Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Friday, October 16, 2009

Majlis Aidilfitri Galaksi Seni S/B & FusionExcel International dan Penyampaian Hadiah Peraduan MOMOK The Movie!





Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Terlebih dahulu saya bagi pihak Galaksi Seni Sdn.Bhd (GSSB) ingin mengucapkan tahniah kepada para pemenang pemenang Peraduan Mingguan MOMOK The Movie. Hadiah-Hadiah telah disampaikan di Majlis AidilFitri MOMOK The Movie & FusionExcel International yang diadakan di pejabat urusan Fusion Excel pada Khamis, 15 Oktober 2009. Ucapan terima kasih juga kepada semua para jemputan dan para wartawan yang hadir di majlis tersebut.

Kepada para pemenang yang telah diumumkan nama mereka tetapi tidak berkesempatan untuk datang ke majlis penyampaian hadiah, sila hubungi Puan Sheila di talian 03-42574858 untuk bagin urusan tuntutan hadiah.

Sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih bagi pihak penaja FusionExcel International, Para Pemenang, Para Wartawan dan Jemputan yang hadir bagi memeriah majlis. Alhamdulillah..dengan sokongan anda semua filem MOMOK The Movie telah mencapai kejayaan dan sambutan Box-Office.
Wassalam.

1 comment:

momokthemovie said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.