Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi filem MOMOK The Movie (MTM) telah memasuki tayangan minggu Ke 3 dengan kutipan hampir mencecah RM 2.5 juta di 61 buah pawagam di seluruh negara. Namun begitu MTM terpaksa menghadapi persaingan yang hebat dari filem-filem luar yang turut baru ditayangkan. Namun begitu team MTM masih meneruskan usaha-usaha promosi tanpa henti untuk bersaing di pawagam-pawagam. Secara umumnya pencapaiann MTM menandakan petanda sambutan yang baik bagi filem-filem tempatan.
Kebanjiran filem-filem luar yang ditayangkan serentak bersama-sama filem-filem tempatan merupakan satu dilema bagi industri filem tempatan. Fenomena ini telah memberikan lebih impak yang negatif. Namun itulah hakikatnya. Filem-filem luar yang mempunyai pasaran global ini dengan mudah memasuki industri hiburan kita sedangkan pasaran kita hanya terhad kepada negara kita, Negara Brunei Darussalam dan Singapura. Jika ingin dibuat perbandingan, tidak semua filem-filem luar itu bertaraf kelas 'A' tapi ada juga bertaraf sampah yang turut di hidangankan kepada penonton tempatan.
Maka di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru masyarakat supaya memberi sokongan padu kepada filem-filem tempatan. Kepada yang telah menonton filem MOMOK The Movie diucapkan jutaan terima kasih dan kepada yang belum, pastikan anda pergi menonton dan menyertai Peraduan Mingguan MOMOK The Movie yang menawarkan hadiah RM115,000 tajaan FusionExcel International (http://www.fusionexcel.com/).
Wassalam.
No comments:
Post a Comment