Countdown to 5.5.2011...MOMOK..Jangan Panggil Aku 88 hari!..Sedar tidak sedar lebih 30 tahun saya berada On and Off dari dunia perfileman. Ini tidak termasuk berada dalam kandungan ibu dalam filem Tiga Abdul..(1964)..Hidup sebagai anak seni yang bermula dari studio Jalan Ampas Singapura hingga kini dilalui dengan pelbagai kisah suka duka...Menjadikan ikon filem Melayu P.Ramlee, Aziz Sattar, S.Samsudin dan hampir semua bintang lagenda Shaw Brothers sebagai idola, setiap karya yang saya hasilkan sehingga kini tidak lari dari essence atau citarasa karya idola-idola saya.
Kenapa karya karya dulu boleh dianggap evergreen dan mampu menjadi penglipurlara kita sehingga kini? Kenapa setiap kali filem2 dulu ke udara di kaca televisyen kita semua masih boleh layan dan terhibur? Antara jawapan terbaik yang mampu saya berikan ialah kerana karya-karya tersebut dihasilkan secara jujur dan mempunyai roh di dalamnya.
Itulah yang saya cuba lakukan dalam setiap penghasilan karya saya. Karya terbaru saya, MOMOK..Jangan Panggil Aku adalah karya yang cuba saya hasilkan sejujurnya dan cuba mengwujudkan roh di dalamnya. Dengan cerita mitos rakyat dan berlokasikan di tempat kejadian sebenar seperti yang dimaklumkan, saya hasilkan MJPA...
Sudah lumrah setiap sesuatu perkara itu pasti mengundang kritikan. Mana mungkin saya mampu memuaskan hati semua orang. Namun saya telah menghasil MJPA sebaik mungkin yang termampu oleh saya. Ada diantara pengkritik mempersoalkan kenapa saya masih berkiblatkan Jalan Ampas dalam menghasilkan karya saya. kenapa saya tidak menukar arah ke Hollywood dengan teknik CGI dan teknologi canggih untuk menghasilkan MJPA. Jawapannya..mudah..kena tengok pada genre kesesuaian lah. Dengan pengalaman lebih 30 tahun dan pendidikan luar negara yang terdedah kepada segala macam teknologi canggih..saya masih dengan cara saya dan masih bangga menjadi Anak Jalan Ampas. saya tidak menolak kemajuan tetapi erti kemajuan itu di sini begitu subjektif.
Kini fokus dan debaran saya tertumpu pada tayangan MOMOK..Jangan Panggil Aku pada 5.5.2011. Saya berharap akan terus mendapat sokongan dari masyarakat untuk saya meneruskan menghasilkan karya-karya saya sebagai Anak Jalan Ampas.
MOMOK..Jangan Panggil Aku adalah tribute to Arwah isteri saya Siti Rohani Wahid & Semua Seniman dan Seniwati Lagenda kita yang sentiasa menjadi sumber ilham dan pencetus semangat saya..Al-Fatihah kepada mereka-mereka yang sudah tiada.
No comments:
Post a Comment