Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Tuesday, May 24, 2011

Seni di Celah-Celah Kerakusan Kuasa dan RM...

Ada beberapa faktor dalam pemilihan genre film yang akan saya hasilkan selepas MOMOK..The Movie (MTM) dan MOMOK..Jangan Panggil Aku (MJPA). Kemungkinan ianya mengambil sedikit masa untuk membuat sedikit kajian terhadap senario industri perfleman hari ini. Tidak mahu 'pisang berbuah dua kali', kemunculan syarat2 kejutan FINAS, Astro First, strategi pemasaran, persaingan filem2 luar yang tidak terkawal, taktik kotor pesaing, lanun cetak-rompak dan kewangan harus di beri perhatian serius kali ini. Finas bersikap seperti madu dan penawar tetapi pada masa yang sama juga menjadi racun yang berbisa dan duri dalam daging pada perkembangan industri tempatan. Hala tuju dan perancangan industri ini telah 'di remotekan' oleh kuasa dan individu yang mempunyai kuasa, kedudukan, pengaruh, connection, 'pandai cakap tapi bodoh sombong' dan yang paling di geruni 'RM Power!'

Wang, Kuasa, Pengaruh dan Rasuah sudah menjadi begitu sinonim di mana- mana negara, dan industri mana pun sejak dahulu lagi. Malaysia juga tidak terkecuali malah berada di ranking yang akan tinggi dalam senarai dunia. Usaha kerajaan tidak begitu berkesan kerana masih terdapat individu dan mereka-mereka yang merasakan diri mereka immortal dan tidak mempunyai nilai kemanusiaan dalam hidup bermasyarakat.

Tidak akan ada yang berubah jika kita sendiri tidak membuat perubahannya! Ingatlah kita hanya hamba NYA yang akan mati apabila tiba masanya:-

"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya di dalam bermacam-macam keadaan, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasannya).Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula." (Surah A-Zalzalah 6-8)

Saya samasekali tidak akan mengalah dan berundur dari mencari rezeki yang halal dalam industri ini selagi saya termampu. Saya akan terus berusaha dan berdoa semoga usaha saya di rahmati dan diberkatiNYA. Rezeki di tangan Tuhan. Nantikan hasil karya saya yang seterunya. Pohon restu, doa dan sokongan dari anda semua. InsyaAllah.

Friday, May 20, 2011

MOMOK The Movie & MOMOK..Jangan Panggil Aku..Pengalaman Yang Mahal!

Alhamdulillah, dalam tempoh 3 tahun, selamat sudah MOMOK..The Movie (MTM) dan MOMOK..Jangan Panggil Aku (MJPA)ditayangkan. Hasilnya sekadar membolehkan saya untuk terus berusaha dan berada dalam bidang yang serba mencabar ini. Cabaran membuat filem di Malaysia ini terlalu banyak ranjau dan konfliknya. Penghasilan filem bukan saja mencabar dari sudut kreatif dan teknikalnya tapi juga politik, undang-undang, kewangan, pasaran, TV-Astro First, saingan filem2 luar dan unsur2 khianat, dengki dan tamak haloba oleh sesetengah pihak dan individu yang memanupulasikan kuasa yang ada pada mereka. Mereka-mereka inilah sebenarnya mendominasikan jatuh bangun industri ini. Keadaan ini menyebabkan industri ini terus gagal berkembang sejak zaman Seniman Agung P.Ramlee; zaman Shaw Brothers, Cathay Keris, Malay Filem Productions dan HVD. Rata-rata artis dan penerbit2 filem masih lagi bergelut dan seperti melukut di tepi gantang setiap untuk menghasilkan filem. Siapa yang sebenarnya telah mengaut keuntungan dari titik peluh karyawan seni?...

Hari ini nama2 besar dan gah yang mengungguli industri ini adalah Kementerian Kesenian dan Warisan Finas, David Teo (MIG @ Metrowealth), Primeworks, Tayangan Unggul, Rangkaian Pawagam Golden Screen Cinema (GSC), TGV, Lotus Big Cinema, MBO etc...Dalam banyak2 nama besar dan gah ini berapa kerat yang benar2 memberi keuntungan pada karyawan seni bumiputera? Lembu punya susu sapi yang dapat nama. Menang sorak kampung tergadai. Maka jadilah industri hari ini pusingan yang sama ketika kegemilangan Filem Melayu di Jalan Ampas..Shaw Brothers yang di terajui oleh Legenda Seniman P.Ramlee..

Bukan selama ini saya tidak berhati-hati..tapi penyangak-penyangak seni hari ini lebih kuat dengan akal menipunya dari hari ke sehari. Kuasa yang ada pada mereka semakin bertambah dan mencengkam. Saya kini lebih berhati-hati untuk menghasilkan filem Terutamanya dari aspek genre dan strategi pemasaran. Sukar bagi saya untuk mengharapkan Finas dan Persatuan2 Seni yang gagal berfungsi ini secara bijak dan adil.

InsyaAllah, saya menerusi syarikat Penerbitan Galaksi Seni Sdn.Bhd akan terus menghasilkan filem..tapi kali ini dengan memperbanyakkan doa, tawakal dan strategi yang lebih tersusun supaya tidak lagi mudah di tipu dan terainaya.. Doakan saya...Terima Kasih.

Wednesday, May 11, 2011

LANUN Cetak Rompaklah Pulak! Tontonilah MOMOK..Jangan Panggil Aku Di Pawagam!

MasyaAllah..dari hari pertama tayangan filem MOMOK..Jangan Panggil Aku pun cetak rompak dah merata di jual. Laporan dari FINAS  mengatakan tangkapan telah di buat di kawasan Taman Melawati K.L, Medan Idaman dan Jalan Raja Laut. tempat2 lain dan negeri lain? Walahhualam. Cuma yang di tangkap sekarang penjualnya saja..pembuatnya? Tapi syukur jugalah ada yang tertangkap..Laporan polis dan laporan kepada FINAS telah di buat. Apa nak jadi macam ni..problem yang sama dan x pernah selesai..+ Astro First lagi! Berikanlah sokongan anda dengan menonton MOMOK..Jangan Panggil Aku di pawagam. Terima Kasih