Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Friday, October 30, 2009

MOMOK Jangan Panggil Aku...Mulakan Langkah Awal..


Misteri Tidak Boleh DiCari...Ianya TERJADI...MOMOK Jangan Panggil Aku (MJPA) telah pun memulakan langkah awalnya officially dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Segala urusan dokumentasi telah pun bermula. InsyaAllah, langkah seterusnya adalah recce yang dijangka pada pertengahan November diikuti dengan urusan ujibakat dan pengurusan lain. Namun bagi pengetahuan semua, MJPA bukanlah kesinambungan cerita dari MOMOK The Movie..Pastinya MJPA akan lebih seram dan padat dengan unsur suspence dan thriller

Planning ensures success...buat filem kat Malaysia sekarang ni memerlukan strategy dan planning yang betul. Susah nak puaskan hati semua orang tetapi suara majoriti khususnya peminat-peminat filem tempatan harus diambil kira. Pelaburan yang bukan sedikit dan budget yang terhad memerlukan sokongan dari semua pihak untuk merealisasikan pembikinan MJPA. For sure, Bukan senang nak buat filem. InsyaAllah MJPA akan memulakan penggambaran pada penghujung 2009 dengan lokasi utamanya di Pekan, Pahang, Bentong, Kuantan, Kuala Lumpur dan Negara Brunei Darussalam.

Semoga MJPA akan mendapat sokongan dan feedback yang positif dari masyarakat. Pastikan anda semua dapat contribute ide-ide untuk pembikinan filem ini. Kepada mereka yang berminat untuk melibatkan diri dalam pembikinan MJPA, tidak kiralah sebagai pelakon dan tenaga kerja, sila emailkan biodata anda ke momokthemovie@yahoo.com atau hubungi 03-42574858 untuk keterangan lanjut.

Ikutilah perkembangan lanjut MJPA di blog ini, FB dari masa ke semasa. Terima kasih atas sokongan anda kepada MOMOK The Movie...dan teruskan sokongan anda kepada MOMOK..Jangan Panggil Aku..

No comments: