Assalamualaikum..
MTM hampir ke 100 peratusnya. Cuma yang tinggal touch up sana sini, censorship dan yang paling kritikal, strategi promosinya. MTM di jangka akan ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri atau musim cuti akhir persekolahan pada tahun ini.
MTM telah melalui perbagai rintangan dan dugaan sehingga ke peringkat ini. Boleh di katakan MTM adalah hasil karya saya yang terbaik yang dapat saya berikan. Terbaik tidak bermakna saya telah berpuas hati tetapi bersyukur kerana MTM menampakkan jalan yang ada penghujungnya. Sambutan dari para penonton akan menjadi pengukur kejayaan MTM manakala kejayaan atau kegagalan MTM pula akan menjadi pengukur hala tuju karier saya sebagai sutradara.
Segala pengalaman yang saya ada telah saya curahkan kepada MTM. Satu hasil karya yang telah saya lakukan sebaik mungkin melalui penyelidikan yang menyeluruh selama hampir 5 tahun. MTM di buat mengikut citarasa masyarakat tempatan. Apu pun saya secara peribadi, sebagai rakyat Malaysia, saya bangga kerana filem ini adalah filem Malaysia tanpa sedikit pun ide-ide luar.
Harapan saya peminat filem tempatan dapat memberi sokongan dan menilai sendiri filem ini apabila ditayangkan kelak. Teruskan memberi sokongan kepada MOMOK The Movie.
Terima kasih.
P/S Nantikan Peraduan MTM melalui laman rasmi MTM di http://www.momokthemovie.com/. Hadiah-hadiah menarik tajaan Nestle Products Sdn.Bhd menanti anda. Anda juga boleh mendapatkan barangan eksklusif MTM melalui laman rasmi.