Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Sunday, February 27, 2011

MOMOK JPA DI MITC Melaka Bersama Anak Yatim..Mengharap Kejayaan dan Keberkatan.






Syukur alhamdulillah majlis perjumpaan Ahli Facebook MOMOK Jangan Panggil Aku bersama-sama anak yatim selamat berlangsung dengan jayanya di Rumah Media, MITC Ayer Keroh Melaka baru-baru ini.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada pihak pengurusan Rumah Media MITC Ayer Keroh Melaka, Puan Wan Noraini (Wan's Catering), Para Penaja, wakil Pengurusan & Kebajikan Anak Yatim Miskin Melaka (Payasum)), 67 orang Anak-Anak Yatim Miskin Payasum, Encik Mohd Isa, En Yusof, Wartawan-wartawan dari TV3 (Melodi) dan TV9, Uztaz Azemudin dari Kem Terendak Melaka, Ahli-Ahli Kelab Perdana Malaysia, Para Penaja, Pak Engku (Stesen Petronas Genting Sempah Bentong, Pahang), Ahli FB MOMOK..JPA, Jawatan Kuasa Majlis- Sheila, Tok Wan, Baba, Rashid, En. Yusof, Kak Sal, Sakinah, Fahmi, Firdaus, dan She, Artis MOMOK.. JPA- Raffi Khan, Arif S. Samsudin, Zarina Zainuddin, Baby Faralia, Myza, Shahila, Ery Zukhairi, Mizy, Tok Wan, Ikram Ariff, Batrisya Marsya, Sarah, Kid dan Sadiq, Para Jemputan dan semua yang hadir yang namanya tidak dapat disebutkan di sini.
Majlis yang bertujuan untuk suai kenal Ahli FB MOMOK JPA serta promosi filem MOMOK..Jangan Panggil Aku yang bakal berada di pawagam pada 5.5.2011 dan meraikan anak-anak yatim ini telah mendapat kerjasama yang jitu dari pelbagai pihak. Makan minum majlis telah di taja sepenuhnya oleh Wan's Catering manakala pengangkutan Artis MJPA disediakan oleh Kelab Perdana Malaysia. Sedikit sumbangan wang dan barangan dari pihak Galaksi Seni Sdn. Bhd (GSSB), Stesen Petronas Genting Sempah Pahang dan para jemputan juga telah di sampaikan kepada anak-anak yatim.
Semoga Allah merahmati kita semua dan segala usaha kita mendapat kejayaan dan keberkatan. Program sebegini akan di teruskan oleh GSSB ke negeri-negeri di sebelah utara, selatan dan pantai timur.
Sokongan berterusan dari anda semua bagi program-program promosi filem MOMOK..Jangan Panggil Aku amat diharapkan dan di dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi di program promosi MJPA yang akan datang. InsyaAllah.
MOMOK..Jangan Panggil Aku 5.5.2011

No comments: