Filem tempatan hari ini masih sekadar menjadi Jaguhan kampung saja. Jangan kata untuk pasaran negara-negara Asean..kadang2 nak dapatkan tayangan yang adil dan sempurna di rangkaian pawagam di negara sendiri pun belum tentu. Siapa banyak duit, kuasa, `kabel besar' dengan individu yang ada kuasa, pasti industri ini akan menguntungkan mereka. Zaman P.Ramlee di Jalan Ampas, Shaw Brothers, Cathay Keris dan HVD masih bersilih-ganti menguasai industri ini dengan nama baru dan kuasa baru yang sebenarnya masih sama dari segi perbuatannya.
Semangat saya masih berkobar untuk menghasilkan filem lagi. Namun saya sedar semangat sahaja jauh dari mencukupi..Sokongan yang diharapkan sekadar membawa rebah..Rebah yang kemudiannya terpaksa merangkak bangun sendiri. Mahu saja saya meletakkan kesalahan pada mereka-mereka ini..namun, sekali lagi saya sedar..tiada gunanya. Saya hanya mampu berdoa dan berusaha lebih keras lagi dalam tempoh masa yang dipinjamkan olehNYA. Saya pasrah dengan hasilnya nanti. Manusia harus melalui pelbagai dugaan yang tersendiri tetapi dengan matlamat yang sama untuk menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah
Ayat klise saya.."Nantikan dan berikanlah pada filem saya yang akan datang........."Nota: Di kehendaki 2 orang wanita berumur 18-30 tahun berpewatakan 1) Gadis Lasak (Ala Tomboy) 2) Berambut Panjang dan Lembut. Kepada yang berminat sila emailkan profil @ biodata anda kepada mjamilz@hotmail.com. atau hubungi Puan Shahrila /Encik Nizam Baba di Talian 03-4257 4858/016-6453228/0142336244 untuk keterangan lanjut.
No comments:
Post a Comment