Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Sunday, June 19, 2011

Genre Filem Mana Paling Popular?





Genre filem mana yang paling poplular dan paling mendapat sambutan ramai? Antara genre filem yang banyak ditayangkan di pawagam-pawagam dan televisyen di seluruh dunia ialah Action, Adventure, Comedy, Crime, Disaster, Documentary, Animation, Drama, Epic, Family, Fantasy, Horror, Musical, Mystery, Romance, Science Fiction, Thriller dan War.

Namun citarasa penonton berbeza-beza dalam memilih genre filem yang ingin mereka tontoni. Faktor Genre, Film Rating System @Classification, barisan Pelakon Popular, Pengarah, Promosi, Syarikat Penerbit, Sensitiviti Cerita dll mempengaruhi minat ramai untuk menonton.

Kadangkala terdapat segelintir penonton yang agak cerewet dalam memilih filem yang ingin mereka tonton. Mereka mahukan pastikan filem tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik, skrip yang baik, pelakon yang berwibawa, pengarah yang sudah dikenalpasti hasil kerjanya atau sesuatu yang bukan sekadar hiburan kosong.

Promosi @ publisiti yang hebat dan barisan pelakon popular adalah faktor utama menjamin pulangan yang baik dari segi kutipan pawagam. Ini kerana terlalu banyak lambakan filem pelbagai genre di pawagam seluruh dunia hari ini. Agak malang bagi filem yang baik tetapi gagal dari segi pulangan kerana tidak mampu berdaya saing atas sebab dua faktor yang dinyatakan. Saingan sememangnya agak sengit bagi setiap genre filem dalam memenangi dan menarik minat penonton.

Bagi para penonton, tepuk dada tanyalah selera. Berhibur-berhibur juga tapi pilihlah filem yang dapat membawa kepada perkembangan minda dan membina masyarakat yang sihat, aman dan bertamadun. Berilah sokongan anda kepada filem tempatan atau filem yang dapat memberi manfaat pada nilai RM yang telah anda bayar.

Sebagai seorang sutradara dan penulis skrip, sukar bagi saya memastikan samada karya saya selepas ini mampu mendapat sambutan dan pulangan yang baik. Apa yang mampu saya lakukan adalah berusaha dan berikan yang terbaik dengan segala kemampuan yang ada. Semoga Allah memberikan saya rezeki yang diberkati terhadap usaha saya ini. Mohon sokongan dan doa restu semua. InsyaAllah

No comments: