Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Sunday, September 22, 2013

Industri Hiburan@Perfileman - "Rumah Sewa RM50" perlukan sokongan.

 
Tergerak saya untuk meluahkan perasaan yang sudah lama terbuku di hati ini mengenai pandangan masyarakat mengenai industri hiburan tempatan hari ini. Media tempatan juga memainkan peranan yang penting dalam mewarnai dan mempengaruhi minda masyarakat dalam menzahirkan pandangan mereka.   Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan pandangan dan kritikan yang membina dengan diplomasi yang tinggi, berpengetahuan dan berhemah.
Saya sentiasa bangga dan bersyukur dilahirkan menjadi seorang muslim, rakyat Malaysia, melayu dan anak seni di bumi bertuah ini. Sebagai nak seni, saya sentiasa menyokong industri ini; satu sokongan ikhlas tanpa membawa 'rebah'.
Apa yang sangat saya kesali, terdapat golongan masyarakat, khususnya rakyat malaysia yang berbangsa melayu dan Islam, yang telah meletakkan di minda mereka, apa jua yang berkaitan dengan industri seni ini tidak baik, buruk, kotor dan berdosa. Dengan kritikan menggunakan bahasa kesat, mencarut, memaki hamun dan tidak berpengetahuan, mereka telah melemparkan kritikan pedas terhadap apa jua produk tempatan, khususnya filem2 tempatan, para artis dan karyawan dan apa jua produk seni tempatan. Mereka awal-awal lagi telah melabelkan produk tempatan sebagai 'tiada kelas' dan apa jua produk luar terbaik. fahamlah situasi industri hiburan tempatan sebelum buat perbandingan. jangan samakan Industri hiburan di Malaysia dengan barat. Kita orang timur yang kaya dengan adat dan keistimewaannya yang tersendiri. Sebagai seorang Islam juga kita dilarang memburuk-burukkan saudara sendiri apatah lagi membuka aib kita sendiri. Takut nanti apa yang diludah jatuh ke muka sendiri..Bila menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri!
Tidak terkecuali juga segelintar pihak media juga memberikan kritikan yang memburukkan keadaan dengan menulis artikel yang memburukkan produk tempatan tanpa asas dan ilmu pengetahuan untuk berbuat demikian. Lebih memburukkan keadaan, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan karyawan veteran dipandang sepi, dihina dan dikatakan sudah tak relevan lagi. Tidak salah jika mahu membuat kritikan, tapi biarlah berilmu dan berhemah. Ingatkah kita zaman kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, Singapura dulu? Siapa yang sebenarnya untung hingga ke saat ini malah hingga 7 keturunan? Bangsa Melayukah? Jangan dibiarkan keadaan itu berulang lagi Jangan kita menang sorak, tapi kampung tergadai!
Bagi golongan yang saya gelar hipokrit, tidak senonoh dan kurang ajar ini, saya minta supaya berubah. Peka pada apa yang dipanggil sebangsa dan seagama. Muhasabah diri.  Bersama kita membina  satu masyarakat yang mempunyai nilai moral dan persaudaraan yang tinggi; sesuatu yang boleh kita banggakan bersama dan dipandang tinggi oleh masyarakat luar. Sokonglah produk tempatan. Berilah kritikan yang membina yang mampu memberikan kejayaan bersama dunia dan akhirat. Semoga kita semua mendapat rahmat Allah dan keredhaannya..In Sya Allah.

No comments: