Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Thursday, July 30, 2009

Bermulanya Promosi MOMOK The Movie!









30 July 2009 : Harian Metro


Filem Terbaik M Jamil


Oleh Norhayati Nordin

SELEPAS 15 tahun menyepi dari pengarahan filem, sutradara berbakat, M Jamil menyimpan keyakinan besar untuk menghasilkan filem kelapan, Momok The Movie. Puas mengkaji selama enam tahun, dia kini bersedia tampil dengan sentuhan terbaru

Memulakan eksperimentasi dengan menghasilkan video cakera padat (VCD) Momok pada 2004, M Jamil atau nama sebenarnya, Mohamad Jamil Zulkifli nyata tidak menyangka percubaan itu berjaya apabila mencatat jualan 300,000 unit. Katanya, sejak itu dia terfikir untuk membuat filem tetapi cetusan idea untuk menghasilkan karya berkaitan makhluk paranormal itu muncul selepas dia melawat Pameran Hantu di Muzium Negara pada 2002.
Anak seniwati Datuk Sarimah Ahmad ini mengakui dari situ membuka minatnya menghasilkan filem. Bagaimanapun, atas sebab tertentu, ia ditangguhkan. “Saya tetap membuat kajian sehinggalah terhasilnya VCD Momok pada 2004. Bersandarkan sambutan menggalakkan, saya terfikir pula untuk menghasilkan skrip bagi filem Momok The Movie.“Dalam masa dua tahun iaitu pada 2006, skrip filem ini siap dihasilkan. Bagaimanapun, masih menunggu pihak berminat menerbitkannya sehinggalah pada 2008. Justeru, pada tahun ini pula semua yang diimpikan itu menjadi kenyataan.“Diterbitkan produksi Galaksi Seni Sdn Bhd (GSSB), penggambaran Momok The Movie dimulakan 19 Januari lalu dan siap sepenuhnya 13 Februari.
Bahkan, kelulusan untuk tayangan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) pula diterima 14 Mei lalu.“Oleh itu, segala keringat saya untuk penghasilan filem ini akan dapat ditonton di seluruh negara sempena tayangan Aidilfitri pada 20 September depan. Malah, kemungkinan sesi pratonton Momok The Movie akan dilakukan Ramadan nanti,” katanya.Kata suami kepada pelakon Siti Rohani Wahid ini, dia gembira kerana Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah menjadi penaung filem itu. Malah, katanya 95 peratus lokasi penggambaran di buat di Pahang.Mengetengahkan pelakon utama seperti Datuk Aziz Sattar, Ruminah Sidek (Mak Mah), Nabil (Raja Lawak 2), Faizal (AF4), Shazlin Shahbi, Leez (AF4), Abon dan Mama Rina (AF6), bapa kepada sembilan anak itu mengakui skrip Momok The Movie hasil terbaik daripadanya.Katanya, Momok The Movie membawa pelbagai nostalgia lama mengenai hantu yang sememangnya popular di kalangan masyarakat negara ini tidak kira apa keturunannya. Hantu pontianak, pocong, hantu sampuk, mayat bangkit di langkah kucing hitam dan kisah dunia bunian adalah sebahagiannya.
“Apapun, saya sudah membuat yang terbaik untuk filem ini. Walaupun pada mulanya tidak berhadapan masalah tetapi saya berjaya menghasilkannya. Bagi saya, Momok The Movie ini satu karya yang boleh ditonton semua lapisan masyarakat.“Selain itu, saya turut berharap supaya filem ini dapat menembusi pasaran luar negara. Justeru, mulai 1 Ogos ini promosi giat dimulakan. Antaranya, menaikkan papan iklan Momok The Movie di Hentian Puduraya, Kuala Lumpur dan di seluruh negara. “Selain itu, siri jelajah promosi di Batu Pahat, Johor dan tentunya di Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) di Sabah pada 5 Ogos ini.“Promosi selebihnya turut dirancang selepas FFM22 seperti mengiklankan di media massa antaranya Harian Metro dan Berita Harian bagi akhbar, Di Sebalik Tabir (Astro) dan promosi radio di Klasik Nasional dan Asyik FM untuk menarik perhatian ramai.“Saya percaya dengan promosi berkesan, secara tidak langsung membantu publisiti untuk Momok The Movie.
Saya harap filem ini dapat sambutan baik seperti penjualan VCD dan mengajak penonton tidak lepas peluang menyaksikannya,” kata M Jamil.Dilahirkan di Hospital Kandang Kerbau, Singapura dan berkelulusan Sarjana Muda Perniagaan dari Universiti Ohio Dominican, M Jamil juga berharap filem arahannya dapat diterima penonton. Katanya, apa yang pasti selepas sekian lama tidak mengarah filem, inilah hasil terbaiknya.Filem arahan Jamil sebelum ini, Warna-warna Hati, Tarik-tarik, Parttime, Musuh Dalam Selimut, Thermometer III dan bakinya beberapa judul lain dalam format filem 16 milimeter.

No comments: