Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Friday, October 2, 2009

BULETIN - M.Jamil: "KRU tidak perlu kecewa"


BULETIN

M.Jamil: "KRU tidak perlu kecewa"
Oleh Nur Safina Othman

29 Sept – Filem komedi seram arahan M.Jamil, "Momok The Movie" terus diserbu peminat sehingga dikatakan telah berjaya mengatasi kutipan filem pertaruhan KRU Studios, "Jin Notti" yang turut ditayangkan sama pada Hari Raya Aidilfitri lalu. Menurut M.Jamil, walaupun tidak mendapat angka rasmi daripada pihak Finas lagi, ada laporan menunjukkan selepas seminggu tayangan, "Momok The Movie" sudah pun hampir mencecah pungutan RM1.7 juta.

Sebelum ini, beberapa akhbar ada mengeluarkan berita 'pertelagahan' di antara Pengarah Urusan Metrowealth, iaitu pengedar filem "Momok The Movie", David Teo dengan penerbit "Jin Notti", Norman Abdul Halim. Pertelagahan mengenai filem mana yang mendapat kutipan tertinggi itu hangat diperkatakan apabila kedua-duanya mula berbalas pendapat."Pihak KRU tidak perlu kecewa atau marah dengan kutipan filem saya.

Jangan persoalkan filem mana yang lebih banyak mendapat kutipan tertinggi kerana jika "Jin Notti" berjaya memungut RM10 juta, saya akan menjadi orang pertama untuk mengucapkan tahniah."Walaubagaimanapun, M.Jamil yang bangga dengan pencapaian filemnya tidak pernah sesekali menganggap "Jin Notti" sebagai lawan, malah menganggap ianya sebagai satu persaingan yang sihat untuk industri filem tempatan.

Sumber: Tupai.com.my

No comments: