Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Friday, June 22, 2012

Cuba selesai isu 'Wajib@Sunat' Tayang Finas - MOMOK..Jangan Cari Pasal, Jumpa Pengerusinya Datuk Mustapha Maarof.





 Alhamdulillah...kemelut Wajib Tayang Finas yang di 'cipta' oleh Finas sendiri menampakkan jalan penyelesaiannya selepas satu perjumpaan secara 'adhoc' dibuat dengan Pengerusi Wajib Tayang Finas, Datuk Mustapha Maarof. Masaalah mula timbul bila Finas sendiri acap kali mengubah polisi kerja tanpa mengadakan perbincangan bersama pihak penerbit dan pihak2 yang berkaitan. Namun isu yang menjadi permasalahan besar ialah bila Finas memutuskan polisi penayangan filem 2 Filem seminggu yang mencutuskan masaalah besar bagi proses penayangan filem tempatan di pawagam dan menyebabkan kerugian besar kepada majoriti penerbit filem tempatan.

Masaalah yang sama di hadapi oleh syarikat penerbitan Galaksi Seni Sdn.Bhd (GSSB) yang menerbitkan filem MOMOK..Jangan Cari Pasal apabila Finas mengeluarkan senarai pawagam- pawagam 'mati' yang tidak di pohon oleh GSSB. Persoalannya, Wajib Tayang Finas sudah jadi Sunat Tayang Finas ka? Kenapa prioriti diberikan kepada filem asing? Kenapa pihak pemamer pula yang menentukan filem asing atau tempatan yg boleh ditayangkan di pawagam2 mereka. Mana kuasa Finas? Semoga perjumpaan bersama Datuk Mustapha hari ini akan dapat membantu menyelasaikan permasalahan ini. Finas harus lebih cekap melaksanakan sebarang polisi dan tidak sewenang-wenangnya melaksanakan sesuatu tanpa kajian terperinci, implikasi pada mereka yang terbabit dan perbincangan dengan semua pihak yang terbabit. Dalam erti kata lain..jangan ikut suka hati buat keputusan tanpa pakai ilmu dan akal.

Turut berada sama di perjumpaan 'santai' bersama Datuk Mustapa ini ialah pengarah filem Sabree Fadzil, Penerbit filem, Imran Ismail, Penyunting Filem, Salim Hj Saifuddin dan Pengurus Kewangan GSSB, Shahrila Baharom. Filem MOMOK..Jangan Cari Pasal akan tetap ditayangkan kepada umum mulai 12 Julai 2012 di seluruh pawagam di Malaysia dan Brunei.

No comments: