Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Thursday, February 2, 2012

Kalau nak 'Gunting' pun agak2 lah. Aduhai LPF..

Pengumuman di buat tidak lama di akhbar kononnya Lembaga Penapis Filem (LPF) dan pihak yg berwajib telah memberi kuasa penuh kepada para penerbit filem untuk membuat tapisan terhadap karya terbitan mereka..Isu ini menimbulkan kontroversi kerana ada pihak yang menyokong dan membangkang. LPF menilai filem tempatan dengan tapisan yang berbeza-beza. Ia seolah-olah suatu tugas yang tidak konsisten dan hampir tiada peraturan yang sepatutnya. Isu ini telah berulang kali dan sejak sekian lama telah diperkatakan..Naik 'boring' dah bercakap mengenainya. Mari kita bersama-sama lihat Visi, Misi dan Objektif penubuhan LPF:

Visi
Menguruskan penapisan filem dan bahan publisiti filem serta melaksanakan penguatkuasaan dengan cekap dan berkesan.
Misi
Memartabatkan Bahagian Kawalan Filem sebagai badan penapisan filem dan penguatkuasa yang berwibawa.
Objektif
Memastikan semua filem dan bahan publisiti filem yang dibuat, dikeluarkan, dimiliki, dijaga, dikawal, ditayang, dipamer, diedar, disewa atau dijual di Malaysia telah ditapis dan diluluskan oleh Bahagian Kawalan Filem, Kementerian Dalam Negeri dan melaksanakan penguatkuasaan terhadap sesiapa yang melanggar Akta Penapisan Filem 2002.

LPF bukan sahaja Double Standard dalam melaksanakan tugas mereka antara filem luar dan tempatan tapi kelihatan seolah-olah menjalankan tugas mereka semborono sahaja. Sejak dulu dan semakin parah sejak kebelakangan ini, pelbagai kontroversi telah di cetuskan oleh LPF. Beberapa filem tempatan yang mengandungi unsur sensitif agama, seks, dedah aurat melampau, dailog melampau pun boleh lepas dari 'guntingan tumpul' LPF.

Filem MOMOK..Jangan Cari Pasal tidak lepas dari guntingan LPF..Cuma yang menghairankan katabual dan visual yang memperkatakan mengenai '1 Malaysia' telah di potong! Boleh merayulah tapi selain dari akan memakan masa, pihak penerbit merasakan pemotongan tersebut di buat atas dasar yang bengong! Visual dan katabual 1 Malaysia tersebut bertujuan untuk memperkatakan, semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa harus mempunyai semangat 1 Malaysia! Pendatang asing yang bersepah dari Bagladesh, Indon, Afrika, Myammar, Siam dll juga harus memahami dan menghormati semangat 1 Malaysia dan memastikan Malaysia sebagai negara aman dan makmur dengan kehadiran mereka tanpa mencetus masalah sosial dan keselamatan..Tak kan ini pun LPF potong kut???? Saya rakyat Malaysia dan sangat bangga menjadi rakyat Malaysia.

No comments: