Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Friday, December 27, 2013

Saksikan kemunculan kami di pawagam2 Tahun Baru ini pada 02.01.2014!

Saksikan kemunculan kami di pawagam2 Tahun Baru ini pada 02.01.2014! Filem yang di Adaptasikan dari Kisah Sebenar Rumah Sewa Di Seksyen 2, S.Alam! RUMAH SEWA RM50..Kau Tidak Akan Dapat Bertahan Walaupun Semalaman!

Rumah Sewa RM50..Kisah Adaptasi Jadi Realiti Yang Menyeramkan!

Tuan Rumah : "Nanti jangan kata saya tak ingatkan awak semua ya..
." RUMAH SEWA RM50..Tayangan Pembukaan 02.01.2014!!
 

Friday, December 13, 2013

Sukar mendapatkannya? Eksklusif! Dapatkan "ANAK JALAN AMPAS" sekarang! Cetakan Terhad.


(Harga Buku RM 25 dan Caj Pos RM 6)
  • SILA BUAT PEMBAYARAN TERUS KE AKAUN RHB 21231200045900 DAN FAKSKAN BUKTI/PENGESAHAN (SLIP ‘BANK-IN’) KE NO 03-4257 3858 UNTUK PERHATIAN  PN. SHAHRILA BAHAROM
    Pertanyaan lanjut hubungi : 016-327-4858/016-645-3228/03-4257-4858
    ATAU
    LINK UNTUK BORANG TEMPAHAN :
    http://www.emailmeform.com/builder/form/b1C75514pd1x3cztBhK8X


Friday, November 29, 2013

Adakah Rumah Sewa RM50, di Seksyen 2, S.Alam, Benar2 Berpuaka??..Saksikan Klip Interbiu ini!



 
  • Puteri Bunian Yie Dah puluh tahun dengar pasal rumah Tu...masa tinggal di sek 8 lagi...tahun 1987 😊 Yg kena ialah student itm yg berkongsi menyewa dirumah tersebut. Ada yg bangun pagi, tau2 dia tertidur di luar rumah...Ada yang diletak dalam bilik air Dan macam2 cerita yg menyeramkan dikabarkan. Cuma tak ingat lagi rumah di sek berapa...tapi kalau tak silap, rumah Tu ialah sebuah rumah banglow. Dengar cerita lagi, tapak rumah Tu ialah bekas Tanah kubur, tak tau la kubur orang Islam atau Cina...
  • Mohd Jamil Benarnya kisahnya tu bondaPuteri Bunian Yie. Kisahnya benar, kebenarannya misteri. Rumah Sewa RM50 yang hangat diperkatakan sejak sekian lama tu memang di Seksyen 2, Shah Alam, berhampiran dgn Wetworld kini. Masih kekal bermisteri dan menyeramkan..
  • Puteri Bunian Yie Betul anaknda Mohd Jamil...tuan punya rumah tu kenakan sewa lima puluh ringgit sahaja kerana penyewa2 selalu tak boleh tinggal lama dirumah tersebut. Sudahnya takde siapa nak sewa, sehingga pelajar2 ITM berhampiran menyewa disitu...Lain kali kalau nak buat cerita macam
    ni lagi, bonda boleh bagi kesahnya. Rumah tersebut di Jalan Ma'arof, Bangsar...juga sebuah banglow setingkat.

Monday, October 7, 2013

Cetak Rompak terus bermaharajalela! Mana FINAS, KDN, KPDNKK, SKMM..Penguat Kuasa yang ada kuasa!??

 
Isu cetak rompak semakin bermaharajalela seperti tidak dapat dibendung lagi! Isu lapuk yang semakin mencengkam penguasaannya dalam industri hiburan sejak sekian lama. Isu cetak rompak soalah-olah menjadi seperti bisnes pelacuran yg tak dapat di sekat lagi.
Mungkinkah apa yang berlaku kerana FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia), KDN (Kementerian Dalam Negeri),  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan penguat kuasa yang ada kuasa tidak serius dan tak 'berkuasa' menangani dan memerangi 'Setan' cetak rompak ini? Atau mungkin statistik terkini, yang menunjukkan negara kita yang tercinta, Malaysia, yang kini berada di kelompak gejala rasuah  tertinggi di Asia sebagai jawapan kepada pertanyaan kita? Apakah FINAS ada Standard Procedure atau Garis Panduan Rasmi Undang-Undang untuk pembuat Filem tempatan.? Saya rasa Finas sudah jadi carca marba. Semakin hari semakin tumpul taring dan mudah di sergah oleh pemain industri lain sepeti pihak pemamer dan pemamer haram jadah cetak rompak. LPF (Lembaga Penapis Filem) pun dah jadi 'double-standard'. Nak bergantung harap dan siapa lagi? Jangan khianati amanah. Tuhan maha mengetahui. In Sya Allah.
Lanun cetak rompak yang bertopengkan tauke-tauke DVD mula mengambil kesempatan. DVD cetak rompak di jual merata-rata tempat secara terbuka. Saya pernah bertanya kepada penjual DVD cetak rompak; Ini jawapan beliau; "Apa lu mau buat?..haiyaa, kita berniaga..sudah 'kawtim' ma.." Filem arahan saya dulu, "Momok..Jangan Panggil Aku (2011)" pernah kena cetak rompak sepertimana KL Gangster 2. Repot kepada FINAS dan pihak Polis dibuat. Hasilnya cuma penjual DVD kena saman RM300..Tiada follow-up lagi selepas itu.
Penguatkuasaan di negara kita ni selalu 'hangat-hangat tahi ayam' dan berbaur politik saja. Kalau isu tersebut terbabit denga kroni mereka yang ada kuasa, pangkat dan duit, barulah tindakan segera di ambil. Apa yang berlaku mungkin ujian dari Nya. Saya berdoa, semoga filem "Rumah Sewa RM50" yang bakal ditayangkan pada pembukaan Tahun Baru 2014 ini (02.01.2014) terlepas dari di cetak rompak dan mendapat sambutan sepertimana yang diharapkan. Pasti ada hikmah dari apa yang berlaku kini. Kalau di dunia kita x dapat selesaikan isu ini..kita jumpa di akhirat nanti.In Sya Allah.

Sunday, September 22, 2013

Industri Hiburan@Perfileman - "Rumah Sewa RM50" perlukan sokongan.

 
Tergerak saya untuk meluahkan perasaan yang sudah lama terbuku di hati ini mengenai pandangan masyarakat mengenai industri hiburan tempatan hari ini. Media tempatan juga memainkan peranan yang penting dalam mewarnai dan mempengaruhi minda masyarakat dalam menzahirkan pandangan mereka.   Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan pandangan dan kritikan yang membina dengan diplomasi yang tinggi, berpengetahuan dan berhemah.
Saya sentiasa bangga dan bersyukur dilahirkan menjadi seorang muslim, rakyat Malaysia, melayu dan anak seni di bumi bertuah ini. Sebagai nak seni, saya sentiasa menyokong industri ini; satu sokongan ikhlas tanpa membawa 'rebah'.
Apa yang sangat saya kesali, terdapat golongan masyarakat, khususnya rakyat malaysia yang berbangsa melayu dan Islam, yang telah meletakkan di minda mereka, apa jua yang berkaitan dengan industri seni ini tidak baik, buruk, kotor dan berdosa. Dengan kritikan menggunakan bahasa kesat, mencarut, memaki hamun dan tidak berpengetahuan, mereka telah melemparkan kritikan pedas terhadap apa jua produk tempatan, khususnya filem2 tempatan, para artis dan karyawan dan apa jua produk seni tempatan. Mereka awal-awal lagi telah melabelkan produk tempatan sebagai 'tiada kelas' dan apa jua produk luar terbaik. fahamlah situasi industri hiburan tempatan sebelum buat perbandingan. jangan samakan Industri hiburan di Malaysia dengan barat. Kita orang timur yang kaya dengan adat dan keistimewaannya yang tersendiri. Sebagai seorang Islam juga kita dilarang memburuk-burukkan saudara sendiri apatah lagi membuka aib kita sendiri. Takut nanti apa yang diludah jatuh ke muka sendiri..Bila menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri!
Tidak terkecuali juga segelintar pihak media juga memberikan kritikan yang memburukkan keadaan dengan menulis artikel yang memburukkan produk tempatan tanpa asas dan ilmu pengetahuan untuk berbuat demikian. Lebih memburukkan keadaan, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan karyawan veteran dipandang sepi, dihina dan dikatakan sudah tak relevan lagi. Tidak salah jika mahu membuat kritikan, tapi biarlah berilmu dan berhemah. Ingatkah kita zaman kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, Singapura dulu? Siapa yang sebenarnya untung hingga ke saat ini malah hingga 7 keturunan? Bangsa Melayukah? Jangan dibiarkan keadaan itu berulang lagi Jangan kita menang sorak, tapi kampung tergadai!
Bagi golongan yang saya gelar hipokrit, tidak senonoh dan kurang ajar ini, saya minta supaya berubah. Peka pada apa yang dipanggil sebangsa dan seagama. Muhasabah diri.  Bersama kita membina  satu masyarakat yang mempunyai nilai moral dan persaudaraan yang tinggi; sesuatu yang boleh kita banggakan bersama dan dipandang tinggi oleh masyarakat luar. Sokonglah produk tempatan. Berilah kritikan yang membina yang mampu memberikan kejayaan bersama dunia dan akhirat. Semoga kita semua mendapat rahmat Allah dan keredhaannya..In Sya Allah.

Wednesday, September 18, 2013

'Magic' Air Zam-Zam

Umum mengetahui, khususnya kepada mereka yang beragama Islam, khasiat Air Zam-Zam. Namun saya ingin menceritakan 'magic' air zam-zam yang berlaku ke atas diri saya baru-baru ini.
 Alhamdulillah, saya dan anak gadis saya, sarah, berkesempatan untuk menjadi tetamu Allah dan menunai ibadah umrah sebelum bulan puasa tahun ini (2013). Dipendekkan cerita, ketika berada di sana, saya diserang penyakit sendi yang kronik dan migraine, penyakit yang memang lama saya hidapi.
 Selepas berada beberapa hari di Madinah, saya ke Mekah untuk menunaikan Ibadah Umrah. Ketika berada di Mekah penyakit yang saya hidapi benar-benar menggangu proses ibadah saya.
Namun pada suatu hari, ketika berada di dalam Masjidil-Haram, Makkah Al-Mukarammah, saya berdoa dan bermohon kepada Allah SWT supaya penyakit yang saya hidapi ini sembuh dan berupaya smemaksimumkan ibadah umrah dan lain ibadah. Selesai solat hajat, hati saya tergerak menuju ke tong minuman air zam-zam yang sememang terdapat banyak di sudut dalam masjid.
 Setelah puas minum beberapa gelas air zam-zam, saya menuang sedikit air zam-zam di telapak tangan saya dan menyapu si bahagian kepala, anggota badan sehingga ke hujung jari. Selang beberapa minit kemudian, berkat air zam-zam dan kuasa Allah SWT, penyakit yang saya hidapi selama ini beransur-ansur pulih. Alhamdulillah.
 Namun baru-baru ini, ketika berada dalam bilek air di rumah saya, saya mengalami pening yang luar biasa dan kaki kanan saya hilang upaya. saya hampir terjatuh dalam bilek air, namun saya bernasib baik kerana sempat berpaut pada sinki.Saya terus mengambil wuduk dan mengesot keluar dan mengerjakan solat solat secara duduk. Hati saya benar-benar merasa takut dan berdoa semoga dilindungi dari dugaan Nya. Tergerak hati saya untuk memanggil anak saya untuk telefon ambulan  ke hospital.Inilah kali pertama dalam hidup saya diserang sakit sebegini.
 Tiba-tiba sekali lagi saya teringatkan air zam-zam yang saya bawa balik dari Mekah dulu. Saya segera mengesot ke peti sejuk dalam bilek saya dan mengambil air zam-zam yang saya telah asingkan dalam botol minuman kecil. Selepas membaca bismillah.., berselawat dan membaca doa-doa tertentu, saya meminum air tersebut dan menyapu di kepala dan seluruh anggota badan seperti mana yang pernah saya lakukan di dalam Masjidil-Haram dulu. Alhamdulillah. berkat air zam-zam dan kuasa Allah SWT, penyakit saya terus beransur hilang. Allahu Akhbar..Allahu Akhbar..Allahu Akhbar.
 Walaupun saya sering terlibat dalam pembikinan filem Seram dan pernah diganggu 'Momok' dan kejadian misteri, saya tidak pernah merasa takut. Namun kejadian yang menimpa saya ketika berada di dalam Masjidil-Haram dan di rumah saya benar-benar menginsafkan saya betapa besar dan Agungnya kuasa Allah.
 


Thursday, September 12, 2013

Friday, August 30, 2013