Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Monday, August 3, 2009

Kempen Promosi MOMOK The Movie!!



Banner MTM di Plaza Tol Awan Besar menuju ke KL


Setelah pelancarannya pada 28 Julai yang lalu, promosi MOMOK The Movie (MTM) mulai bergerak mengikut perancangan. Akhbar-akhbar utama seperti Harian Metro, Utusan Malaysia, Kosmo dan NST sudah mula menyiarkan berita perkembangan promosi MTM. Selain mengadakan promosi di beberapa buah daerah di selatan tanahair, MTM kini berada di Kota Kinabalu Sabah daripada 5-8 Ogos bagi menyertai Festival Filem Malaysia yang ke 22.

Banner gergasi MTM juga sudah kelihatan di beberapa tempat di seluruh negara. Antara lokasi banner MTM ialah di lebuhraya Kesas berhampiran Plaza tol Awan Besar, plus Highway ke selatan Sg. Besi Serdang, bulatan Puduraya, Slim River, Perak, Jalan Ampang Kuala Lumpur, Temerloh Pahang, Kuantan Pahang. Stesen-stesen di LRT KLCC, Kg. Baru, Masjid Jamek, Pasar Seni, Kerinchi, Bandaraya dan Bangsar.

Selain itu, TV3, Astro, stesen radio Klasik Nasional, Asyik FM, Radio Pahang, Best 104 akan memulakan kempen promosi tidak lama lain.

Pihak Galaksi Seni Sdn.Bhd juga akan mengadakan Press Preview di Mines pada 02 September 2009 dan seterusnya majlis berbuka puasa untuk para wartawan dan jemputan. Lain-lain perkembangan promosi akan di umumkan dari masa ke semasa.





No comments: