Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Friday, May 20, 2011

MOMOK The Movie & MOMOK..Jangan Panggil Aku..Pengalaman Yang Mahal!

Alhamdulillah, dalam tempoh 3 tahun, selamat sudah MOMOK..The Movie (MTM) dan MOMOK..Jangan Panggil Aku (MJPA)ditayangkan. Hasilnya sekadar membolehkan saya untuk terus berusaha dan berada dalam bidang yang serba mencabar ini. Cabaran membuat filem di Malaysia ini terlalu banyak ranjau dan konfliknya. Penghasilan filem bukan saja mencabar dari sudut kreatif dan teknikalnya tapi juga politik, undang-undang, kewangan, pasaran, TV-Astro First, saingan filem2 luar dan unsur2 khianat, dengki dan tamak haloba oleh sesetengah pihak dan individu yang memanupulasikan kuasa yang ada pada mereka. Mereka-mereka inilah sebenarnya mendominasikan jatuh bangun industri ini. Keadaan ini menyebabkan industri ini terus gagal berkembang sejak zaman Seniman Agung P.Ramlee; zaman Shaw Brothers, Cathay Keris, Malay Filem Productions dan HVD. Rata-rata artis dan penerbit2 filem masih lagi bergelut dan seperti melukut di tepi gantang setiap untuk menghasilkan filem. Siapa yang sebenarnya telah mengaut keuntungan dari titik peluh karyawan seni?...

Hari ini nama2 besar dan gah yang mengungguli industri ini adalah Kementerian Kesenian dan Warisan Finas, David Teo (MIG @ Metrowealth), Primeworks, Tayangan Unggul, Rangkaian Pawagam Golden Screen Cinema (GSC), TGV, Lotus Big Cinema, MBO etc...Dalam banyak2 nama besar dan gah ini berapa kerat yang benar2 memberi keuntungan pada karyawan seni bumiputera? Lembu punya susu sapi yang dapat nama. Menang sorak kampung tergadai. Maka jadilah industri hari ini pusingan yang sama ketika kegemilangan Filem Melayu di Jalan Ampas..Shaw Brothers yang di terajui oleh Legenda Seniman P.Ramlee..

Bukan selama ini saya tidak berhati-hati..tapi penyangak-penyangak seni hari ini lebih kuat dengan akal menipunya dari hari ke sehari. Kuasa yang ada pada mereka semakin bertambah dan mencengkam. Saya kini lebih berhati-hati untuk menghasilkan filem Terutamanya dari aspek genre dan strategi pemasaran. Sukar bagi saya untuk mengharapkan Finas dan Persatuan2 Seni yang gagal berfungsi ini secara bijak dan adil.

InsyaAllah, saya menerusi syarikat Penerbitan Galaksi Seni Sdn.Bhd akan terus menghasilkan filem..tapi kali ini dengan memperbanyakkan doa, tawakal dan strategi yang lebih tersusun supaya tidak lagi mudah di tipu dan terainaya.. Doakan saya...Terima Kasih.

No comments: