Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Thursday, June 28, 2012

Sehari bersama MOMOK..Jangan Cari Pasal di Putrajaya - Seremban - Muar.






Alhamdulillah....Letih tapi berbaloi! Misi ke Lembaga Penapis Film Malaysia (LPFM) bertemu Pengerusinya pada sebelah pagi bagi menyelesaikan masaalah  Filem MOMOK..JCP yang menerima 4 pemotongan oleh LPFM berjaya di selesaikan secara 'win-win situation'  MOMOK..JCP  mendapat klasifikasi P-13. Nasib baik tak kena banned terus! Kalau tidak, Naiya! Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi LPFM, Datuk Raja Azhar..

MOMOK..Jangan Cari Pasal kemudian bertolak ke arah Selatan dan singgah seketika di Seremban & Senawang sebelum ke Muar, Johor dalam rangka promosi untuk menyerahkan bahan-bahan promosi kepada rakan2 di sana. Sambil menyelam minum air, kami telah di jamukan kuih-muih, tomyam, asam pedas dan durian klon 101 di perkarangan Sekolah Menengah Sains Muar.

Terima kasih buat Sdra Azrul AP, Sheila, Puan Siti Nor & Suami, Sharmila, Tanti, Pak Burno, Kak Bunian, & Pn. Langsur yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan perancangan program promosi MOMOK..JCP. ..MOMOK..JCP akan meneruskan program promosinya lagi selepas ni ke Ipoh dan taiping. Terima Kasih atas sokongan semua. MOMOK..JANGAN CARI PASAL..12 Julai 2012!

No comments: