Pentadbiran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bercelaru!..Ini terbukti angka kutipan filem-filem yang ditayangkan sejak polisi baru Finas, 2 filem tempatan seminggu ditayangkan jatuh merundum! Pemamer sudah mula boleh memperlekehkan kuasa Finas. Finas sudah hilang bukan saja hilang taring tapi gigi! Finas sudah ronggak..Wajib Tayang Finas sudah jadi Sunat Tayang Finas saja. Beberapa penerbit dan pelabur buat filem sudah terasa bahangnya. Beberepa penerbit mula tarik filem mereka dari sistem Wajib Tayang Finas. Filem2 rugi banyak bukan kepalang. Tauke panggung mula jadi besar kepala dari Finas. Haruuuu! Ketua Pengarah (KP) Finas yang baru boleh hanya duduk senyap 'repair' jambangnya saja. Finas ditadbirkan oleh bukan ahli..Kalau bukan ahli tadbirkan sesuatu kerja yang seharusnya ditadbirkan mereka yang ahli, beginilah haru biru jadinya..
Finas juga tak jauh bezanya dengan Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPFM). Kerja2 dilaksanakan oleh mereka2 yang bukan ahli. Potong ikut suka..tiada ilmu tiada tolenrasi. Sebagai orang seni saya lebih 'salute' pentadbiran Zoo negara Malaysia yang terletak di sebelah FINAS. Zoo Negara kini terhimpit di tengah-tengah kepesatan pembangunan tapi masih efisien dalam mengekalkan kewibawaannya.
Wahai Finas dan LPFM..jangan jadikan filem-filem tempatan sebagai eksperimen untuk anda mencari formula kerja anda..Belajar dan carilah ilmu untuk kerja anda. Jangan pupuskan filem tempatan..nanti penerbit2 bankrap anda pula tak de kerja.
Jika mereka-mereka dalam FINAS dan LPFM rasa mereka hebat dan berkuasa, ada yang lebih berkuasa. Negara kita yang tersayang ni ada undang-undang..Saya tak perlu merusuh dan tunjuk perasaan. Saya akan ikut saluran undang-undang jika itu dapat mengubah mereka-mereka yang bodoh sombong dan bodoh yang tidak boleh di ajar ini.
" MOMOK- JANGAN CARI PASAL..TAK PASAL-PASAL CARI PASAL! - 12 JULAI 2012!!
No comments:
Post a Comment