Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Wednesday, September 23, 2009

News From MOMOK The Movie!


Wartawan Mohd Amin Ibrahim menulis dalam Warta Desa keluaran 19 September 2009.
tokwankudaemaspro@yahoo.com.my

Kuala Lumpur 18 September 2009. Dua buah filem tempatan bersaing satu sama lain untuk merebut hati penonton sempena Aidil Fitri ini. Filem Momok The Movie keluaran Galaksi Seni Sdn Bhd dan Jin Notti keluaran KRU Sdn Bhd masing-masing mempunyai konsep penceritaan yang hampir sama iaitu komidi seram.

Warta Desa sempat bertanyakan kepada beberapa orang kanak-kanak di Hentian Bas Sementara di Bukit Jalil yang mengikut orang tua mereka berhari raya dikampong di Selatan tanah air. Rata-rata menjawap hendak menonton kedua-dua buah filem tersebut ditempat masing-masing.

Nadia Iskandar 10 tahun berasal dari Johor Bharu bersama dua orang adiknya berhari raya dirumah nenek mereka di Taman Mohd Amin Johor Bharu.

Wartawan WD – Adek nak tengok filem mana hari raya nanti. Ada filem Jin Notti dan Momok the movie.

Nadia Iskandar – Adek nak tengok Momok, lepas tu kalau cukup duit raya baru tengok Jin Notti.

Shafiq Maulana 9 tahun pula memberikan jawapan berikut bila ditanya.

Wartawan WD – Ada dua filem hari raya ini. Adek nak tengok Jin Notti atau Momokthe movie?

Shafiq Maulana – Nak tengok dua-dua sekali. Nak tengok Momok dulu lepas tu tengok Jin Notti.
Wartawan WD – Kenapa nak tengok Momok dulu kemudian baru tengok Jin Notti ?

Shafiq Maulana – Momok Afiq dah kenal dah. Jin Notti Afiq belum kenal lagi.

Wartawan WD – Adik kenal Momok dimana? Bila ?

Shafiq Maula – Dulu ada tengok VCD Momok tu kat rumah Atok.

Adek Mistura Yaacob 7 tahun lain pula jawapannya.

Wartawan WD – Adek nak tengok filem mana. Nak tengok Momok the movie ker atau filem Jin Notti.

Mistura – Dua dua tak nak tengok.

Wartawan WD – Kenapa tak nak tengok?

Mistura – Takut.

Wartawan WD – Kalau emak dan ayah temankan nak tengok yang mana ?

Mistura – Nak tengok Momok.

Wartawan WD – Kenapa nak tengok Momok ?

Mistura – Sebab cerita tu kelakar sangat.

Wartawan WD - Adek dah tengok ker ?

Mistura - Tengok trailer dia kat TV.

Jin Botak
………….. Eee…geli tengok

Jin Ngaum
…………… Eee…seram sejuk

Momok
………….. Hmm… rilek jer kan?

No comments: