Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Thursday, August 6, 2009

"Gagal Hadir FFM22 didenda RM1000?"


Akhbar Malaysia hari ini (6 Ogos 2009) menyiarkan kenyataan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Malam Anugerah FFM22 dan juga Presiden Gafim, Ahmad Puad Onah, untuk mengenakan tindakan penalti kepada mereka yang gagal hadir ke FFM22.

Menurut Puad, cadangan telah pun di berikan kepada Ketua Pengarah Finas bahawa mereka yang telah mengesahkan kehadiran mereka kemudian menarik diri pada saat-saat akhir akan dikenakan denda bayaran wang tunai Rm1,000. Cadangan Puad bolehlah diterimapakai jika mahu mendisiplinkan mereka yang membuat kerenah seperti yang di dakwa tetapi perkara ini harus juga dinilai dari semua aspek sebelum tindakan yang sewajarnya diambil. Pernahkan Puad terfikir atau kaji terlebih dahulu masa dan tarikh FFM22 diadakan?

Sekarang wabak H1N1 begitu menakutkan kita bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia. Kerajaan kita telah mengambil langkah yang ketat untuk menbendung wabak ini. Sekolah, institusi pengajian tinggi, aturcara rasmi dll telah diarahkan tutup demi memastikan wabak ini tidak merebak. Sana sini kita dengar orang demam termasuklah saya dan beberapa anggota delegasi filem MOMOK The Movie dan beberapa karyawan seni yang saya kenal. Ada perlunya saya rasa Puad mengumumkan juga langkah-langkah keselamatan bagi memastikan anggota delegasi yang sihat sahaja dibenarkan turut serta ke FFM22 daripada bercakap soal nak mengenakan penalti kepada mereka yang tarik diri.

Saya berpendapat adalah perlu juga FFM22 ditunda kepada satu masa yang lebih sesuai. Bukan sahaja kerana wabak H1N1 tetapi juga malam Nisfu Syaaban yang turut diadakan malam pembukaan FFM22. Pekalah sikit bila buat perancangan..tengoklah kalendar. Puad bukan tak boleh bagi cadangan ke kepada ahli jawatankuasa FFM22 mengenai perkara ini. Tak salah rasanya kalau FFM22 di tunda sikitkan?

Walau bagaimanapun FFM22 telah diteruskan. Semoga perjalanan FFM22 akan berjalan dengan baik hendaknya dan mendapat berkat dan rahmat Tuhan.


"FFM22 Filem Malaysia Ke Persada Dunia"

No comments: