Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Friday, July 16, 2010

Terima Kasih sahabat..Terima Kasih..





Assalamualaikum,

Pemergian isteri tercinta saya, Siti Rohani Wahid ke rahmatullah saya pada 11hb Julai 2010 bersama 28 Rejab 1431 meninggalkan kesan emosi yang mendalam dalam diri saya dan anak-anak. Perkongsian hidup kami bersama selama hampir 24 tahun yang dikurniakan dengan tujuh cahayamata meninggalkan saya kenangan hidup suka duka yang pasti tidak boleh dilupakan sepanjang hayat.

Saya redha dengan ketentuan Tuhan. Namun separuh dari jiwa saya turut pergi bersama beliau. Pemergian beliau menyedarkan saya erti kasih sayang, perjuangan, kesabaran, keimanan, dan tanggung-jawab dalam mengharungi kehidupan di dunia dan persediaan untuk melangkah ke alam akhirat.

Benarlah kata, manusia hanya boleh merancang tapi Tuhan menentukan..Kering airmata saya menangis..hancur remuk hati saya menerima ketentuan ini tapi Tuhan tetap maha adil yang pasti terletak hikmahnya pada setiap yang berlaku. Walaupun tiada ucapan takziah dari persatuan-persatuan hiburan yang selama ini saya sangka seperti keluarga saya datang hadir untuk berkongsi kesedihan ini, saya tetap bersyukur masih ramai kawan-kawan dan saudara seislam yang tampil dengan ucapan takziah, doa dan hadir berjumpa saya dan keluarga untuk berkongsi duka dan memberi sokongan.

Benarlah juga kata, kawan di kala gembira ramai..kawan di kala duka susah di cari..
Hidup harus diteruskan..saya adalah manusia biasa yang perlu mengharungi kehidupan ini dengan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak dan mereka-mereka yang mengharapkan saya. Saya akan memulakan penggambaran filem MOMOK..Jangan Panggil Aku pada 19 Julai ini dengan diiringan semangat isteri saya, anak-anak dan teman-teman yang ikhlas membantu.

Sama-sama kita doakan untuk kesejahteraan bersama. Semoga kita semua akan mendapat berkat dan rahmat di dunia dan akhirat nanti..

AL-FATIHAH...