Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Friday, February 17, 2012

Di Sekitar Sesi UjiBakat Saringan Pertama Galaksi Seni S/B.

Alhamdulillah, Sesi UjiBakat Saringan Pertama yang di kendalikan di Pejabat Urusan Galaksi Seni Sdn. Bhd (GSSB) pada petang jumaat 17hb Feb, 2012 telah berjaya diadakan. Matlamat GSSB untuk mencari bakat-bakat baru bagi drama-drama dan filem terbitan mereka boleh dikatakan berjaya walaupun tidak sepenuhnya. Mungkin masih terlalu untuk membuat pemilihan akhir dari jumlah para peserta yang datang pada sesi ujibakat yang diadakan semalam tetapi potensi dan bakat yang ditunjukkan boleh dikatakan membanggakan. GSSB masih mempunyai masa hingga ke saringan ke 5 sebelum pemilihan akhir diadakan. Selepas itu para peserta yang terpilih akan diberikan latihan intensif sebelum pemilihan muktamad dibuat.

Secara keselurahan, industri drama dan filem tempatan masih ketandusan pelakon pelapis yang benar-benar bersedia dan berbakat besar. Namun kalau di ukur dari bakat-bakat baru menghadiri ujibakat GSSB, mereka mempunyai potensi besar. Komitmen serta bakat yang ditunjukkan agak membanggakan. Ada diantara meraka yang hadir seawal jam 3.00 ptg walaupun sesi bermula pada 4.00 ptg. Malah ada diantara mereka yang sanggup meninggalkan kerjaya asal mereka; seorang jurutera, semata-mata mahu memberi 100% fokus pada bidang lakonan.

Kesungguhan, komiten dan bakat mereka harus dimantapkan dengan usaha yang berterusan. Ilmu dan 'homework' tersendiri harus dicari. . Sudah sampai masanya mereka-mereka yang berminat menceburi bidang lakonan ini memperlengkapkan diri masing2 dengan ilmu dan menganggap bidang ini adalah satu bidang profesional yang memerlukan perhatian yang khusus dan komitmen yang tinggi sepertimana bidang profesional yang lain. Harap dapat berjumpa bakat baru yang lagi hebat dan sebahagian dari mereka dari saringan pertama pada Ujibakat saringan yang berikutnya kelak...

Terima Kasih di ucapkan buat pengarah Mansor Puteh, Komposer Tok Wan, Pen. Pengarah Anand Rethisamy, Pelakon MJCP Hafis Bahari kerana hadir dan membantu melincinkan penjalanan sesi Ujibakat.

No comments: