Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Saturday, June 18, 2011

Ingat Mati Bukannya Berfikiran Negatif!

Setiap detik, hari, bulan dan tahun yang berlalu bermakna semakin bertambah usia, pengalaman, ilmu yang kita dapati. Namun begitu, cabaran hari-hari yang mendatang semakin hebat. Tiada siapa di antara kita yang akan lepas dari dugaan dan cabaran ini walaupun hanya berdiamkan diri. Samada kita berani mengambil pelbagai risiko untuk survival atau play safe dengan tidak mengambil risiko, kita sebenarnya sudah terdedah dengan risiko! Risiko sakit, dengki khianat, bencana alam adalah antara faktor yang tidak dapat kita halang dari terjadi. Kita hanya mampu berusaha dan merancang, Tuhan yang menentukan untung nasib kita.
Sebagai manusia kita diwajibkan menjalankan tanggungjawab kita di dunia dan akhirat...Namun majoriti dari kita lebih menumpukan kewajipan di dunia dan seakan-akan terlupa dunia kekal iaitu akhirat. Masing-masing lupa tanggung-jawab hidup bermasyarakat, hidup sesama saudara seislam dan kepentingan dalam menghormati di antara satu sama lain. Tanpa kita sedari atau tidak, sikap tamak haloba, dengki khianat dan pentingkan diri sendiri telah membawa kemusnahan yang bukan kepalang bagi kita. Kalau kita fikirkan kenapa agaknya terjadinya bencana alam, peperangan, pergaduhan, jenayah, kemalangan dan bermacam lagi bencana dan malapetaka yang menimpa kita? Bukankah sebahagian besar sebabnya kerana kerakusan kita sendiri?
Ingatlah, sebagai manusia yang percayakan Tuhan, khususnya agama Islam, kita semua akan mati. Mati yang tidak tentu bila masa dan ketikanya..Janganlah sesekali kita menganiaya sesama kita dan menzalimi diri kita sendiri. Apa jua bentuk penganiayaan, penghinaan, makian sesama kita sebenarnya refleksi kepada diri kita sendiri. Bagi saya..terbaik..ingatlah jalan kematian dan fakta-faktanya mengenainya tanpa anggapan ianya satu bentuk pemikiran yang negatif tapi positif!
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang ingkar.Mahasuci Tuhan yang menjadikan kematian sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Bahawasanya mati ini adalah benar,soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,minum di kolam air nabi adalah benar,ada syurga dan neraka adalah benar.Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Segala apa yang telah diperkatakan adalah untuk ingatan pada diri saya sendiri dan mereka yang ingin berkongsi sama kebenaran yang terdapat di dalamnya. InsyaAllah..saya akan teruskan usaha mengingatkan diri saya dan semua baik dalam bentuk penulisan sebegini dan menerusi karya filem saya yang akan datang..Assalamualaikum

No comments: