Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Wednesday, March 7, 2012

Finas dan LPF Badan Lawak 2 x 5!


Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) keluarkan kenyataan dalam media bahawa mahu menyerahkan tanggungjawab menapis filem pada para penerbit tempatan. Maka akan adalah penerbit bukan Melayu dan Melayu buat filem tanpa memikirkan sensitiviti agama, bangsa, adat dan seks..Jadi LPF nak buat apa sekarang? Tapis filem luar? Rasanya tak juga..Berlambak-lambak filem genre luar yang memenuhi pawagam memaparkan isu2 sensitif! Penghinaan terhadap agama Islam begitu ketara, ganas dan seks jangan cerita la! Agaknya orang2 LPF hari2 kerja mereka main wayang dan tengok wayang free sambil makan kuaci saja di putrajaya..Cukup bulan ambil gaji saja. tak begitu?

Finas pulak asyik-asyik tukaq polisi untuk memudahkan kerja mereka. KP baru umum dulu dalam tempohmasa 100 hari pelantikannya mahu lakukan perubahan. Perubahan apa? Perubahan mengabiskan duit kerajaan juga. Cakap tak serupa bikin. Jenis muka tembok. Bodoh sombong. Meeting tempat mahal-mahal..siap pakai pembantu peribadi lagi. Lepas tu keluarkan statement filem-filem tempatan skg berlambak. Maka dibuatnya tayangan 2 filem seminggu bermula 24hb Mei ini. Meeting sana sini alih-alih keputusan macam ni! Apa yang Finas maksudkan lambakkan filem tempatan? Pertambahan mungkin, tapi masih jauh mengatasi jumlah lambakkan sebenar filem asing! Tengok saja senarai tayangan filem di pawagam-pawagam tempatan...

Filem tempatan ke filem asing yang berlambakan?...Jauh berlambakkan filem2 asing!!
Kenapa tak dikurangkan lambakkan filem asing dan digantikan dengan filem tempatan? Cuba tengok-tengok sikit industri filem luar dan bagaimana mereka memajukan filem industri mereka. Pakai akai sikit boleh? Tak tahu belajarlah. Filem-filem asing sebenarnya menguasai pasaran filem tempatan sekarang. Tengok saja billboard, pawagam, iklan TV & Radio dll yang dikuasai oleh filem asing. Jangan jadikan tanahair kita yang tercinta ini lambakan bagi produk2 luar! Tak cukup ke pandatang asing mat indon, awang hitam, awang dadah dan awang2 lain di sini? Itu tak termasuk produk murahan dari negara cina dll yang membajiri pasaran kita? Filem pun kasi filem2 mereka juga ke? Itu belum sentuh stesen-stesen televisyen..Amalan kronism, tayangan tanpa tapisan dan ketelusan jelas boleh di lihat. Alahai apa nak jadinya..Nak hijrah ke TV Al-Hijrah pun sama juga.

Cuba cubalah bawa muhasabah diri kita dan mencari jalan yang efektif dan peroduktif untuk industri filem tempatan kita. Jangan asingkan cara hidup budaya kita dari agama rasmi kita. Buatlah sesuatu untuk kebaikan jangkamasa panjang untuk agama, bangsa dan negara..

"Buah Chempedak Di Luar Pagar
Ambil Galah Tolong Tunjukkan
Saya Momok baru belajar
Kalau Salah tolong Tunjukkan."

No comments: