Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Monday, September 28, 2009

Statement MOMOK The Movie untuk Cinema Online


Nur Safina Othman September 28 at 5:02pm Report

Salam,

Saya Safina dari Cinema Online. Boleh saya tahu berapa kutipan terkini yang telah berjaya dikutip oleh Momok The Movie? Nampaknya Momok berjaya kalahkan Jin Notti :)

What's your comment about the success of Momok The Movie? Your comment akan dimasukkan dalam our news.


Safina

Cinema Online


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


The exact n official amount tu x dapat saya nak confirm lagi. Tetapi berdasarkan report sahih dari pawagam 1st tayangan adalah 1.7m (20sept-27 Sept). InsyaAllah by next week dapat angka rasmi. Within this few days FINAS should be able to give angka rasmi sebab pawagam akan hantar angka rasmi pada mereka. Tapi jumlah yang i bagi ni tak jauh berbeza.

Alhamdulillah, dengan pencapaian MOMOK The Movie setakat ini. saya amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh masyarakat. Tidak terkecuali keluarga, rakan-rakan, saudara-mara , wartawan hiburan dan teman-teman internet, khususnya FB, Tagged, My Space dan Flixters dan juga kaum Cina, India, masyarakat asli, Bangladesh, Indonesia dll.Tanpa sokongan semua tidak mungkin sambutan terhadap MOMOK The Movie dapat dicapai. Pihak Media khususnya dari Astro Awani - Gala TV, RTM, TV3, NTV7, Radio Klasik Nasional, Asyik FM, Muzik FM dan akhbar utama banyak membantu mempromosikan filem ini. Tidak terkecuali PETRONAS (Pak Engku), FusionExcel International, Seri Malaysia, Majlis Penbandaran Temerloh, Nestle, Mac Cosmetic yang turut membantu sebagai penaja. Terlalu banyak pihak yang membantu yang tak dapat saya sebutkan di sini. In fact, sehingga ke saat ini mereka masih membantu dengan promosi. Apa pun perjuangan masih belum selesai, angka kutipan masih belum melewati sasaran dibuat. InsyaAllah dengan sokongan berterusan kutipan MOMOK The Movie akan berjaya menepati sasarannya.

Perlu juga saya tegaskan disini. Pihak KRU tidak perlu kecewa dan marah dengan kutipan MOMOK The Movie. Samaada MOMOK The MOvie lebih atau kurang dari Jin Notti itu bukan masaalahnya. Kalau Jin Notti boleh collect sampai 10 Juta pun sayalah orang yang pertama akan mengucapkan tahniah. MOMOK The Movie tidak pernah anggap Jin Notti sebagai lawan. Lawan MOMOK The Movie yang sebenarnya ialah filem LUAR, Hollywood, Jepun, Hong Kong..u name it! Namun begitu hakikatnya sehingga hari ini, dari maklumat yang tidak rasmi, sememangnya kutipan MOMOK The Movie melebihi Jin Notti. Masa ada lagi. Rezeki di tangan Tuhan. Masing-masing ada rezeki. Yang pasti MOMOK The Movie akan teruskan usaha promosinya.

Terima kasih kepada yang telah menonton dan memberi sokongan. Teruskan usaha anda untuk membantu mempromosikan filem kita khususnya MOMOK The Movie. MOMOK The Movie filem 1 Malaysia yang pasti akan membuat anda 'terhibur dalam ketakutan.'


Wassalam


M.Jamil
MOMOK The Movie
GALAKSI SENI SDN.BHD

www.momokthemovie.com
http://momokthemovie.blogspot.com

2 comments:

Cik Azz said...

Salam...

Berapa lama Momok akan berada di pawagam...??

Ada ura2 nak buat dalam versi vcd/dvd tak...??

Btw, tahniah atas sambutan yang menggalakkan. Moga MOMOK terus menghantui penonton...

Asrul aka YaGaMi LaiTo said...

alhamdulilah....setelah melita cerita ini..saya rasa berbaloi dari sebelumnya...sebelum masuk panggung, saya tanya pada kaunter tiket..saya bertanyakan tentang penjualan bagi kedua-dua filem yang serentak ditayangkan...mereka kata sambutan hangat dan seterusnya saya bertanyakan kepadanya sekali lagi, antara MTM dgn JN mana yg paling ramai nonton, dia jawab..hampir sama tetapi momok ramai sedikit kerana yg lihat cerita momok kebanyakkannya bersama keluarga..

saya lihat MTM memang penuh dengan penonton dan teruja melihat cerita tersebut...saya rasa berbaloi melihat cerita ini...saya tak sempat melihat JN kerana sibuk beraya..ahaks...

apa2 pon saya ucapkan tahniah dan maju jaya kepada team MTM..syabas...