Saturday, March 31, 2012
Wednesday, March 28, 2012
12 Julai 2012! Momok Jangan Cari Pasal Mulakan Kempen Promosi
http://youtu.be/qfUVtFSdA_4..
Program bersama artis MJCP turut akan diadakan di beberapa Pasaraya Mydin, Kerteh Mall, Jitra Mall dan beberapa pasaraya terkemuka yang mengambil bahagian. Senarai program penuh promosi MJCP akan diumunkan kelak. MJCP berharap akan mendapat sokongan dari peminat series filem MOMOK. Terima Kasih
Tuesday, March 27, 2012
"ANAK JALAN AMPAS" Kini DiBuka Untuk Tempahan..
- ANAK JALAN AMPASBUKU “MEMOIR ANAK JALAN AMPAS” HASIL NUKILAN MJAMIL BOLEH DIPEROLEHI PADA HARGA RM25 SEBUAH. (TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN)
KOS PENGHANTARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :
1) SEMENANJUNG MALAYSIA - RM6
2) SABAH & SARAWAK - RM10
3) BRUNEI DARUSSALAM - RM44
4) SINGAPURA - RM28
SILA BUAT PEMBAYARAN TERUS KE AKAUN RHB 21231200045900 DAN FAKSKAN BUKTI/PENGESAHAN (SLIP ‘BANK-IN’) KE NO 03-4257 3858 UNTUK PERHATIAN EN. NIZAM ATAU PN. SHAHRILA BERSAMA BORANG TEMPAHAN.(Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi..016-6453228/0163274858/0142336244/03-42574858)
PENGHANTARAN TEMPAHAN BUKU AKAN DIBUAT SELEPAS PIHAK GALAKSI SENI SDN BHD MENERIMA BUKTI/PENGESAHAN PEMBAYARAN. MASA PENGHANTARAN ADALAH DI ANTARA 2 HINGGA 5 HARI BEKERJA BAGI KAWASAN-KAWASAN TERSEBUT DI ATAS.
*** (NOTA) BAGI TEMPAHAN KUMPULAN PERTAMA – PENGHANTARAN AKAN DIBUAT SELEPAS MINGGU PERTAMA APRIL 2012.
Monday, March 26, 2012
Hebatnya Aura Filem-Filem Melayu Jalan Ampas!
Kehebatan filem-filem Melayu di era kegemilangan di Singapura bermula pada tahun 40'an - 60'an masih mempunyai aura yang hebat sehingga mampu menggamit penonton berbilang bangsa, agama dan peringkat umur hingga kini. Filem2 dan lagu hasil nama2 besar ketika itu seperti P.Ramlee, Saloma, Sarimah, Saadiah, Hussain Abu Hassan, Mariani Ismail, Aziz Satar, S. Shamsudin, Ibrahim Pendek, Salleh Kamil, Latifah Omar, Zaiton, Siput Sarawak (sekadar menyebut beberapa nama) masih terus di minati dari generasi ke generasi sehingga ke hari ini. Mampukah filem-filem, para pelakon dan karyawan hari ini mengikut jejak langkah para legenda terdahulu? Mampukah filem2 dan lagu hari ini menjadi evergreen di kenang zaman berzaman dan terus diingati ?..atau lenyap begitu saja satu hari nanti?
Thursday, March 22, 2012
'Jangan Cari Pasal' Buat Filem Tanpa Perancangan..
Industri buat filem sekarang semakin rancak...tapi jumlahnya tidaklah 'berlambakkan' seperti yang didakwa oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan segelintir penerbit filem yang 'besar'. Adakah kerana filem2 tempatan yang menguasai 20% tayangan filem di pawagam2 seluruh Malaysia yang bersaingan hebat dengan filem2 asing sudah dikatakan berlambakkan? Adakah kerana banyaknya persatuan2 filem yang tumbuh seperti cendawan dan berstatus hidup segan mati tak mahu sudah boleh dikatakan industri filem kita sudah hebat? Adakah kerana ramai penerbit2 filem yang gagal membayar pinjaman bank dan mengalami kerugian menyebabkan Finas kata industri filem kita bagus? Atau pun finas kata industri filem sudah hebat kerana ada Mix Stage Studio yang berteknologi canggih di rantau Asia yang menelan kos RM 53 juta ini namun bersatus tapi bersatus 'Gajah Putih' ? Dari beratus-ratus penerbit filem hanya MIG Filem (David Teo yang mampu mempunyai bangunan sendiri ), Skop Production (Dato Yusof Haslam), Tayangan Unggul, GBSB dan satu dua syarikat filem lagi yang boleh dikatakan berjaya..Penerbit-penerbit lain bagaimana?... Rugi menangggung hutang dan gulung tikar!
Kerajaan telah sediakan pelbagai dana membantu industri filem. Tetapi gagal dimanfaat oleh Finas dengan baik dan secara bijak kerana dikendalikan oleh mereka2 yang kurang berpengalaman. Tidak ada perancangan jangkamasa panjang. Polisi yang ada asyik berubah-ubah. Natijahnya industri filem hanya indah khabar dari rupa.
Apa pun kepada peminat filem tempatan, sama-samalah kita berharap dan berdoa akan Finas benar-benar dapat menjadi penyelamat dan kebangkitan filem-filem tempatan. InsyaAllah.
Thursday, March 15, 2012
Akhirnya..Tarikh Tayangan MOMOK..Jangan Cari Pasal di keluarkan oleh Finas....
Alhamdulillah..Akhirnya..sesudah banyak kali berjanji..akhirnya Finas mengeluarkan tarikh tayangan bagi filem MOMOK..Jangan Cari Pasal.
Wednesday, March 7, 2012
Finas dan LPF Badan Lawak 2 x 5!
Finas pulak asyik-asyik tukaq polisi untuk memudahkan kerja mereka. KP baru umum dulu dalam tempohmasa 100 hari pelantikannya mahu lakukan perubahan. Perubahan apa? Perubahan mengabiskan duit kerajaan juga. Cakap tak serupa bikin. Jenis muka tembok. Bodoh sombong. Meeting tempat mahal-mahal..siap pakai pembantu peribadi lagi. Lepas tu keluarkan statement filem-filem tempatan skg berlambak. Maka dibuatnya tayangan 2 filem seminggu bermula 24hb Mei ini. Meeting sana sini alih-alih keputusan macam ni! Apa yang Finas maksudkan lambakkan filem tempatan? Pertambahan mungkin, tapi masih jauh mengatasi jumlah lambakkan sebenar filem asing! Tengok saja senarai tayangan filem di pawagam-pawagam tempatan...
Filem tempatan ke filem asing yang berlambakan?...Jauh berlambakkan filem2 asing!!
Kenapa tak dikurangkan lambakkan filem asing dan digantikan dengan filem tempatan? Cuba tengok-tengok sikit industri filem luar dan bagaimana mereka memajukan filem industri mereka. Pakai akai sikit boleh? Tak tahu belajarlah. Filem-filem asing sebenarnya menguasai pasaran filem tempatan sekarang. Tengok saja billboard, pawagam, iklan TV & Radio dll yang dikuasai oleh filem asing. Jangan jadikan tanahair kita yang tercinta ini lambakan bagi produk2 luar! Tak cukup ke pandatang asing mat indon, awang hitam, awang dadah dan awang2 lain di sini? Itu tak termasuk produk murahan dari negara cina dll yang membajiri pasaran kita? Filem pun kasi filem2 mereka juga ke? Itu belum sentuh stesen-stesen televisyen..Amalan kronism, tayangan tanpa tapisan dan ketelusan jelas boleh di lihat. Alahai apa nak jadinya..Nak hijrah ke TV Al-Hijrah pun sama juga.
Cuba cubalah bawa muhasabah diri kita dan mencari jalan yang efektif dan peroduktif untuk industri filem tempatan kita. Jangan asingkan cara hidup budaya kita dari agama rasmi kita. Buatlah sesuatu untuk kebaikan jangkamasa panjang untuk agama, bangsa dan negara..
"Buah Chempedak Di Luar Pagar
Ambil Galah Tolong Tunjukkan
Saya Momok baru belajar
Kalau Salah tolong Tunjukkan."
Friday, March 2, 2012
"Anak Jalan Ampas" di buka untuk Tempahan..
InsyaAllah buku ini akan dilancarkan pada Penghujung March atau Awal April 2012. Edisi Terhad. 1000 Naskah sahaja..Pastikan anda dapatkan buku eksklusif ini nanti..Bagi tempahan dan info lanjut, sila hubungi:Pn Shahrila Baharom/En Baba Nizam di talian 016-6453228/0142336244/03-42574858. Faks 03-42573858. Email- galaksiseni@yahoo.com. Sekian. Harap maklum.
Thursday, March 1, 2012
Kemanalah Agaknya Halatuju Industri Filem Tempatan hendak di bawa oleh FINAS?
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang sepatutnya menaungi industri filem tempatan gagal mempunyai visi dan perancangan yang efektif...Garis Panduan yang dibuat asyik berubah-ubah macam sesumpah mengikut selera sendiri...Terbaru, keputusan Finas untuk manayangkan dua filem tempatan dalam seminggu mencetuskan kerisauan bukan sedikit pada kebanyakan penerbit. Filem asing langsung tidak disentuh.
Manakala Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) pula telah memberi kuasa penuh pada para penerbit untuk membuat pemotongan pada filem mereka sendiri...Kalau penerbit bukan Islam macam David Teo buat filem yang ada unsur yang menyentuh sensitiviti agama Islam, macamana? Inilah jadinya bila mereka-mereka yang bukan ahli mengendalikan sesuatu tugas yang mereka sendiri tidak faham! Harap-harap mereka yang dipertanggungjawabkan ini mendapat petunjuk dan hidayahNya supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih bertanggungjawab, jujur dan telus.
Subscribe to:
Posts (Atom)