MOMOK The Movie meneruskan usaha promosinya tanpa henti...kali ini di Santai Seni Aidil Fitri di Taman Kubang Gajah, Temerloh Pahang..Majlis yang turut diserikan Biduan Hail Amir dan Biduanita Uji Rashid ini di hadiri oleh lebih 3000 pengunjung. Uji Rashid dan hail Amir turut sama mempromosikan filem MOMOK The Movie kepada ribuan peminatnya. Tidak terkecuali YDP Temerloh, Dato' Zulkifli tidak terkecuali memberi sokongan. Ribuan Poster, Sountrack, T-Shirt dan flyers telah diedarkan. MOMOK The Movie juga memperuntukkan "Ang Pow Duit Raya" untuk pengunjung kanak-kanak. Alhamdullillah..sambutan pengunjung kepada MOMOK The Movie amat meriah...ramai yang telah menonton dan ramai lagi yang akan menonton! Yang bestnya ada yang kata mereka telah menonton MOMOK sampai tiga kali! Terima kasih...
Usaha promosi MOMOK The Movie berterusan untuk memastikan kutipan terkini RM 2.3 juta (minggu Kedua), mencecah ke RM 3 juta sebelum minggu ketiga tayangan. MOMOK The Movie harus perkuatkan promosi demi memberi saingan kepada filem luar yang mencurah masuk ke pawagam...Hairan saya...kenapalah pihak FINAS dan yang berkenaan tak henti tayangkan filem luar yang mempunyai bajet promosi jutaan ringgit lawan dengan filem tempatan? Kalau filem tempatan tak kisahlah...Nak bagi cabaran pada filem tempatan biarlah berpada-pada...tercungap-cungaplah filem tempatan nak bersaing......2 filem tempatan lawan 10 filem asing bersilih ganti..adil ke? Nak bantu filem-filem tempatan ke macam ni? Bantu...bantulah betul2 jangan separuh jalan. Kera di Hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan...cehhh~! Bagilah filem2 tempatan ruang untuk bernafas sikit......nak bersaing biarlah adil!
Namun begitu MOMOK The Movie akan teruskan usaha promosi dan mengharapkan penonton tempatan akan memberi sokongan kepada filem-filem tempatan..Sokonglah filem-filem tempatan!
Sokonglah MOMOK The Movie~!
No comments:
Post a Comment