Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Saturday, February 12, 2011

MOMOK..Jangan Panggil Aku Di Hari Terbuka Finas








Alhamdulillah..Program promosi MOMOK..Jangan Panggil Aku di Hari Terbuka Finas berjaya mencapai matlamatnya. Pihak Galaksi Seni Sdn.Bhd. (GSSB)@ Team Promosi MJPA ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada Finas dan para pengunjung Hari Terbuka Finas yang telah memberikan kerjasama yang begitu baik.
Kehadiran beberapa barisan artis utama artis MJPA seperti Cassandra Patrick, Raffi Khan, Shahila Shariff, Tok Wan, Salasiah, Sarah Saqirah dan Batrisya Marsya menambahkan kemeriahan program promosi yang diadakan. Cassandra Patrick begitu komited dengan program ini telah menghadirkan diri dari Sabah. Begitu juga Raffi Khan yang datang Singapura semata-mata kerana program ini. Kehadiran para selebriti seperti Imuda, Yusuf Kelana, Harun Salim Bachik dan Abg Jem turut memberi sokongan kepada program promosi MJPA. Program promosi MJPA bertambah serinya dengan sesi ujibakat yang turut di adakan bagi filem keluaran GSSB yang akan datang. Para artis turut diperkenalkan kepada para pengunjung. Tayangan The Making Of dan Trailer serta edaran Flyers kepada para pengunjung berjaya memberi pengenalan awal tentang filem ini.

Selepas ini Team Promosi MJPA akan ke MITC Melaka pada 26 Februari sebelum menjelajah negeri2 di sebelah Utara, Selatan dan Pantai Timur. Pihak GSSB juga dalam perancangan untuk mengadakan Tayangan Perdana 1 Mei 2011 sebelum Tayangan Umum pada 5.5.2011.
Terima kasih tidak terhingga atas sokongan semua. Tahniah juga buat Team Produksi MJPA..Tok Wan, Sheila, Baba, Sakinah, Rashid, Firdaus, Fahmi dan Kak Sal yang berjaya melaksanakan tugasan dengan baik. Semoga usaha kami mendapat rahmat dari Allah Subhanawataala dan mendapat kejayaan. InsyaAllah.

No comments: