Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Tuesday, November 25, 2008

Sambutan Hangat Sesi "Ujibakat Momok The Movie"

Syukur & terimakasih atas sambutan hebat kehadiran hampir 200 orang calon dari pelbagai peringkat umur, bangsa dan status ke sesi ujibakat filem "Momok The Movie" (MTM) yang di adakan pada 25hb, Selasa 2008 di Finas. Masa ujibakat yang sepatutnya dilaksanakan antara 2-6 petang terpaksa dilanjutkan sehingga pukul 8.00 malam. Satu petanda baik bagi MTM yang bakal difilemkan ini.
Kehadiran para artis yang sudah established turut menghangatkan lagi sesi ujibakat. Terima kasih atas commitment serta kehadiran dan sokongan yang diberikan oleh para artis terkenal. Kehadiran Ketua Pengarah Finas, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Encik Abd Khalid Maulod, Pengarah Pembagunan Filem, pegawai-pegawai Finas dan Raja Anor, wakil dari Truetech (M) Sdn. Bhd memberi sokongan telah menambahkan semangat para calon untuk menunjukkan bakat terbaik mereka. Para pengendali ujibakat menghadapi tugas berat untuk membuat penilaian dan pemilihan kerana boleh dikatakan kesemua calon yang hadir samaada artis-artis terkenal dan bakat-bakat baru telah menunjukkan kehebatan bakat mereka dengan cemerlang.

Walau bagaimanapun, pihak Galaksi Seni Sdn.Bhd(GSSB) akan menyenaraikan nama calon-calon yang akan di shortlisted dalam jangkamasa yang terdekat. Senarai calon yang berjaya akan disiarkan di ruangan ini dan laman sinemamalaysia. Bagaimanapun calon-calon yang tidak berjaya untuk filem MTM ini bukan sahaja tetap berpeluang untuk berlakon dalam filem dan dama terbitan GSSB pada masa yang akan datang tetapi lain-lain syarikat filem kerana bakat cemerlang yang ada pada mereka.

Terima kasih atas sokongan anda semua. Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi Pn. Shahrila di talian 03-42520411,016-3274858.- Email shahrila_mj@yahoo.com atau mjdirector@gmail.com. Harap maklum

Friday, November 7, 2008

Cerita Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC) dan SME Bank

Antara permasalahan yang timbul dengan SPFC sekarang ialah jumlah agihan dana yang tidak konsisten. Kriteria kelayakan pengusaha filem. Penyediaan dokumentasi yang dikehendaki. Tempohmasa dan proses yang tak menentu untuk menyalurkan dana kelulusan Finas kepada SME bank dan seterusnya pada pengusaha. Biarlah perkara ini diperkatakan secara umum dan tidak terlalu terperinci bagi mengelakkan berlakunya saya membuka pekung di dada.
Apa yang telah berlaku dan sedang berlaku sekarang harus diberikan perhatian serius oleh pihak Finas. Kes pertama melibatkan syarikat bukan filem yang ingin buat filem diberi pinjaman yang banyak dan cepat kelulusannya. Lepas tu lingkup. Pengarah dan penerbit bukan orang filem pun boleh dapat dana? Tak da ketetapan syarat ke? Ke tuanpunya syarikat ini ada kabel besar sebesar batang kelapa? Kes kedua pula terjadi pada rakan baik saya yang sememangnya proaktif menerbitkan filem. Pinjamannya pada mulanya tak diluluskan oleh pihak SME Bank walaupun Finas dah luluskan atas`alasan pihak bank tak kenal dia! Kalau bank betul-betul tak kenal dia janganlah dilantik panel kelulusan pinjaman. Lagipun orang yang tak di kenali macam kes satu lulus pulak?.......more....http://www.sinemamalaysia.com.my/main/forums/viewtopic.php?p=1383#1383

Thursday, November 6, 2008

Sayalah Orangnya..Saya Rasa Saya Boleh...


Anda mahu menceburkan diri dalam bidang hiburan? Atau ada sememangnya seorang artis, popular, glamor, orang seni atau mahu mencuba nasib. Anda kini mempunyai peluang melalui filem Momok The Movie! dan filem/drama terbitan Galaksi Seni Sdn.Bhd (GSSB) Anda rasa anda mempunyai bakat, rupa dan segalanya untuk menjadi seorang pelakon? Anda rasa anda ada kebolehan untuk menjadi sebagai salah seorang tenaga produksi contohnya jurumekap, propmaster atau apa saja . Anda rasa anda ada ide dan cadangan yang bernas? Apa saja boleh anda perkatakan dengan tujuan dapat membantu GSSB menjalankan usaha penerbitan dgn lancar dengan jayanya. Melalui ruangan ini cuba yakinkan saya sebagai pengarah untuk mencuba bakat, ide dan cadangan anda.Cuma anda kenalah fikirkan sendiri bagaimana melalui ruangan yang terhad ni. Filem kita wajah kita. Jangan hanya pandai mengkritik tapi sama-samalah kita fikir jalan terbaik untuk memajukan industri perfileman kita. Sayalah Orangnya..saya rasa saya boleh...so..yakinkan saya.
Anda boleh emailkan gambar dan biodata anda kepada saya jika anda mahu ke mjdirector@gmail.com atau ke shahrila_mj@yahoo.com




Wednesday, November 5, 2008

Apa yang anda ketahui, fikir, rasa dan ingin katakan mengenai "Momok The Movie".

Soalan saya, pernahkan anda menonton versi VCD Momok? Apa komen anda? Tahukan ide VCD Momok terhasil dari Persembahan Teater Seram Popular Anjuran Muzium Negara pada tahun 2002 berjudul "Hantu-Hantu Yang Saya Kenali"? Ok, dipendekkan cerita, Momok akan difilemkan tidak lama lagi (tarikh penggambaran dijangka bermula Disember 2008) dengan judul (working title) "Momok The Movie". Filem ini akan diterbitkan oleh syarikat "Galaksi Seni Sdn. Bhd" melalui kerjasama dan bantuan skim SPFC Finas. Antara cadangan beberapa pelakon popular seperti Fauziah Latiff, Ziana Zain, Faizal AF, Dato' Seniwati Sarimah dan ramai lagi, team produksi filem ini sedang giat dalam usaha pre-peroduksi dan casting. Filem akan di naungi oleh KeBawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang.

Apa yang perlu saya ketahui ialah komen anda dan bagaimana anda mahu filem ini terhasil dengan mengambil kira pelakon pilihan anda, cerita pilihan anda dll yang anda fikirkan perlu untuk anda perkatakan.












-The Director-

Tuesday, November 4, 2008










Sinopsis:

MOMOK THE MOVIE

Adlin yang bekerja di Bintulu, Sarawak, pulang ke kampungnya untuk bercuti. Seperti biasa, setiap kali pulang ke kampung, Adlin akan bertandang ke Warung Pak Ajis untuk menikmati Mee Calong dan bersembang kosong. Kepulangannya kali ini untuk bertemu ibunya Mak Ton, adiknya Isham dan Esah setelah berada enam bulan di Bintulu telah membawa satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh beliau sepanjang hayatnya.

Bersama, Kadir, teman sekampungnya, Adlin telah ke warung Pak Ajis. Malam tersebut, selesai solat berjemaah di surau, Adlin dan Kadir ke warung Pak Ajis. Pelbagai insiden dan petanda yang seolah-olah menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Setelah sampai di warung Pak Ajis yang terletak di tepi tebing sungai di hujung kampung, seperti biasa mereka mula bersembang sehinggalah kepada cerita mengenai kisah-kisah seram. Pak Ajis, Adlin dan Kadir juga mendapat teman bercerita, Noniswara, gadis India pekerja kilang yang di ganggu peristiwa seram menaiki bas tanpa pemandu ketika pulang dari kerja pada malam tersebut.

Cerita kisah Pontianak, Pochong, Orang Bunian, Badi Mayat (“Mohini”/Chandra Murke – Legenda hantu masyarakat Hindu), Mayat Hidup Di Langkah Kucing Hitam dan Sampuk menjadi penglipurlara mereka berempat malam itu.

Peristiwa seram serta perasaan gemuruh yang mereka alami akibat dari cerita-cerita seram bukan lagi sekadar cerita dan ilusi tetapi bercampur aduk dengan realiti. Bagi Adlin, peristiwa ternampak sekumpulan orang mengusung keranda, bayangan arwah ayahnya haji Lah dan kata-kata ibunya, Mak Ton, bahawa Pak Ajis mengalami sakit jiwa setelah kematian isterinya Mak Temah mula menampakkan kaitannya.

Selalunya mereka yang lemah semangat mudah di ganggu oleh `hantu’. Tanpa Adlin sedari, `hantu’ yang beliau takuti sebenarnya wujud ‘bersama’ beliau dan rakan-rakan di sepanjang malam mereka bercerita. Bagaimana mungkin Pak Ajis menjadi `hantu’ sedangkan beliau masih hidup? Kalau bukan Pak Ajis hantunya, manakah hantu yang ditakuti? Mustahil? Namun begitu, tiada yang mustahil di dunia ni. Apa yang pasti, Momok The Movie ini akan mengembalikan satu nostalgia yang menghiburkan kita dengan cerita-cerita mitos masyarakat Malaysia.


“Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”
(Adz-Zariyat: 56)

Allah SWT menjadikan makhluk yang bernyawa kepada empat kelompok :
MAKHLUK
JUMLAH
PERATUS (%)
Malaikat
900
90
Syaitan/Iblis
90
9
Jin
9
0.9
Manusia
1
0.1


“Dan katakanlah, “Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari bisikan-bisikan syaitan, dan aku berlindung pula kepadaMu, wahai Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku”
(Al-Mu’minun: 97-98)

PANTUN MOMOK

Dulu Takut Belum Tengok..
Sekarang Menjelma Dalam MOMOK The Movie!

Kalau Rindu Dikatakan Sayang Bila Takut Tutuplah Mata
Kalau Sayang Di Mana Letakannya Namun Serun Tetap Terasa
Kalau Momok Dikatakan Bayang Banyaknya Momok Tidak terkata
Kalau Bayang DiMana Jasadnya Minta PelindungYang Maha Esa

Kelip-Kelip Ku Sangkakan Api Beli Gula Timbangan Kati
Kalau Api Di Mana Panasnya Ramuan Dibuat Rendang Tok
Hilang Ghaib Ku Sangkakan Mati Berbuatlah Baik Sebelum Mati
Kalau Mati Di Mana Kuburnya Tidaklah Esok Menjadi Momok

Tembak Helang Peluru Tersesar Ternampak Momok Jangan di tegur
Terkena Pada Anak Kenari Kalau DiTegur Nanti DiSampuk
Jangan Suka Bercakap Besar Melihat SiCantik Jangan Tergiur
Terjumpa Momok Tak Sempat Nak Lari Takut Bertukar Menjadi Buruk

Bunga Harum Sundal Malam Limau Purut Lebat di Pangkal
Harum semerbak di tiup angin Sayang Selasih Condong Uratnya
Kencing Di Busut Berilah Salam Hujan Ribut Dapat DiTangkal,
Takut Terkena Si Anak Jin Hati Takut Apa Ubatnya?



Hodoh Momok Dikatakan Hantu Riuh Rendah Di Tepi Teluk
Mana Pula Letak Jahatnya Lihat Orang Asyik Bertenun
Cantik Manusia diGelar Ratu Tengah Malam Ayam berkokok
Mana Pula Letak Baiknya? Petanda Momok Datang Membangun

Tetak Rotan Dini Momok ada di mana-mana
Bawa Sungai Ulu Termasuk Juga Di Dalam Batu
Kalau Abang Nak Berbini Jangan Nanti Mati Merana
Jangan Pula Terpilih Hantu Tatkala Hidup Membela Hantu

Seronok Dengar Riwayat Hantu Pochong bergerak meloncat-loncat
Kembali Terkenang Zaman Silam Tergetik Macam Si Ulat Nangka
Ingatlah Solat Lima Waktu Dengan Syaitan Jangan Bersubahat
Hidup Amalam Seorang Islam Kalau Tak Mahu Turut ke Neraka

Manusia Berasal dari Tanah Momok The Movie Cerita Rakyat
Syaitan pula dari Api Untuk Hiburan Kita Semua
Hidup Jangan Mudah Menyerah Peganglah Islam Sepanjang Hayat
Berusaha Kuat Sebelum Mati Semoga Di Syurga Kita Bersua



Dengan 6 Kisah, 6 Keriau 6 Ketakutan!!


Pelakon -Faizal AF4 -Fazura-Zahida Rafiq- Fauziah Ghaose- Datuk Sarimah Amp-Aziz Sattar AMN,KMN-S.Shamsuddin- Adam Hamid- Ziana Zain- Misha Omar-- M.Jamil- Siti Rohani Wahid- Intan Mas Ayu-Noniswaran- Mior Ahmad Zaudi- Abon – David Teo
Penampilan Istimewa – - Dato'Mariam Menado- Inul Daratista
Skrip/Lakonlayar/Arahan- M.Jamil Fdam- Jurukamera-Indera Che Muda
Muzik – Tok Wan, Zalikamari, Rosli Selasih Lagu- Nas Adilla
Perunding Skrip- Aimi Jarr, Panel Skrip Galaksi Seni Sdn. Bhd
Penasihat- Arfah Mahani Hj.Amran PJK- Uztaz Haji Yazit Kechik JPIM
Penaja- DiGi, Naza Motors, Mayang Suri, 1901, Berjaya Group, Sri Malaysia,Nestle malaysia
Radio Rasmi: Klasik Nasional 98.3
Dengan Kerjasama:
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa)
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Jabatan Muzium Dan Antikuiti Malaysia
Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia
Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM)
Persatuan Karyawan Malaysia
Persatuan Paranormal Malaysia/Seekers
Edaran : Golden Screen Cinema (GSC)


Characterization:

1. Adlin

Pencerita. Berumur 25 – 30. Bujang. Seorang perantau. Serba-serbi sederhana dalam kehidupan. Seorang yang jujur, tegas tetapi mudah mesra dan didekati. Seorang yang adventurous. Mempunyai imej kekampungan. Bercakap dengan loghat daerahnya. Mengalami pelbagai peristiwa aneh. Mesra dengan Pak Ajis, tuan punya warung di kampong. Kesal apabila mendengar pelbagai cerita yang kurang baik mengenai Pak Ajis. Sahabat kepada Kadir.

2. Kadir

Pencerita. Teman sekampung Adlin yang juga seorang perantau. Kerap balik ke kampung sesudah bertunang dengan orang kampungnya. Berumur 30 -35 tahun. Suka bergurau dan menyakat Adlin. Seorang yang ceria dan happy-go-lucky dan talkative. Suka berlagak dominant - berani walaupun sebenarnya agak penakut.

3. Pak Ajis

Pencerita. Tuan punya warung Mee Calong di kampung. Berumur 60 – 70 tahun. Seorang yang ceria dan mudah mesra, berjenaka dan sporting. Mengalami sakit mental setelah kematian isterinya, Temah. Penyakit mental yang dialami oleh beliau tidak diketahui secara sahih oleh masyarakat kampung.

4. Noniswaran

Pencerita. Wanita India anak jati kampung yang bekerja kilang. Fasih berbahasa Melayu. Kejadian aneh yang menimpa beliau ketika pulang bekerja membawa beliau ke warung Pak Ajis dan menjadi pencerita. Bertubuh gemuk dan blur tetapi tahan bergurau. Berumur dalam linkungan 20’an.

5. Maya (Pontianak)

Berumur dalam linkungan 20’an. Berwajah cantik dan berambut panjang. Seorang yang lemah lembut dan bersuara lunak. Mempunyai ketinggian melebihi 5’2 serta mempunyai tubuh badan yang langsing.

6. Hantu Sampuk

Berumur dalam lingkungan 20’an. Mempunyai ketinggian yang sederhana dan berbadan langsing. Cantik dan berambut panjang. Agak agresif

7. Mawar (Gadis Bunian)

Berumur antara 18-22 tahun. Seorang gadis yang mempunyai sifat kemelayuan yang asli. Berwajah ayu, berambut panjang dan bersifat lemah-lembut. Tubuh badan yang sesuai yang dikenakan dengan pakaian tradisional. Mampu untuk bertutur loghat Melayu tradisional.

8. Leha (Gadis Terkena Sampuk)

Berusia awal 20’an. Seorang pekerja kilang. Agresif, energetic dan agak tomboy. Talkative . Mampu menunggang motosikal dan berani.

9. Hantu Pochong

Gadis yang bertubuh langsing dan mempunyai tubuh badan yang tegap. Berumur awal 20’an. Agresif dan energetic. Bermata bundar dan mempunyai suara yang nyaring.

10. Hantu Mayat di Langkah Kucing Hitam

Berusia 25-35 tahun. Seorang janda muda yang cantik. Agresif dan energetic. Berambut panjang dan bersuara lantang

11. Hantu Badi Mayat

Seorang wanita India berambut panjang. Anak pekerja estet yang mati kemalangan motosikal. Berusia 19 tahun. Berasal dari keluarga sederhana dan masih mengekalkan imej tradisional.

12. Latip

Pemandu lori yang diganggu Maya (Pontianak) ketika memandu lori dalam perjalanan ke Kuantan. Berumur dalam linkungan 30’an dan bodoh-bodoh alang.

13. Sohor Tiga Suku

Berusia di awal 50’an. Mengalami sakit mental dan terkenal di kampong sebagai Sohor Tiga Suku. Sering di ganggu dan menggangu tetapi tidak sampai membahayakan keselamatan orang.

14. Pawang Semaun

Pawang kampung yang cuba mengubati Leha yang disampuk. Berusia 55 tahun. Seorang yang pawang yang ego dan bercakap besar. Akhirnya motosikal yang di tunggang jatuh ke dalam taliair di ganggu hantu sampuk.

15. Mak Temah

Arwah isteri Pak Ajis yang telah meninggal dunia. Berusia dalam linkungan 60’an. Kemunculan kelibat bayangannya menimbulkan misteri.

16. Mak Ton

Ibu kepada Adlin. Ibu tunggal 3 anak. Seorang yang baik hati tetapi bermulut murai. Berusia di awal 60’an.

17. Haji Lah

Arwah bapa Adlin. Semasa di penghujung akhir hayatnya menjadi lumpuh dan sering duduk di kerusi malas di beranda rumahnya. Seorang yang kelihatn serius. Kemunculan kelibatnya menimbulkan misteri. Berusia 70’an.

18. Ayu

Adik kepada leha. Berusia 16 tahun. Panik ketika kakaknya leha terkena sampuk. Seorang yang ceria dan moden.

19. Ibu Leha

Berusia dalam linkungan 50’an. Seorang yang kepoh

20. Isham

Adik kepada Adlin. Remaja yang berusia 16 tahun. Nakal tetapi seorang remaja yang baik.

21. Esah

Adik kepada Adlin. Berusia 14 tahun. Seorang remaja yang jovial- good humored dan moden.

22. Pak Mior Mudim

Seorang mudim di kampong. Berusia 55 tahun. Suka berjenaka dan berceloteh. Sangsi dengan cerita Adlin mengenai status Pak Ajis.

23. Tauke Boon

Tauke kedai runcit di kampung. Berusia 55 tahun. Seorang penganut agama Buddha yang agak religious. Di ganggu Pochong yang disangka sebagai ‘Hantu Cina’

24. Chan

Berusia 19 tahun. Anak tauke Boon yang di ganggu Pochong ketika pulang lewat malam ke rumah kedainya.

25. Alex

Berusia 17 tahun. Anak Tauke Boon yang turut diganggu Pochong ketika pulang bersama Chan.

26. Jefri

Berusia di awal 20’an. Pemuda yang sesat di perkampungan bunian ketika memancing. Bertukar perwatakan dari `lembut’ kepada lagak seorang pahlawan setelah kembali ke dunia nyata.

27. Usop

Rakan sebaya Jefri ketika memancing. Cemas ketika Jefri hilang. Menyangkakan Jefri lemas di sungai

28. Bahrin

Rakan sebaya Jefri dan Usop ketika memancing. Seorang yang terlalu panik dengan kehilangan Jefri dan hampir di serang sawan.

29. Ayahanda (Bunian)

Berusia dalam linkungan 50’an. Berwajah tenang dan warak. Seorang guru silat.

30. Bonda (Bunian)

Berusia dalam likungan 50’an. Seorang yang anggun dan tenang. Memakai tudung.

31. Zahar

Berusia dalam linkungan 30’an. Diganggu Pochong sehingga pengsan. Seorang yang agak penakut.

32. Rani

Berusia awal 30’an . Isteri Zahar yang turut di ganggu Pochong sehingga pengsan.

33. Rajini

Gadis India yang yang menjadi hantu badi mayat

34. Munaindy

Berumur 50’an. Bapa kepada Rajini. Seorang pekerja estet. Bertubuh gempal.

35. Letchumi

Ibu kepada Rajini. Berumur lewat 40’an. Terlalu sedih dengan kematian Rajini. Tidak henti menangis. Bertubuh gempal.

36. Sami
Berusia 50’an. Seorang sami dari kuil di estet. Seorang yang terlalu fanatik mengenai kejadian supernatural. Bertubuh gempal dan berpakaian lengkap sami.

37. Ravi

Berusia 20’an. Abang kepada mendiang Rajini yang bertubuh besar dan berlagak berani tetapi penakut.

38. Pak Imam

Imam kampong. Berusia dalam linkungan 60’an. Tenang dan juga mesti kelihatan warak. Mampu membaca surah Yassin dengan baik.

39. Extras orang kampung yang mampu membaca Surah Yassin

Sekumpulan orang kampong lelaki dan wanita – 30 orang yang mampu membaca suruh Yassin dan ayat-ayat suci Al-Quran dengan baik.

40. Dua orang kanak-kanak kampong yang berusia 9 – 12 tahun

Boleh menunggang basikal dengan baik. Salah seorang adalah bakal adik ipar kepada Kadir. Agak coletah. Nakal sebagai budak kampong.

41. Sekumpulan kanak-kanak kampong berusia 7-9

8- 12 orang. Mampu membaca suruh Al-Fatihah. Kelihatan disiplin

42. Extras di surau kampong

30 orang yang terdiri dari remaja, lelaki, wanita dan kanak-kanak

43. Extras beberapa orang India di Perkuburan Hindu

Sekumpulan 7-10 orang dewasa berusia 20 – 60 tahun- lelaki dan wanita

44. 2 orang pemuda yang boleh bersilat

Dua orang pemuda berusia dalam lingkungan 20’an, berimej bersih yang mampu bersilat dengan baik

45. Wanita Tua

Seorang nenek yang berusia dalam lingkungan 70’an. Suka bercoloteh, ceria dan memakan sireh.
46. Sekumpulan Kanak-Kanak Kampung

Sekumpulan kanak-kanak 10 -15 orang- lelaki dan perempuan yang berusia dalam lingkungan 8-12 tahun.

47. Lelaki Tua

Seorang lelaki tuan berusia 70’an. Serius.

48. Pak Chu (Penghulu Kampung)

Ketua kampung Adlin yang bersahaja

49. 3 Orang Kakitangan Hospital Bahagia.

Berpakaian seragam dan bertubuh tegap. Dua lelaki dan satu wanita. Berumur dalam lingkungan 30’an.

50. Pak Kulup

Ketua kampung Jefri yang kelihatan warak.

51. Din

Budak lelaki berusia 12 tahun bakal adik ipar Kadir. Celoteh bercakap.








(Cover Buku Terbaru saya yang bakal didapati secara online tidak lama lagi)
-The Director- Anak Jalan Ampas