Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Friday, June 21, 2013

TEASER TRAILER " Rumah Sewa RM50" Coming To You 2013!!


PERJANJIAN KERJASAMA MoU ANTARA FiTA-UiTM - GSSB

Galaksi Seni Sdn. Bhd (GSSB) dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) menandatangani Perjanjian Kerjasama  dengan bertujuan untuk memudahkan para pelajar FiTA menjalani latihan industri dengan syarikat berkaitan seni industri kreatif. Lebih 50 syarikat produksi tempatan turut sama dalam majlis ini. Usaha murni dan bernas ini di lihat dapat memantapkan kualiti dan hasil penerbitan filem dan seni tanahair dan mengeratkan lagi hubungan  industri di antara UiTM dengan syarikat filem dan seni tempatan.
Terima Kasih buat UiTM dan Prof. Madya A. Razak Hj. Mohaideen ,Dekan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM.

Sunday, June 16, 2013

Merancang strategi Tayangan filem Rumah Sewa RM50 dan filem baru...

 
Galaksi Seni Sdn.Bhd (GSSB) kini sedang merancang strategi tayangan filem Rumah Sewa RM50 yang dijangka tayangan umumnya selewat-lewatnya penghujung tahun 2013 ini. Perkara ini tidak dapat dielekkkan bagi mematuhu prosedur yang telah ditetapkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). GSSB akan membentuk team pemasaran sebelum 15 Julai ini bagi menyelaraskan strategi pemasaran filem ini di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Rumah Sewa RM50 yang dijayakan oleh M.Jamil, Delimawati (Hantu Mak Limah), Raji Simran dan ramai lagi bakat baru ini akan menemui penonton di 70 pawagam.

Dalam pada itu, GSSB juga merancang untuk menerbitkan filem ke 5 mereka pada penhujung tahun ini. Filem genre komedi seram ini akan berlokasikan di negeri sebelah utara pula dan akan dibarisi beberapa pelakon popular dan bakat baru. Kepada mereka yang berminat, sila hubungi Puan Sheila di talian: 03-42574858/016-645328 atau email biodata beserta photo berukuran poskad ke galaksiseni@yahoo.com. Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

“RUMAH SEWA RM50 … KAU TIDAK AKAN MAMPU BERTAHAN WALAU PUN SEMALAMAN!

Sinopsis

Berdasarkan kisah benar kejadian seram dan misteri di sebuah  rumah yang di sewa dengan kadar RM50 yang terletak di Seksyen 2, S.Alam Selangor. Rumah tersebut begitu popular di kalangan bekas penuntut Uitm di sekitar tahun 80’an dan 90’an.
Mengisahkan tentang sekumpulan 5 sahabat sekerja Wan, MJ, Cassandra, Raji dan Hazel yang mencari rumah sewa. Mereka gembira kerana berjaya mendapatkan rumah sewa dalam waktu singkat walaupun rumah tersebut terletak jauh sedikit dari hiruk pikuk bandar. Tapi yang paling penting, rumah sewa tersebut amatlah murah. Tanpa berfikir panjang, mereka bersetuju untuk menyewa rumah tersebut walaupun Tuan Rumah telah menceritakan perihal rumah tersebut kepada mereka. Semasa mengemas rumah sewa baru mereka, ada di antara 5 sahabat dengan tidak sengaja telah membebaskan ‘roh’ yang telah lama menghuni rumah tersebut. Saat  mereka mula menghuni  rumah tersebut,  Cassandra telah dirasuk. Semasa mereka mencari punca perkara itu berlaku, Hazel dan Raji pula menghilang secara tiba-tiba. Wan dan MJ buntu mencari punca semua peristiwa itu terjadi sehingga menyebabkan Wan mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut. Walau bagaimanapun, Wan kembali untuk menolong MJ atas dasar persahabatan. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku malam itu. Mampukah MJ dan Wan bertahan sepanjang malam itu sementara menunggu pagi untuk mendapatkan bantuan? Ke mana Hazel dan Raji menghilang? Bagaimana pula dengan Cassandra? Dapatkah MJ dan Wan menyelamatkan diri dan rakan-rakan mereka? Sama-sama kita dapatkan jawapannya di dalam “RUMAH SEWA RM50… KAU TDAK AKAN MAMPU BERTAHAN WALAU PUN SEMALAMAN! “ sebuah karya suspen triller arahan M.Jamil…

Friday, June 14, 2013

Tuesday, June 11, 2013

Link ke kisah2 Rumah Sewa RM50..

 
 
 

Sewa Rumah RM50 - Cinema Malaysia

cinemamalaysia.com.my/film/gallery/?id=Sewa_Rumah_RM50_1267
0 : watched this movie | 0 : rated this movie 1 : want to watch this movie
www.blogged.my/ping-226897-rumah-sewa-murah-hanya-rm50-yang...
Rumah Sewa Murah Hanya RM50 Yang Berhantu di Shah Alam. Tika ini , kecoh mengenai sebuah rumah berhantu di Shah Alam.Apa yang menariknya , tuan rumah hanya mengenakan ...

www.blogged.my/ping-222061-kisah-seram-rumah-sewa-rm50-di-seksyen...
Kisah Seram Rumah Sewa RM50 di Seksyen 2 Shah Alam depan WetWorld | Bakal Difilemkan? Okey, first if all, aku mintak maaf sesangat la dengan visitor yang tunggu entry ...

masmurni.blogspot.com/2011/02/misteri-rumah-sewa-rm50-di-shah-alam...
2/20/2011 · Dulu-dulu, masa zaman belajar kat UITM Shah Alam pernah juga terdengar-dengar tentang cerita ini..tetapi banyak sangat versi yang ada..macam-macam kisah..

nuaryudox.blogspot.com/2012/06/seram-rumah-sewa-rm50-di-shah-alam.html
6/19/2012 · Tika ini , kecoh mengenai sebuah rumah berhantu di Shah Alam.Apa yang menariknya , tuan rumah hanya mengenakan sewa bulan sebanyak RM 50 sahaja.Amatlah ...

akusyamira.blogspot.com/.../cerita-seram-rumah-sewa-berhantu-rm50.html
2/20/2011 · السلام عليكم Malam tadi sedang aku tgh syok berblogwalking aku terjah lah Blogserius. Tiba² terbaca satu kisah seram nih . Aku baru baca ...


Misteri Puaka: Rumah Sewa RM50 Yang Berhantu di Shah Alam

misteripuaka.blogspot.com/2011/03/rumah-sewa-rm50-yang-berhantu-di...
3/20/2011 · Tika ini , kecoh mengenai sebuah rumah berhantu di Shah Alam. Apa yang menariknya , tuan rumah hanya mengenakan sewa bulan sebanyak RM50 sahaja.Amatlah ...


ikhwanshah.com/panas-kisah-rumah-sewa-rm50-di-seksyen-2-shah-alam
Panas panas panas! Entah mengapa, cerita hantu rumah sewa RM50 di Seksyen 2, Shah Alam menjadi popular secara tiba-tiba. Kisah ini pada mulanya di-post oleh Mr. G di ...

www.cikgudahlia.com/2011/02/kisah-seram-rumah-sewa-rm50-di-seksyen...
Home » kisah paranormal, kisah seram, rumah berhantu, rumah sewa murah shah alam, umah seram seksyen 2 shah alam » Kisah Seram Rumah Sewa RM50 di Seksyen 2 Shah ...

vivacious9013.blogspot.com/2011/02/cerita-seram-rumah-sewa-rm50-di...
cerita seram rumah sewa RM50 di shah alam. Tengah-2 aku bw tjumpa la entri nih.Jom kite layan!zusssss!bace BISMILLAH dulu yerk xD. السلام ...

budakbusuk11.blogspot.com/2011/12/kisah-seram-rumah-sewa-rm50...
12/25/2011 · Kisah seram Banglo RM50 Seksyen 2 Shah Alam kian menjadi perbualan hangat dikalangan blogger ataupun mana-mana forum. Hanya search Google dengan keyword ...

aidaamer.blogspot.com/2011/04/rumah-sewa-murah-hanya-rm50-yang.html

muhdhazrie.wordpress.com/2011/04/04/rumah-sewa-murah-hanya-rm50...
4/4/2011 · (by Muhd Hazrie Abdul Wahab) ... Tika ini , kecoh mengenai sebuah rumah berhantu di Shah Alam.Apa yang menariknya , tuan rumah hanya mengenakan sewa bulan ...


 


Saturday, June 8, 2013

Getting prepared : 'Rumah Sewa RM50' 2013 & 2014 project.

Filem " Rumah Sewa RM50 telah memasuki fasa terakhir untuk disiapkan. Kini team Galaksi Seni Sdn. Bhd (GSSB) mula merangka strategi pemasaran utk tarikh General Screening yang dijangka selepas Syawal tahun ini (Bergantung kepada keputusan Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia - FINAS). Pihak GSSB juga turut mula merancang projek seterusnya yang dijangka dimulakan lewat tahun ini. Mohon doa bersama yang terbaik. Insya Allah. Terima Kasih atas sokongan. Kepada mereka yang berminat untuk turut bersama bagi filem terbitan GSSB yang akan datang, sila hubungi Puan Sheila di talian: 03-42574858/016-3274858 (SMS)