Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Tuesday, March 15, 2011

MOMOK..Jangan Panggil Aku..EKSKLUSIF untuk Tayangan Pawagam! TIDAK ke Astro First.




Taklimat Program Astro First yang di adakan di Sultan Ballroom, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur pada 15 March 2011 mengesahkan pendirian Galaksi Seni Sdn.Bhd (GSSB), penerbit filem MOMOK..Jangan Panggil Aku untuk TIDAK menayangkan filem ini menerusi Astro First!
Team Momok yang terdiri dari Tok Wan, Sheila dan Baba Nizam menyertai taklimat yang turut disertai oleh Wakil Astro, Khairul Anwar, Ketua Pengarah Finas, Mahyidin Mustakim, wakil pemamer dari Big Cinemas, GSC dan Lotus Five Stars. Manakala kelibat karyawan yang hadir ialah Raja Azmi, Othman Hafsham, A. R Badul, Baldev Singh, Norman KRU, David Teo dan Ahmad Idham. Hairan juga wakil dari Persatuan Penerbit Filem (PFM) dan wakil2 persatuan artis tidak hadir. Mana mereka2 ni? Inikan isu penting yang boleh menentukan hala tuju industri perfileman tanahair? Karut sungguh!
Secara keseluruhannya Astro First mempunyai banyak impak buruk-baiknya pada industri perfileman tanahair. Mungkin terlalu awal untuk membuat sebarang andaian memandang Astro First baru dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Namun perkembangannya harus di pantau secara teliti kerana sebarang pelaksanaan yang silap boleh merosakkan industri perfileman tempatan.
Pawagam adalah pawagam dan Televisyen adalah televisyen. Secara saikologinya kalau sudah di uar-uarkan kononnya tayangan filem di pawagam dan televisyen diserentakkan maka hilanglah identiti pawagam itu sendiri. Fikiran dan minat penonton ke pawagam akan bercelaru.
GSSB akan mengambil tindakan Tunggu dan Lihat terhadap Astro First. Apa yang pasti MOMOK..Jangan Panggil Aku tidak akan ditayangkan dalam jangkamasa terdekat di Astro First..tidak samasekali dalam tempoh 2 minggu, 4 minggu, empat bulan, lapan bulan atau setahun! Lepas tu insyaAllah mungkin la. Industri filem kita kononnya hebat sangat dengan Astro First. Industri perfileman, Thailand, Indonesia, Hollywood dan Bollywood yang lebih advanced pun tak macam ni!..Jangan dek kerana terlalu mengejar keuntungan segera industri perfileman kita akan terkubur!
MOMOK..JANGAN PANGGIL AKU HANYA EKSKLUSIF UNTUK TAYANGAN DI PAWAGAM PADA 5.5.2011. TIDAK UNTUK TAYANGAN DI ASTRO FIRST. Berilah sokongan anda kepada MOMOK..Jangan Panggil Aku dan berilah sokongan yang tidak membawa rebah kepada industri perfileman kita.

No comments: