninya. Manakala M.Jamil sibuk dengan MOMOK..Hehe..Saksikan MOMOK..Jangan Cari Pasal di seluruh pawagam serentak di Malaysia dan Brunei pada 12 Julai 2012!

"Wajib Tayang FINAS dah Jadi Sunat Tayang Finas la pulok!

Pentadbiran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bercelaru!..Ini terbukti angka kutipan filem-filem yang ditayangkan sejak polisi baru Finas, 2 filem tempatan seminggu ditayangkan jatuh merundum! Pemamer sudah mula boleh memperlekehkan kuasa Finas. Finas  sudah hilang bukan saja hilang taring tapi gigi! Finas sudah ronggak..Wajib Tayang Finas sudah jadi Sunat Tayang Finas saja. Beberapa penerbit dan pelabur buat filem sudah terasa bahangnya. Beberepa penerbit mula tarik filem mereka dari sistem Wajib Tayang Finas. Filem2 rugi banyak bukan kepalang. Tauke panggung mula jadi besar kepala dari Finas. Haruuuu! Ketua Pengarah (KP) Finas yang baru boleh hanya duduk senyap 'repair' jambangnya saja.  Finas ditadbirkan oleh bukan ahli..Kalau bukan ahli tadbirkan sesuatu kerja yang seharusnya ditadbirkan mereka yang ahli, beginilah haru biru jadinya..

Finas juga tak jauh bezanya dengan Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPFM). Kerja2 dilaksanakan oleh mereka2 yang bukan ahli. Potong ikut suka..tiada ilmu tiada tolenrasi. Sebagai orang seni saya lebih 'salute' pentadbiran Zoo negara Malaysia yang terletak di sebelah FINAS. Zoo Negara kini terhimpit di tengah-tengah kepesatan pembangunan tapi masih efisien dalam mengekalkan kewibawaannya.

Wahai Finas dan LPFM..jangan jadikan filem-filem tempatan sebagai eksperimen untuk anda mencari formula kerja anda..Belajar dan carilah ilmu untuk kerja anda. Jangan pupuskan filem tempatan..nanti penerbit2 bankrap anda pula tak de kerja.

Jika mereka-mereka dalam FINAS dan LPFM rasa mereka hebat dan berkuasa, ada yang lebih berkuasa. Negara kita yang tersayang ni ada undang-undang..Saya tak perlu merusuh dan tunjuk perasaan. Saya akan ikut saluran undang-undang jika itu dapat mengubah mereka-mereka yang bodoh sombong dan bodoh yang tidak boleh di ajar ini.

" MOMOK- JANGAN CARI PASAL..TAK PASAL-PASAL CARI PASAL! - 12 JULAI 2012!!

Sunday, June 17, 2012

MOMOK..Jangan Cari Pasal, Sehari Suntuk di Pantai Timur!


Dari KL seawal 7 pagi, MJCP menuju ke Starmall Mentakab untuk meninjau persiapan di Pawagam GSC yang turut menayangkan filem  Momok..Jangan Cari Pasal pada 12 Julai ini. Selepas itu MJCP singgah ni Pasar Mini, Bernas Seloka Sdn.Bhd. bertemu taukenya,Puan Samira dan Suami, yang juga rakan FB MJCP, dan Saudara Roslan untuk mendapatkan bantuan bagi membantu promosi filem dan Buku Anak Jalan Ampas. MJCP sempat makan tengahari bersama Puan samira dan Keluarga Nasi Ayam Kukus di bandar Temerloh. Pada sebelah petangnya MJCP berada di Pantai Peranginan Telok Chempedak, Kuantan, bagi meninjau papan iklan elektronik yang menyiarkan trailer momok jcp dan mengedarkan flyers dan bertemu rakan FB MJCP, Qaseh Love. Seterusnya MJCP bertandang ke rumah Qaseh Love untuk menikmati keenakkan Nasi Dagang Qaseh Love.. Sambil MJCP menikmati Nasi Dagang, sempat juga Add member MJCP di laman FB MJCP. Sebelum lewat malam, MJCP kembali semula ke KL dan menamatkan program lawatan promosi MJCP di Pantai Timur. 

Nota : Bagi mereka2 di sekitar Temerloh yang ingin mendapat Buku Anak Jalan Ampas, anda bolehlah dapatkannya di Pasar Mini Bernas Seloka Sdn.Bhd, No.35, Jalan Dato Bahaman 3, Temerloh.

Wednesday, June 13, 2012

Majlis 'merisek' berjumpa Bakal Menantu! Alhamdulillah! Jamu Durian Lagi!





Alhamdulillah..Selesai sudah majlis berjumpa bakal menantu saya. Semuanya di permudahkan yang Maha Esa dengan kelapangan di dada mengetahui anak sulong saya , Emilia Habiba bakal menjadi suri rumahtangga. Bagaimanapun, pertemuan awal ini akan di susuli majlis pertunangan  dan perkahwinan yang di rancang dalam tempoh 3 bulan ini. Anak dara sulong saya seorang dokter di Ireland, bakal menantu saya pula seorang pensyarah di UIA Gombak. Oklah tu. InsyaAllah, semuanya akan berlangsung dengan baik. Dalam tempoh tiga bulan ini juga filem MOMOK..Jangan Cari Pasal akan ditayangkan (12 Julai 2012) dan beberapa peristiwa penting buat saya akan berlaku juga. Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. InsyaAllah.

‎~ MOMOK..JCP ~ Utusan Malaysia 14.06.2012 sisipan kecil mega hits ms 24 ~


Sunday, June 10, 2012

'Cinta Momok Tak Cari Pasal...'

"Cinta bukan hanya berkisar mengenal soal nafsu dan kecantikan sahaja.. tetapi yang lebih penting adalah Kasih Sayang, Kepercayaan, Komitmen dan Kesetiaan"- M.Jamil..Momok..Jangan Cari Pasal..12 Julai, 2012

Saturday, June 9, 2012

Program Promosi di Mydin Bukit Jambul & Naza Cafe Pulau Pinang!

Alhamdulillah..program promosi filem MOMOK Jangan Cari Pasal pada 9hb Jun di Mydin Bukit Jambul dan Naza Cafe di Pulau Pinang berjalan dengan lancar dan jayanya. bagi pihak produksi filem MOMOK..Jangan Cari Pasal, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada Sayang N. Azian, Afisz Aris, Lan M. Nasir, Deejay Ringgo , Sdra Naza, Hemee Wara Dato, Masmunaliza, Pihak Pengurusan Mydin Bukit Jambul, Rakan yang yang tidak dapat saya sebutkan nama mereka di sini dan para peminat di Pulang Pinang dan mereka2 yang telah menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung. Pihak kami akan berada selama sehari lagi (1ohb Jun) di Pulau Pinang dan akan meneruskan program promosi kami di negeri2 sebelah Pantai Timur dan di ikuti sebalah Selatan tanahair. Letih..tapi amat menyeronokkan kerana semua sporting! Terima kasih atas sokongan dan teruskan sokongan anda kepada filem MOMOK..Jangan Cari Pasal.