Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Tuesday, February 14, 2012

"Tolonglah Buat Persedian Rapi Untuk Hadir Ke Sesi Ujibakat.."



Seramai 30 orang bakat baru telah di terpilih untuk hadir ke sesi ujibakat saringan pertama Ujibakat di pejabat urusan Galaksi Seni S/B (GSSB) Jumaat ini. Pemilihan ini berdasar biodata lengkap emailkan yang telah diterima. Pihak GSSB menggesa agar mereka yang akan hadir untuk sesi ujibakat saringan pertama ini membuat persediaan rapi dari segi penampilan dan 'homework' bagaimana utk jadi pelakon. Menjadi pelakon adalah satu pekerjaan yang memerlukan bakat, minat, pengetahuan, ilmu dan komitmen yang tinggi sepertimana juga memohon pekerjaan2 lain. Jangan sesekali anggap mudah dan datang sambil lewa dengan anggapan bahawa dunia lakonan ini semata-mata untuk glamor dan batu loncatan untuk kerjaya lain. Jangan mudah kecewa, melenting jika gagal. Faham dulu apakah sebenar misi sesi ujibakat ini diadakan. Bagi mereka yang masih belum di panggil untuk sesi ujibakat ini, anda tidak perlu bimbang kerana keseluruhan sesi ujibakat ini akan diadakan sebagai 5 peringkat keseluruhannya yang hanya akan berakhir pada penghujung bulan Februari ini. Sekian. harap maklum. Terima kasih.

No comments: