Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Wednesday, July 31, 2013

Mayumi: Mengilai jam 2 pagi - Rumah Sewa RM50!

Mayumi: Mengilai jam 2 pagi


Tuah nyata tidak menyebelahi artis berdarah kacukan Melayu, Korea dan Jepun, Mayumi Kasuga, apabila album sulung yang sepatutnya memperkenalkan namanya di persada muzik tanah air pada 2003 terperap begitu saja apabila syarikat rakaman dinaunginya menghadapi masalah.
Selepas apa yang berlaku, selama lima tahun Mayumi bergerak sendiri dan cuba mencari tapak dalam industri muzik, namun usaha gadis berkulit putih gebu ini gagal. Rasa kecewa me­nyesakkan dadanya, namun anak sulung daripada dua beradik ini tetap tidak mahu mengalah kerana sejak kecil dia suka menyanyi.
Peluang dan ruang terus dicari tanpa henti, malah dia cuba berlakon jika itu membolehkannya mencipta nama dalam bidang seni. Hasilnya dia sempat muncul dalam beberapa drama seperti Raja Tom Yam, Ubat Rindu, Bintang, Maafkan Aku Papa, Shuffle Milikku dan Shah Rukh Khan Datang Kampung.

Namun, sinar kejayaan masih tidak kelihatan hinggalah awal tahun ini apabila dia ditawarkan berlakon dalam filem seram arahan M Jamil berjudul Rumah Sewa RM50 selaku watak utama sebagai Cassandra.


Bersemangat menceritakan pembabitannya dalam filem itu, jelasnya, dia memang suka menonton filem seram kerana sarat dengan unsur suspens. Justeru, apabila tawaran berlakon dalam filem genre sedemikian datang kepadanya, dia terus terima lantas mengharapkan kemunculannya dalam filem itu dapat menebus kekecewaan lalu.

Foto
“Penggambaran filem itu dilakukan di Gunung Se­nyum di Pahang. Gunung itu amat indah pada siang hari dan ada trek untuk mendaki ke puncaknya, namun apabila diselubungi malam ia bertukar seram. Chalet penginapan pelakon dan kru produksi menghadap gunung berkenaan, tetapi jarang sekali saya melihat ke arahnya.

“Situasi sedemikian amat bertepatan dengan jalan cerita Rumah Sewa RM50. Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan apabila saya sedang menjalani penggambaran babak mengilai pada jam 2 pagi. Sebaik saya habis mengilai, tiba-tiba dari kejauhan sayup-sayup kedengaran suara mengilai yang membuatkan saya, pengarah dan beberapa kru terdiam.

“Kami perlahan-lahan beredar dari lokasi dan masing-masing yang faham dengan apa yang berlaku tidak bersuara dan buat tak tahu saja. Ini kerana orang tua selalu berpesan, jika ternampak atau terdengar benda pelik di tempat seperti itu, usah ditegur,” katanya.

Mayumi berkata, apabila pulang ke chalet, dia sekali lagi terasa ‘diganggu’ apabila merasakan ada ‘sesuatu’ yang melintasi di luar ting­kap bilik dihuninya itu.

“Saya anggap ia mainan perasaan dan tidak mahu terlalu memikirkannya. Penggambaran yang berlangsung selama dua minggu terasa lama sekali. Namun, saya hargai setiap apa yang dilalui sepanjang penggambaran filem itu,” katanya.

Filem Rumah Sewa RM50 berdasarkan kisah benar yang berlaku di Shah Alam, Selangor mengenai sebuah rumah misteri di mana pemiliknya sanggup meletakkan harga sewa yang amat murah berikutan pelbagai peristiwa pelik dialami penyewa rumah berkenaan. Ia dijangka ditayangkan pada hujung tahun ini.

Dalam pada itu, Mayumi turut berterima kasih kepada M Jamil yang memandang tinggi bakat lakonannya, sekali gus mengharapkan filem itu memberi impak yang besar kepada kerjaya seni­nya.


Artikel ini disiarkan di HARIAN METRO pada : 2013/07/31

Tuesday, July 30, 2013

RUMAH SEWA RM 50: Pengalaman kami

RUMAH SEWA RM 50: Pengalaman kami: Bercakap mengenai rumah sewa RM50, kami sendiri mengalami pengalaman yang agak aneh ketika   sedang menemuramah penjaga ‘Rumah Sewa’ ia...

Thursday, July 25, 2013

Rumah Sewa RM50 untuk golongan artis dan semua!


Rumah Sewa memang mahal sekarang ni..Apatah lagi rumah mampu milek...Ada ke Rumah Sewa RM50?...Bincang2 dengan Dato' Mustapha Maa'rof, kut-kut ada rumah sewa RM50 dan rumah mampu milek untuk golongan artis! Apa2pun,  harap dapat sokongan semua untuk menonton filem ini kelak.

Wednesday, July 24, 2013

Jin di Rumah Sewa 'Berhantu' Di Mekah & Rumah Sewa RM50!

Antara pengalaman yang akan saya kaitkan dengan artikel coretan saya ketika menunaikan Ibadah Umrah sekitar penghujung bulan Mei 2013; Rumah Berhantu di Tanah Haram, Mekah Mukarammah. Terdapat 3 buah rumah banglo berwarna kuning yang dibina dilereng bukit berbatu di Mekah (Satu pemandangan biasa di Mekah). Kawasan itu terletak kira-kira 20 kilometer dari Masjidil Haram. Rumah yang dikatakan berhantu ini di katakan dihuni oleh satu keluarga Jin Islam. Rombangan kami tidak dibenarkan menghampir rumah itu kerana tidak termasuk dalam pakej ziarahi kami, tiada mana-mana pakej pun untuk ziarahi rumah berhantu! 
 
Jin Islam yang menghuni rumah tersebut didakwa 'keras kepala' walaupun sudah beberapa kali di usir oleh ahli-ahli agama termasuk imam Masjidil Haram sendiri. Akhirnya, rumah tersebut dibiarkan bergitu saja untuk dihuni oleh keluarga Jin Islam tersebut. Beberapa cubaan oleh tuan rumah untuk menetapkan di situ, tetapi gangguan yang di hadapi amat kurang menyenangkan. Biasanya gangguan tersebut berupa bayangan, suara dan gerakan. Perabut rumah yang sentiasa beralih-alih, malah  penghuninya pasti dialih ke luar rumah ketika tidur!
Apa pula persamaan pengalaman dan cerita ketika saya melakukan penggambaran filem "Rumah Sewa RM50?" Bagi pendapat saya, terdapat persamaan rumah 'berhantu' di Mekah dan Rumah Sewa RM50. Bezanya mungkin, spesis Jin dan agamanya. Saya hampir pasti Jin yang menghuni di Rumah Sewa RM50 adalah Jin Kafir, berdasarkan gangguan yang diterima. Bayangan, suara, gerakan, malah jelmaan semuanya menyeramkan! Malah gangguan2 ini boleh menyebabkan dan mendatang kecederaan fizikal bagi mereka2 yang diganggu. Dipendekkan cerita, saksikanlah filem "Rumah Sewa RM50" bagi menyaksikan sendiri jenis gangguan yang dilakukan oleh Jin yang menghuni di situ. Berdasarkan kisah2 sebenar, yang diceritakan oleh bekas penyewa2 Rumah Sewa RM50' 

 

Monday, July 22, 2013

Bersama En.Hamaluddin@Abg Din~Penjaga Misteri "Rumah Sewa RM50"

En. Hamaluddin @ Abg Din, penjaga sebenar 'Rumah Sewa RM50 ini adalah seorang lelaki misteri. Kenapa misteri? Saya katakan beliau seorang yang misteri kerana hanya menceritakan perkara sebenar disebalik 'Rumah Sewa RM50' kepada orang tertentu jika bertanyakan soalan mengenai rumah di bawah jagaanya. Sebaliknya, beliau akan hanya menceritakan latar belakang rumah itu secara umum hingga menimbulkan 'boring' untuk bertanya lagi. Kenapa? Kata Abg Din, Rumah Sewa RM50 ini memang pebuh misteri. Sebagai penjaga rumah tersebut, beliau tidak mahu menimbulkan rasa takut kepada pengunjung dan bakal penyewanya, sehingga menyebabkan rumah tersebut tidak dikunjungi lagi dan tiada penyewanya. Tambah beliau lagi, kalau beliau menceritakan hal sebenar, mungkin akan menimbulkan kemudaratan kepada mereka yang lemah semangat.
Beliau yang diberikan kesempatan menonton klip "The Making Of Rumah Sewa RM50" baru-baru ini ketika pihak GSSB mengunjungi beliau berkata "Pembikinan filem ini nampak 'real' dan berjaya menaikkan bulu roma saya! Jangan lupa jemput saya ke tayangan perdananya ya"
 

Thursday, July 11, 2013

Benar Atau Tidak? Kisah Di Sebalik Pembikinan Filem RUMAH SEWA RM50..




Kisah Rumah Sewa RM50 sebenarnya sudah lama tersebar di laman sesawang. Ceritanya begitu popular dikalangan mahasiswa mahasiswa UiTM cawangan Shah Alam yang pernah menyewa di situ. Rumah Sewa RM50 yang masih hangat diperkatakan ini terletak di Seksyen 2 Shah. Alam dan dikatakan dibiarkan kosong sekarang kerana tiada lagi penuntut UiTM yang berani menyewa maupun orang awam. Cerita di laman sesawang dan cerita dari mulut ke mulut menyebabkan status rumah dikatakan 'berhantu' ini tersebar luas. Namun kesahihan status rumah ini masih boleh dipertikaikan kerana 'kejadian2 seram yang berlaku mempunyai versi2 cerita yang berlainan. Benar atau Tidak? Pihak Galaksi Seni Sdn.Bhd (GSSB) telah membawa membawa kisah popular ini ke layar perak untuk tontonan anda semua.. Buatlah penilaian anda sendiri kelak.