Tuesday, June 23, 2009
Hanis Zalikha - Momok's The Rising Stars!
Saturday, June 20, 2009
Hanis Zalikha mengarang penulisan berpantun
You might be wondering mana Mawar Bunian? Well, nak tengok kena lah pergi panggung wayang berhampiran anda (-_-") Sungguh hard sell ya. Haha.
Okay sejujurnya, cerita ini pernah keluar dalam bentuk VCD satu ketika dahulu, masa itu I kecil masih tidur buai, ceh takde ah, sengaja nak perasan muda. Tapi we were quite young la kan masa VCD seram Momok keluar. IT WAS MY FAVOURITE LOCAL HORROR STORY EVER. Kalah cerita-cerita hantu yang berbajet besar waktu ketika itu. Seingat I masa tuh, I suruh semua orang beli VCD tuh sebab best sangat. I macam terpegun sebab from what I see, bajet diorang rendah tapi boleh seram juga. Yelah tengok lah Aziz Satar jadi hantu pun pakai selimut apa je. Tapi cara dia tangkap expression tuh sumpah tak boleh blah. Seram gila. Sampai sekarang perkataan "Mee Calong" ke ape tah, sentiasa menakutkan I serta adik-adik. I tatau lah the exact mee punya nama, tapi my mom kata dia macam Mee Jawa atau Mee Rojak. Sedap oh. Tapi dalam cerita itu tak sedap, sebab mee dia guna ulat, pastu kuah dia takde langsung macam kuah rojak tsk.
And satu pantun yang Hanis akan ingat sampai bila ialah:
Kelip-kelip ku sangka api,
Jika api di mana panasnya,
Hilang ghaib ku sangka mati,
Kalau mati di mana kuburnya?
Lawak doh kalau dengar je pantun ni masa VCD pasang, semua lari bersepah nak duduk dalam selimut depan TV. Yang dalam toilet terus lari keluar sambil jerit. Ngok gila haha. Takut, tapi nak tengok juga. Siap ulang balik kalau dah habis. Sampai panas pemain VCD. Haha pemain VCD. Lama dah tak dengar perkataan tuh.
Tapi untuk filem Momok The Movie, banyak dah diolah untuk lebih seram. Nantikan Mawar Bunian si rambut gerbang di pawagam. Weh I cuak. I tak pernah tengok muka sendiri besar-besar. Ceit.
Yang benar, Hanis Zalikha
Monday, June 15, 2009
Aidilfitri ini, 01 Syawal 1430 /20hb September Bersama MOMOK The Movie!
Alhamdulillah...Segala Puji Kepada ALLAH Tuhan sekalian Alam...MOMOK The Movie akhirnya bersedia untuk tayangan umum! Nampaknya Syawal tahun ni kita akan beraya bersama MTM. Pelbagai usaha promosi sedang hebat dirangka sekarang. Bermula dengan Tayangan Pengenalan 10 minit, Tayangan Amal, RoadTour, Billboards, Television dan radio, MTM akan memulakan langkah promosinya secepat mungkin. Saya akan memberitau setiap perkembangan MTM dari masa ke semasa.
Sokongan dan ide anda untuk strategi promosi sangat-sangat dialu-alukan. Hubungi saya segera sekiranya anda mempunyai ide2 promosi yang menarik. Jangan lupa juga untuk melayari laman rasmi MTM di http://www.momokthemovie.com/. Hantarkan email anda kepada mjamilz@hotmail.com atau mjdirector@gmail.com
Terima kasih
Wassalam..