Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Tuesday, September 29, 2009

Rentetan Kontroversi MOMOK The Movie vs Jin Notti


Akhbar Berita Harian hari ini, (29 September) ada menyiarkan lagi berita kontroversi jumlah kutipan panggung MOMOK The Movie (MTM) dan Jin Notti (JN). Isu pertelagahan kutipan panggung antara Norman KRU selaku penerbit JN dan David Teo sebagai pengedar filem MTM masih belum selesai.
Saya pula selaku pengarah filem MTM dan bagi pihak penerbit MTM, Galaksi Seni S/B pula ingin menegaskan di sini bahawa isu ini sebenarnya sudah selesai. David Teo bercakap berdasarkan fakta. Angka kutipan yang diberikan adalah benar. David Teo tidak mempunyai kepentingan dalam angka kutipan filem MTM kerana David hanya bertindak sebagai pengedar MTM. Lagipun, kredibiliti David sebagai penerbit filem-filem box-office tidak perlu dipertikaikan.
Saya berharap isu ini tidak disensasikan lagi semata-mata untuk menarik perhatian penonton. Senarai Pecah Panggung yang dikeluarkan oleh FOX mengumumkan MTM dianggarkan mengatasi JN satu anak tangga. Manakala dari anggaran David, MTM telah pun membuat kutipan melebihi angka kutipan yang dikeluarkan oleh pihak JN.

Untuk pengetahuan umum angka kutipan MTM yang diberikan adalah HANYA berdasarkan fakta kutipan dari pawagam-pawagam yang menayangkan filem MTM di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. MUNGKIN, angka kutipan JN melebihi MTM jika mereka mengambil kira penjualan hakcipta tayangan TV, pawagam-pawagam persendirian dan dan tiket-tiket complimentary JN.

Tunggu saja angka kutipan rasmi dari pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Jika angka kutipan JN melebihi MTM, tahniah saya ucapkan kepada KRU Berhad. Saya sebenarnya akan hanya merasa kecewa dan sedih jika kutipan filem MTM dan JN jauh di belakang oleh filem-filem asing!

Sokonglah filem-filem tempatan khususnya MOMOK The Movie.

Sekian. harap maklum

M.Jamil

MOMOK The Movie


No comments: