Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Monday, June 7, 2010

Kembara Team MJPA ke Pahang...



Team MJPA baru selesai `recce' fasa ke 3 ke Negeri Pahang Darul Makmur untuk mencari lokasi yang terbaik bagi filem MOMOK..Jangan Panggil Aku yang di jangka memulakan penggambaran pada bulan Julai ini. Selain mencari lokasi yang terbaik dan bersesuaian, lokasi tersebut mestilah mempunyai `soul'- roh bagi menghidupkan jalan cerita ini.
Sepertimana yang telah dimaklumkan, MJPA bukan cerita sekuel dari filem MOMOK The Movie. Jalan cerita dan pelakon MJPA tidak sama. MJPA akan lebih mengutamakan elemen seram dan jalan cerita yang lebih mantap dan menarik. Pemilihan lokasi adalah berdasarkan kejadian sebenar jalan cerita. Persamaan mungkin hanya pada tajuk MOMOKnya saja sebagai satu `branding' bagi penghasilan filem ini.
Bermula dari terowong dan Selesa Homes dan bandar Bentong, team MJPA menjelajah pelusuk daerah negeri Pahang - Lancang, Temerloh, Chenor, Kuantan, Pekan, Paloh Hinai, Pulau Rusa dan Peramu. Filem ini bukan saja akan berlokasi beberapa daerah di negeri Pahang tetapi juga beberapa daerah di Selangor.
Barisan para pelakon akan diumumkan pada hari pelancaran filem ini kelak yang dijangka pada penghujung bulan Jun ini. Sokongan anda semua sangat diharapkan bagi menjayakan pembikinan MJPA. Apa yang pasti MJPA akan dihasilkan sebaik mungkin dan diharap akan mendapat sambutan lebih baik dari MOMOK The Movie.

No comments: