Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Tuesday, December 28, 2010

"MOMOK..Jangan Panggil Aku" We are coming To You!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua pembaca dan khusus kepada followers blog ini, dapatkan kolektif cenderahati secarapercuma seperti pocket dan table calendar 2011.
Anda hanya perlu menghantar sampul surat lengkap bersetem (RM0.50) & beralamat sendiri, ukuran sampul surat 25 cm x 18 cm ke alamat:-

Galaksi Seni...... Sdn.Bhd18-1, Jalan Bukit Setiawangsa

Taman Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur

Kami juga akan sertakan salinan event promosi dan roudtour filem ini di seluruh negara bermula Januari - Mei 2011. Mungkin destinasi kami berhampiran dengan tempat anda! Antaranya kami akan berapa di UUM, USM, Tesco, Mydin di negeri2 sebelah utara pada bulan March. Kami juga akan berada di Kuantan, Kuala Terengganu pada awal Februari.

Satu perjumpaan followers blog dan FB sedang dirancang untuk diadakan.
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Team Promosi MJPA dan mendapatkan info lanjut dan terkini, sila hubungi Puan Sheila di No telefon 03-42574858 atau email shahrila_mj@yahoo.com. Pelbagai aktiviti menarik, adventurous, insentif dan peluang mencari pengalaman menanti anda.

Sekian. Harap maklum.

Thursday, December 2, 2010

'Sediakanlah Ruang Solat yang sesuai Datuk......'



Sediakan ruang solat yang sesuai untuk mereka yang beragama Islam untuk menunaikan kewajipan bersolat! Alhamdulillah, sebenarnya banyak ruang solat yang bersih dan sesuai telah disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk kemudahan bersolat bagi mereka yang beragama Islam untuk menunaikan kewajipan mereka. Selain Masjid2 dan surau2 di seluruh negara (sewajarnya Islam sebagai agama rasmi negara), kita boleh lihat ruang solat juga sediakan di kawasan2 rehat (RnR), pejabat2 kerajaan, swasta, sesetengah medan selera dan banyak lagi. Ada juga majikan yang bukan beragama Islam begitu peka dan sensitif dengan menyediakan ruang solat yang sempurna untuk pekerja2 mereka yang beragama Islam.

Namun ada juga majikan yang mengambil remeh perkara ini. Baru-baru ini ketika sedang sibuk dengan kerja-kerja memproses filem MOMOK..Jangan Panggil Aku di Makmal Memproses Filem Gaya Lab di Seksyen 16 Shah Alam , tersentak saya apabila mendapati tiada ruang yang khusus untuk bersolat di situ. Apabila ingin bersolat, saya telah ditunjukkan satu bilik sempit yang penoh dengan peti simpanan filem! Saya terkejut kerana majoriti pekerja-pekerjanya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Apabila bertanya pada mereka-mereka yang berkenaan mereka mengatakan pihak pengurusan tidak mahu menyediakan ruang solat yang lebih besar dan sempurna kerana takut pekerja2 Islam akan mencuri masa bekerja dengan bersolat! Sedia tokong dan patung bogel di permis kerja ok sesangat! Kalau begitu tak perlukan gajikan pekerja Islam..atau suruh aja buat rumah ibadat mereka..Pekerja Islam takut tanya lebih-lebih kerana takut diambil tindakan oleh boss! Nak kata apa? Apabila ditanya pada pihak pengurusan mereka hanya tersenyu sinis! Kurang ajar sungguh! Tersirap darah dibuatnya!

Makmal Memproses Gaya makmur disebabkan banyak filem-filem Melayu dan pekerja-pekerja Islam yang mahir. Makmal memproses Gaya juga dimiliki oleh Datuk L.Krishnan, seorang tokoh perfileman yang dihormati sejak zaman P.Ramlee dan juga bermenantukan seorang bekas penyanyi perempuan yang beragama Islam! Tak sensitif ke Datuk L.Krishnan ni?!

Perkara seperti ini sebenarnya telah berlanjutan sekian lama. Namun hanya baru-barun ini rakan saya yang bernama Tok Wan telah membangkitkan isu ini di laman sosial Facebook. Ramai yang memberi komen..malah isu ini juga telah di 'tag' kepada mereka yang bertaraf menteri, presiden persatuan hiburan, ketua pengarah Finas, wartawan dan ramai lagi. Namun malangnya sehingga kini tiada apa2 respon dan jauh sekali sebarang tindakan diambil ke atas Gaya Lab.
Apa yang pasti saya akan boikot Gaya Lab selepas ini. Lebih baik saya hantar filem saya untuk di proses di Siam Lab di Thailand yang diberitakan menyediakan ruang solat yang sempurna bagi pelanggan2 mereka yang beragama Islam!

Saya puji syarikat penerbitan filem MIG kepunyaan David Teo yang menyediakan ruang solat yang sangat selesa bagi pekerja dan pelanggannya yang beragama Islam.

Kalau dah agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia dan majoriti masyarakatnya beragama Islam..sensitiflah sikit terhadap penyediaan ruang bersolat yang selesa dan kepentingan kewajipan bersolat bagi kami. Jangan nanti dah jadi hal baru nak ambil tindakan..
Nantilah..kalau tiada apa2 respon insyaAllah saya akan bongkar lagi dengan bukti!