Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Tuesday, November 16, 2010

Permaisuri Siti Aishah Yang Baik Hati..Warkah buat Uncleseekers..



"Assalamualaikum 'Abg Long' Uncleseekers..
Sudah-sudahlah Abg Long.. Apa jua problem tak akan x boleh selesaikan secara bermusyawarah? Sekarang selesai ke problem? Abg Long mungkin puashati tapi ada insan yang telah diaibkan, ada org yang sakit hati..mungkin ada dosa yang telah dilakukan!
Besar dosanya buka aib orang Abg Long..Takut tak larat kita tanggung bila Tuhan buka aib kita nanti. Dosa pahala hak Tuhan..tapi sebesar zarah baik buruknya akan mendapat balasan. Ingat kita hidup ni bukan menongkat langit..maut boleh menjemput kita bila-bila masa saja.
Musuh jangan dicari Abang Long ..berdosa dengan manusia ni perlu bermaaf-maafan..tidak kiralah siapa salah dan betul..tidak kiralah apa jua alasannya.
Kita sebagai manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan..Janganlah khayal dengan sokongan yang membawa rebah.
Syaitan memang sentiasa mahu menyesatkan kita dan mengheret kita bersamanya ke neraka jahanam. Sudah-sudahlah dan berdamailah.. sempena hari baik, bulan baik di Hari Raya Qurban @ Aidiladha ni..InsyaAllah kita akan mendapat rahmat, hikmah dan keberkatan NYA.'

Abang Long Uncleseekers tetap sahabat saya yang dikasihi, Permaisuri Siti Aishah tetap Permaisuri saya hormati dan sanjungi.

Wassalam."

"MOMOK...Jangan Panggil Aku"'

Sunday, November 14, 2010

Selamat Hari Raya Qurban


Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Ketika kemuncak pergerakannya utk menunaikan dgn linangan airmata , segala ikrar dan janji utk menurut firman Allah (sepertimana dilafazkan para Muslimin: Inna-salati wa-nusukiwa-mahyayati wa-mamati lillah...lk = Sesungguhnya solatku serta pengorbananku dan hayatkan jua mautnya hanya bagi Allah...), Nabi Ibrahim menyambut anugerah alternatif drpd tuhannya iaitu bebiri dikorban dan bukan anakandanya.
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Semoga diinsafi kita semua dan diberkati segala usaha dan kehidupan kita..InsyaAllah

Selamat Hari Raya Qurban.

-Salam Hormat-
Sutradara
Momok..Jangan Panggil Aku
@Galaksi Seni Sdn.Bhd

Thursday, November 11, 2010

Status Filem MOMOK..Jangan Panggil Aku

Filem MOMOk..Jangan Panggil Aku (MJPA) kini dalam proses terakhir di makmal memproses sebelum di hantar ke Lembaga Penapis Filem untuk kelulusan. Proses seterusnya ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) utk proses mendapatkan Tarikh Tayangan (Wajib Tayang). Tayangan Umum bergantung pada Tarikh Wajib Tayang yang diberikan oleh Finas dan dijangka diantara bulan March - Mei 2011. Satu Tayangan Perdana sedang dirancang untuk diadakan sebelum Tayangan Umum bermula. Pihak penerbit sedang merangka strategi pemasaran seperti pengiklanan billboard, light-box, Televisyen, Radio , Roud-Tour dan beberapa program promosi yang melibatkan rakan-rakan Blog, Facebook. dan lain-lain rangkaian internet. Perkembangan terkini akan dimaklumkan pada masa ke semasa.