Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Thursday, March 22, 2012

'Jangan Cari Pasal' Buat Filem Tanpa Perancangan..

Industri buat filem sekarang semakin rancak...tapi jumlahnya tidaklah 'berlambakkan' seperti yang didakwa oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan segelintir penerbit filem yang 'besar'. Adakah kerana filem2 tempatan yang menguasai 20% tayangan filem di pawagam2 seluruh Malaysia yang bersaingan hebat dengan filem2 asing sudah dikatakan berlambakkan? Adakah kerana banyaknya persatuan2 filem yang tumbuh seperti cendawan dan berstatus hidup segan mati tak mahu sudah boleh dikatakan industri filem kita sudah hebat? Adakah kerana ramai penerbit2 filem yang gagal membayar pinjaman bank dan mengalami kerugian menyebabkan Finas kata industri filem kita bagus? Atau pun finas kata industri filem sudah hebat kerana ada Mix Stage Studio yang berteknologi canggih di rantau Asia yang menelan kos RM 53 juta ini namun bersatus tapi bersatus 'Gajah Putih' ? Dari beratus-ratus penerbit filem hanya MIG Filem (David Teo yang mampu mempunyai bangunan sendiri ), Skop Production (Dato Yusof Haslam), Tayangan Unggul, GBSB dan satu dua syarikat filem lagi yang boleh dikatakan berjaya..Penerbit-penerbit lain bagaimana?... Rugi menangggung hutang dan gulung tikar!

Kerajaan telah sediakan pelbagai dana membantu industri filem. Tetapi gagal dimanfaat oleh Finas dengan baik dan secara bijak kerana dikendalikan oleh mereka2 yang kurang berpengalaman. Tidak ada perancangan jangkamasa panjang. Polisi yang ada asyik berubah-ubah. Natijahnya industri filem hanya indah khabar dari rupa.

Apa pun kepada peminat filem tempatan, sama-samalah kita berharap dan berdoa akan Finas benar-benar dapat menjadi penyelamat dan kebangkitan filem-filem tempatan. InsyaAllah.

No comments: