Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Thursday, July 30, 2009

Bermulanya Promosi MOMOK The Movie!









30 July 2009 : Harian Metro


Filem Terbaik M Jamil


Oleh Norhayati Nordin

SELEPAS 15 tahun menyepi dari pengarahan filem, sutradara berbakat, M Jamil menyimpan keyakinan besar untuk menghasilkan filem kelapan, Momok The Movie. Puas mengkaji selama enam tahun, dia kini bersedia tampil dengan sentuhan terbaru

Memulakan eksperimentasi dengan menghasilkan video cakera padat (VCD) Momok pada 2004, M Jamil atau nama sebenarnya, Mohamad Jamil Zulkifli nyata tidak menyangka percubaan itu berjaya apabila mencatat jualan 300,000 unit. Katanya, sejak itu dia terfikir untuk membuat filem tetapi cetusan idea untuk menghasilkan karya berkaitan makhluk paranormal itu muncul selepas dia melawat Pameran Hantu di Muzium Negara pada 2002.
Anak seniwati Datuk Sarimah Ahmad ini mengakui dari situ membuka minatnya menghasilkan filem. Bagaimanapun, atas sebab tertentu, ia ditangguhkan. “Saya tetap membuat kajian sehinggalah terhasilnya VCD Momok pada 2004. Bersandarkan sambutan menggalakkan, saya terfikir pula untuk menghasilkan skrip bagi filem Momok The Movie.“Dalam masa dua tahun iaitu pada 2006, skrip filem ini siap dihasilkan. Bagaimanapun, masih menunggu pihak berminat menerbitkannya sehinggalah pada 2008. Justeru, pada tahun ini pula semua yang diimpikan itu menjadi kenyataan.“Diterbitkan produksi Galaksi Seni Sdn Bhd (GSSB), penggambaran Momok The Movie dimulakan 19 Januari lalu dan siap sepenuhnya 13 Februari.
Bahkan, kelulusan untuk tayangan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) pula diterima 14 Mei lalu.“Oleh itu, segala keringat saya untuk penghasilan filem ini akan dapat ditonton di seluruh negara sempena tayangan Aidilfitri pada 20 September depan. Malah, kemungkinan sesi pratonton Momok The Movie akan dilakukan Ramadan nanti,” katanya.Kata suami kepada pelakon Siti Rohani Wahid ini, dia gembira kerana Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah menjadi penaung filem itu. Malah, katanya 95 peratus lokasi penggambaran di buat di Pahang.Mengetengahkan pelakon utama seperti Datuk Aziz Sattar, Ruminah Sidek (Mak Mah), Nabil (Raja Lawak 2), Faizal (AF4), Shazlin Shahbi, Leez (AF4), Abon dan Mama Rina (AF6), bapa kepada sembilan anak itu mengakui skrip Momok The Movie hasil terbaik daripadanya.Katanya, Momok The Movie membawa pelbagai nostalgia lama mengenai hantu yang sememangnya popular di kalangan masyarakat negara ini tidak kira apa keturunannya. Hantu pontianak, pocong, hantu sampuk, mayat bangkit di langkah kucing hitam dan kisah dunia bunian adalah sebahagiannya.
“Apapun, saya sudah membuat yang terbaik untuk filem ini. Walaupun pada mulanya tidak berhadapan masalah tetapi saya berjaya menghasilkannya. Bagi saya, Momok The Movie ini satu karya yang boleh ditonton semua lapisan masyarakat.“Selain itu, saya turut berharap supaya filem ini dapat menembusi pasaran luar negara. Justeru, mulai 1 Ogos ini promosi giat dimulakan. Antaranya, menaikkan papan iklan Momok The Movie di Hentian Puduraya, Kuala Lumpur dan di seluruh negara. “Selain itu, siri jelajah promosi di Batu Pahat, Johor dan tentunya di Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) di Sabah pada 5 Ogos ini.“Promosi selebihnya turut dirancang selepas FFM22 seperti mengiklankan di media massa antaranya Harian Metro dan Berita Harian bagi akhbar, Di Sebalik Tabir (Astro) dan promosi radio di Klasik Nasional dan Asyik FM untuk menarik perhatian ramai.“Saya percaya dengan promosi berkesan, secara tidak langsung membantu publisiti untuk Momok The Movie.
Saya harap filem ini dapat sambutan baik seperti penjualan VCD dan mengajak penonton tidak lepas peluang menyaksikannya,” kata M Jamil.Dilahirkan di Hospital Kandang Kerbau, Singapura dan berkelulusan Sarjana Muda Perniagaan dari Universiti Ohio Dominican, M Jamil juga berharap filem arahannya dapat diterima penonton. Katanya, apa yang pasti selepas sekian lama tidak mengarah filem, inilah hasil terbaiknya.Filem arahan Jamil sebelum ini, Warna-warna Hati, Tarik-tarik, Parttime, Musuh Dalam Selimut, Thermometer III dan bakinya beberapa judul lain dalam format filem 16 milimeter.

Sunday, July 19, 2009

MOMOK The Movie Di Karnival Rakan Muda!



Team promosi MOMOk The Movie baru saja kembali dari Karnival Rakan Muda anjuran Pejabat Belia Dan Sukan di Dataran Penggaram, Batu Pahat Johor 18-19 Julai 2009. Best sungguh buat promosi walaupun letih. Faizal AF4 yang turut serta tidak menang tangan melayan para pengunjung khususnya para peminat beliau.

Team MOMOK The Movie membawa bersama pelbagai barangan promosi seperti T-Shirt, Sticker Kereta, Soundtrack Filem, pertunjukkan Trailer Filem, Flyers, Posters dan ramai lagi untuk di kongsi bersama pengunjung. Apa pun warga Batu Pahat memang sporting habis. Terima kasih pihak penganjur kerana menjemput Team MOMOK The Movie ke sana dan layanan baik seluruh warga Batu Pahat!

Terima kasih Daun Keladi
Panjang Umur Kita Jumpa lagi di Pawagam2 Hari Raya Nanti!

Monday, July 13, 2009

Festival Filem Malaysia Ke 22 (FFM 22)

FFM22 yang bakal berlangsung di Kota Kinabalu Sabah pada 5-8 Ogos ini akan melibatkan penyertaan 26 filem cereka. Senarai filem-filem cereka yang di pertandingkan ialah:

  1. Los & Faun
  2. Jin Hutan

  3. Telentime

  4. Geng: Penggembaraan Bermula

  5. Jalang

  6. Cicak-Man 2: Planet Hitam

  7. MOMOK The Movie
  8. Kami The Movie

  9. Budak Kelantan

  10. Sifu & Tonga

  11. Antoo Fighter

  12. Bohsia..Jangan Pilih Jalan Hitam

  13. Skrip 7707

  14. Rasukan Ablasa

  15. Jangan Tegur

  16. Brainscan: Aku & Topi Ajaib

  17. Selamat Pagi Cinta

  18. Syurga Cinta

  19. Senario The Movie: Episod 1

  20. Tipu Kanan Tipu Kiri

  21. Maut

  22. Histeria

  23. Setem

  24. Papadom

  25. Jomlah C.I.U.M

  26. Sayang

Manakala Anugerahnya terdiri daripada:



ANUGERAH PERDANA (13 Anugerah)
Filem Terbaik
Pengarah Filem Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Lakon Layar Terbaik
Cerita Asal Terbaik
Sinematografi Terbaik
Penyunting Terbaik
Skor Muzik Asal Terbaik
Filem Dokumentari Terbaik
Filem Animasi Terbaik
Filem Pendek Terbaik
Filem Digital Terbaik


ANUGERAH CIPTA (12 Anugerah)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Penataan Seni Terbaik
Penataan Bunyi Terbaik
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Pengarah Harapan Terbaik
Pelakon Harapan Lelaki
Pelakon Harapan Wanita
Lagu Tema Asal Terbaik
Pereka Kostum / Busana
Poster Terbaik
Filem Komedi Terbaik


ANUGERAH KHAS JURI

5 Anugerah dan mengikut keputusan JURI-JURI


Semoga MOMOK The Movie bakal menempa kejayaan!

Sunday, July 12, 2009

Program Promosi MOMOK The Movie





Roadtour - dataran Panggaram Batu Pahat, Johor

Karnival Rakan Muda

18 & 19 Julai 2009

Artis Terlibat : Faizal AF4, Mior Ahmat Zaudi, M.Jamil

Aktiviti: Pemberian Barangan Promosi - T-Shirt, Flyers, Soundtrack, Car Stickers dll

Sidang Media & Perjumpaan Ahli Facebook, MySpace, 28 Julai, 3 Petang di Concourse, Mix Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasianol (FINAS). Tayangan "The Making Of" dan Trailer 10 Minit.'Kehadiran para artis MOMOK The Movie dan Pengerusi Galaksi Seni, Dato' Sarimah Ahmad. Pengumuman aktiviti promosi akan di buat pada Majlis Sidang Media.


Seratus Jemputan Awal pada Majlis Seding Media akan menerima barangan promosi MOMOK The Movie. Sila Daftar kehadiran anda dengan segera - Puan Sheila 016-327 4858/03-4257 4858/Faks-0342573858












Friday, July 10, 2009

Jemputan Ke Majlis Promosi Filem MOMOK The Movie

Assalamualaikum.

ANNOUNCEMENT! Press Conference & Facebook, Bloggers Members Gathering untuk Filem MOMOK The Movie. Anda semua dijemput untuk menghadiri majlis ini pada:

Selasa, 3.00 Petang, 28hb. Julai, 2009 di CONCOURSE MIX
Stage Building Komplek Studio Merdeka,
FINAS, Lot 1662, Jalan Hulu Kelang
68000 Kuala Lumpur.

Majlis akan di serikan dengan kehadiran Dato' Sarimah dan para artis filem ini. Tayangan "The Making" dan Trailer 10 minit filem ini akan di tontonkan buat pertama kali buat anda semua. .100 jemputan terawal dan berdaftar akan menerima bahan2 promosi filem ini.

Sila hubungi Puan Sheila 016-327 4858/03-4257 4858 untuk tujuan pendaftaran kedatangan dan keterangan lanjut.
Sokongan dan kehadiran anda sangatlah di alu-alukan.
TQ

Thursday, July 2, 2009

Poster Terbaru Momok The Movie.


Assalamualaikum,




Inilah dia Poster terbaru Momok The Movie (MTM) yang telah di luluskan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF). MTM juga lulus sepenuhnya tanpa potongan tetapi rated PG 13 - Children under 13 Must be accompanied by an adult.



Wassalam