Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Saturday, March 5, 2011

MOMOKS...Exclusive Collective Items..Limited Production!








Dapatkan barangan eksklusif koleksi filem MOMOK - Poster, T-Shirts, Soundtrack, Car Stickers, The Shooting Script dll dengan harga istimewa. Sila dapatkan segera. Stok Terhad. Untuk mendapatkannya dan pertanyaan, sila hubungi Puan Shahrila di talian
03 - 42Bold574858 ,email shahrila_mj@yahoo.com atau layari http://www.galaksiseni.com/
Buku Skrip Rasmi Momok The Movie. Buku pertama seumpanya diterbitkan. Bacaan di ambil secara terus daripada skrip dan dialog yang terdapat dalam filem MOMOK THE MOVIE!.Sesuai juga sebagai rujukan bagi mereka yang mahu bergelar pengarah filem. Cetakan adalah terhad!
Film SoundTrack MOMOK The Movie
T-Shirt
Roundneck Momok The Movie & Momok Jangan Panggil Aku
Car Stickers
Poster Filem MOMOK The Movie dan Momok Jangan Panggil Aku
Barangan Kolektif - Desk Calender 2011


Harga tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran bagi Semenanjung Malaysia adalah Rm5.00 dan RM 10.00 bagi Sabah/Sarawak. Sila hubungi Pn.Shahrila sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan kurier. Harga bagi penghantaran menggunakan kurier adalah berbeza.


Cara/Kaedah Pembayaran.

1.Bank In

RHB Bank - Nombor Akaun : 2-1231-2000-4590-0
Galaksi Seni Sdn Bhd
--------------------------------------------------------------------------------
2.Bayaran Online Melalui RHB Online.
RHB Bank : 2-1231-2000-4590-0


Galaksi Seni Sdn Bhd
Email : shahrila_mj@yahoo.com
No-Telefon 03-42574858
Faks: (603)-42573858
Selepas membuat pembayaran, sila isikan borang di atas atau anda boleh hubungi Pn. Shahrila di talian 016-3274858/016-6453228/03-42574858


Syarat-syarat penghantaran :
Penghantaran melalui pos/kourier di lakukan dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran di terima. Sila pastikan anda memberikan butiran alamat yang tepat dan lengkap. Sila berikan tempoh 2 minggu sebelum anda membuat susulan/pertanyaan dengan pihak kami.
Sertakan sekali slip atm atau snapshot bagi bukti pembayaran yang telah di buat.
Untuk info sila layari laman rasmi MOMOK The Movie- http://www.galaksiseni.com/
** (Setiap RM 1 dari pembelian akan di dermakan kepada badan2 kebajikan)

Friday, March 4, 2011

Seronoknya..Program Promosi MOMOK JPA Di TESCO Alor Setar.






Alhamulillah. Program Promosi filem MOMOK..Jangan panggil Aku di TESCO Alor Setar baru-baru ini telah selamat dilaksanakan serta menghampiri matlamatnya. Program Promosi ke tiga selepas di Finas dan MITC Melaka ini mendapat sambutan baik dari pengunjung Tesco Alor setar, rakan2 FB di Alor Setar dan para peminat dan pengikut setia filem MOMOK.
Team MJPA Baba Nizam, Tok Wan, Firdaus Fahmi dan artis MJPA yang hadir, Mimi dan Shahila telah bertungku lumus menjayakan program promosi ini. Shahila pelakon dan penyanyi baru telah menunjukkan bakat nyanyiannya yang cemerlang selain dari tayangan klip trailer dan The Making MJPA untuk menghiburkan para pengunjung yang hadir.
Jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, khususnya para peminat, rakan FB di Alor Setar dan orang2 utara. Semoga sokongan anda semua akan memberikan kejayaan cemerlang pada filem MOMOK..Jangan Panggil Aku apabila ditayangkan kelak pada 5.5.2011.
Program promosi MJPA akan di teruskan ke Kuala Selangor, Johor Bahru, Kuantan dan Kuala Terengganu selepas ini. InsyaAllah.

Wednesday, March 2, 2011

Sunday, February 27, 2011

MOMOK JPA DI MITC Melaka Bersama Anak Yatim..Mengharap Kejayaan dan Keberkatan.






Syukur alhamdulillah majlis perjumpaan Ahli Facebook MOMOK Jangan Panggil Aku bersama-sama anak yatim selamat berlangsung dengan jayanya di Rumah Media, MITC Ayer Keroh Melaka baru-baru ini.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada pihak pengurusan Rumah Media MITC Ayer Keroh Melaka, Puan Wan Noraini (Wan's Catering), Para Penaja, wakil Pengurusan & Kebajikan Anak Yatim Miskin Melaka (Payasum)), 67 orang Anak-Anak Yatim Miskin Payasum, Encik Mohd Isa, En Yusof, Wartawan-wartawan dari TV3 (Melodi) dan TV9, Uztaz Azemudin dari Kem Terendak Melaka, Ahli-Ahli Kelab Perdana Malaysia, Para Penaja, Pak Engku (Stesen Petronas Genting Sempah Bentong, Pahang), Ahli FB MOMOK..JPA, Jawatan Kuasa Majlis- Sheila, Tok Wan, Baba, Rashid, En. Yusof, Kak Sal, Sakinah, Fahmi, Firdaus, dan She, Artis MOMOK.. JPA- Raffi Khan, Arif S. Samsudin, Zarina Zainuddin, Baby Faralia, Myza, Shahila, Ery Zukhairi, Mizy, Tok Wan, Ikram Ariff, Batrisya Marsya, Sarah, Kid dan Sadiq, Para Jemputan dan semua yang hadir yang namanya tidak dapat disebutkan di sini.
Majlis yang bertujuan untuk suai kenal Ahli FB MOMOK JPA serta promosi filem MOMOK..Jangan Panggil Aku yang bakal berada di pawagam pada 5.5.2011 dan meraikan anak-anak yatim ini telah mendapat kerjasama yang jitu dari pelbagai pihak. Makan minum majlis telah di taja sepenuhnya oleh Wan's Catering manakala pengangkutan Artis MJPA disediakan oleh Kelab Perdana Malaysia. Sedikit sumbangan wang dan barangan dari pihak Galaksi Seni Sdn. Bhd (GSSB), Stesen Petronas Genting Sempah Pahang dan para jemputan juga telah di sampaikan kepada anak-anak yatim.
Semoga Allah merahmati kita semua dan segala usaha kita mendapat kejayaan dan keberkatan. Program sebegini akan di teruskan oleh GSSB ke negeri-negeri di sebelah utara, selatan dan pantai timur.
Sokongan berterusan dari anda semua bagi program-program promosi filem MOMOK..Jangan Panggil Aku amat diharapkan dan di dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi di program promosi MJPA yang akan datang. InsyaAllah.
MOMOK..Jangan Panggil Aku 5.5.2011

Wednesday, February 23, 2011

MOMOK..Tidak Mengikuti Trend Lambakkan Genre Seram..Mereka ikut MOMOK!



MOMOK memulakan penghasilan filem-filem ber'genre' seram setelah sekian lama pembikinannya mendapat halangan dari Lembaga Penapisan Filem (LPF)..Bermula pada era tahun 2000,MOMOK di hasilkan melalui judul MOMOK yang dihasilkan dalam bentuk VCD. Hasil dari sambutan hangat dari peminat filem tempatan dan kelonggaran yang diberikan terhadap filem2 genre seram oleh LPF, penerbit fileem-filem tempat mula berlumba-lumba menghasilkan filem2 genre seram ketika itu.
MOMOK kembali selepas lima tahun menyepi dalam bentuk filem berformatkan 35mm pada tahun 2009 dengan judul MOMOK..The Movie (MTM) pada tahun 2009. Sekali lagi sambutan yang diterima hangat yang rata-rata dari 'followers' MOMOK yang terdahulu. Kini MOMOK..muncul kembali dengan judul MOMOK..Jangan Panggil Aku (MJPA). MJPA bukanlah sekual dari MTM. MJPA menjanjikan persembahan yang lebih segar, seram dan mantap. Namun MOMOK tetap mempunyai citarasa MOMOK! Selepas MJPA, MOMOK mungkin berhenti seketika untuk memberi laluan kepada lambakkan filem-filem seram. InsyaAllah, MOMOK akan kembali lagi kerana masih ada 85 skrip dan cerita-cerita Momok tempatan popular di kalangan masyarakat kita yang belum di zahirkan ke layar perak. Sokongan anda semua sangatlah dihargai..