Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Tuesday, November 16, 2010

Permaisuri Siti Aishah Yang Baik Hati..Warkah buat Uncleseekers..



"Assalamualaikum 'Abg Long' Uncleseekers..
Sudah-sudahlah Abg Long.. Apa jua problem tak akan x boleh selesaikan secara bermusyawarah? Sekarang selesai ke problem? Abg Long mungkin puashati tapi ada insan yang telah diaibkan, ada org yang sakit hati..mungkin ada dosa yang telah dilakukan!
Besar dosanya buka aib orang Abg Long..Takut tak larat kita tanggung bila Tuhan buka aib kita nanti. Dosa pahala hak Tuhan..tapi sebesar zarah baik buruknya akan mendapat balasan. Ingat kita hidup ni bukan menongkat langit..maut boleh menjemput kita bila-bila masa saja.
Musuh jangan dicari Abang Long ..berdosa dengan manusia ni perlu bermaaf-maafan..tidak kiralah siapa salah dan betul..tidak kiralah apa jua alasannya.
Kita sebagai manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan..Janganlah khayal dengan sokongan yang membawa rebah.
Syaitan memang sentiasa mahu menyesatkan kita dan mengheret kita bersamanya ke neraka jahanam. Sudah-sudahlah dan berdamailah.. sempena hari baik, bulan baik di Hari Raya Qurban @ Aidiladha ni..InsyaAllah kita akan mendapat rahmat, hikmah dan keberkatan NYA.'

Abang Long Uncleseekers tetap sahabat saya yang dikasihi, Permaisuri Siti Aishah tetap Permaisuri saya hormati dan sanjungi.

Wassalam."

"MOMOK...Jangan Panggil Aku"'

No comments: