Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Tuesday, June 23, 2009

Hanis Zalikha - Momok's The Rising Stars!



Hanis Zalikha..satu nama yang masih asing dalam dunia perfileman tempatan. Bakat lakonannya masih belum di perlihatkan di layar perak. Filem MOMOK The Movie (MTM) bakal memperkenalkan Hanis sebagai The Rising Stars yang mempunyai potensi atau bright future newcomer dalam industri perfileman tempatan.

Says who? Sebagai sutradara filem MTM, saya yakin dengan bakat lakonan Hanis. Keyakinan ini membuatkan penerbit MTM, Galaksi Seni Sdn. Bhd (GSSB), mencalonkan nama Hanis Zalikha yang memegang watak Mawar Puteri Bunian, sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 22, Ogos ini! (FFM Ke 22, Kota Kinabalu 2-8 Ogos 2009).Ini akan meletakkan Hanis sebagai underdog dalam persaingan kategori ini di antara pelakon-pelakon wanita yang sudah established. Watak Hanis juga bukan calang, beliau telah berlakon di samping pelakon paling popular ketika ini, Nabil Raja Lawak Musim Ke 2.

Sejauh mana kehebatan lakonan Hanis Zalikha? Pastikan anda menonton filem MOMOK The Movie pada Hari Raya Aidilfifri ini, 01 Syawal 1430 bersamaan 20hb September di pawagam-pawagam berdekatan anda.

Saturday, June 20, 2009

Hanis Zalikha mengarang penulisan berpantun

Hello everyone *skema. Haha first of all, have you guys seens this exciting teaser for Momok The Movie?! If you have'nt you should try it! But please don't watch it alone. Nanti mengigau, malu (kisah benar).




You might be wondering mana Mawar Bunian? Well, nak tengok kena lah pergi panggung wayang berhampiran anda (-_-") Sungguh hard sell ya. Haha.



Okay sejujurnya, cerita ini pernah keluar dalam bentuk VCD satu ketika dahulu, masa itu I kecil masih tidur buai, ceh takde ah, sengaja nak perasan muda. Tapi we were quite young la kan masa VCD seram Momok keluar. IT WAS MY FAVOURITE LOCAL HORROR STORY EVER. Kalah cerita-cerita hantu yang berbajet besar waktu ketika itu. Seingat I masa tuh, I suruh semua orang beli VCD tuh sebab best sangat. I macam terpegun sebab from what I see, bajet diorang rendah tapi boleh seram juga. Yelah tengok lah Aziz Satar jadi hantu pun pakai selimut apa je. Tapi cara dia tangkap expression tuh sumpah tak boleh blah. Seram gila. Sampai sekarang perkataan "Mee Calong" ke ape tah, sentiasa menakutkan I serta adik-adik. I tatau lah the exact mee punya nama, tapi my mom kata dia macam Mee Jawa atau Mee Rojak. Sedap oh. Tapi dalam cerita itu tak sedap, sebab mee dia guna ulat, pastu kuah dia takde langsung macam kuah rojak tsk.



And satu pantun yang Hanis akan ingat sampai bila ialah:



Kelip-kelip ku sangka api,


Jika api di mana panasnya,


Hilang ghaib ku sangka mati,


Kalau mati di mana kuburnya?




Lawak doh kalau dengar je pantun ni masa VCD pasang, semua lari bersepah nak duduk dalam selimut depan TV. Yang dalam toilet terus lari keluar sambil jerit. Ngok gila haha. Takut, tapi nak tengok juga. Siap ulang balik kalau dah habis. Sampai panas pemain VCD. Haha pemain VCD. Lama dah tak dengar perkataan tuh.




Tapi untuk filem Momok The Movie, banyak dah diolah untuk lebih seram. Nantikan Mawar Bunian si rambut gerbang di pawagam. Weh I cuak. I tak pernah tengok muka sendiri besar-besar. Ceit.



Yang benar, Hanis Zalikha

Monday, June 15, 2009

Aidilfitri ini, 01 Syawal 1430 /20hb September Bersama MOMOK The Movie!

MOMOK The Movie - Coming soon To The Theatres Near You - 20th September 2009!

Alhamdulillah...Segala Puji Kepada ALLAH Tuhan sekalian Alam...MOMOK The Movie akhirnya bersedia untuk tayangan umum! Nampaknya Syawal tahun ni kita akan beraya bersama MTM. Pelbagai usaha promosi sedang hebat dirangka sekarang. Bermula dengan Tayangan Pengenalan 10 minit, Tayangan Amal, RoadTour, Billboards, Television dan radio, MTM akan memulakan langkah promosinya secepat mungkin. Saya akan memberitau setiap perkembangan MTM dari masa ke semasa.

Sokongan dan ide anda untuk strategi promosi sangat-sangat dialu-alukan. Hubungi saya segera sekiranya anda mempunyai ide2 promosi yang menarik. Jangan lupa juga untuk melayari laman rasmi MTM di http://www.momokthemovie.com/. Hantarkan email anda kepada mjamilz@hotmail.com atau mjdirector@gmail.com

Terima kasih

Wassalam..