Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Wednesday, January 30, 2013

Tuesday, January 29, 2013

"Rumah Sewa RM50" Tamat Penggambaran.

Alhamdulillah..Selesai sudah penggambaran begi filem ke 4 terbitan Galaksi Seni Sdn.Bhd (GSSB), "Rumah Sewa RM50". Shooting ok, tapi masih terlalu awal untuk memperkatakan kualiti ini apabila ditayangkan kelak. Proses suntingan, efek, muzik dan strategi pemasaran adalah antara faktor-faktor penting sebelum bersedia untuk tayangan..

Wednesday, January 9, 2013

"Rumah Sewa RM50" Di angkat Dari Kisah Popular Bekas Pelajar Uitm. Alahai... Bakat Baru!.

                                                   
Walaupun sudah agak lama berkecimpung dalam industri hiburan, khususnya bidang lakonan dan penerbitan, rasa terkilan terhadap sesetengah pelakon baru masih ada. Sesetengah bakat baru yang ada pada hari ini hanya ingin menjadikan lakonan sekadar batu loncatan untuk mengejar glamor dan berseronok dengan tujuan untuk popular dan berharap menjadi buruan VIP dan mengejar kemewahan. Mereka hanya memperdagangan rupa paras mereka tanpa mempunyai bakat. Mereka2 ini  akan berlumba-lumba mencari publisiti murahan dengan menjadi 'Bintang Majalah' dan mendapatkan publisiti murahan dengan pelbagai gosip dan kontroversi dengan harapan untuk segera popular. Senario ini telah sedikit sebanyak menjejaskan imej dunia hiburan apabila di pandang serong oleh masyarakat. 
Pengalaman mencari bakat baru bagi filem "Rumah Sewa RM50" tidak lepas dari berhadapan dengan masaalah ini. Kebanyakan bakat baru yang datang hadir ketika diujibakat hanya berminat untuk watak-watak glamor, seksi, menggoda dan tawaran harga yang diberikan. Bila menyedari watak yg ditawarkan tidak mempamerkan kecantikan, seksi dan bermake-up tebal. Mereka seperti tidak berminat. Tambah menghilangkan minat mereka apabila lokasinya jauh dari bandar, 'reception' talian telefon kurang baik, dan watak wanita yang dirasuk dan gila. Mereka mula demand dengan meletakkan harga yg tinggi dengan alasan mereka terpaksa berkorban! Hakikatnya, dari penilaian ujibakat,  bakat yang ada pada mereka sebenarnya tak lebih dari sekadar 'bolehlah' dari tiada.
 Alhamdulillah, akhirnya pihak kami berjaya menemui bakat baru yang dikehendaki. harapan kami filem "Rumah Sewa RM50", yang berdasarkan kisah benar dan cerita popular yang berlaku di sebuah rumah di Sec. 2, Shah Alam, Selangor ini akan mendapat perhatian peminat-peminat filem tempatan apabila di tayangkan kelak di pawagam 2013 ini. InsyaAllah.