Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Monday, November 7, 2011

MOMOK..Jangan Panggil Aku Di Festival Filem Malaysia Ke-24.




Festival Filem Malaysia Ke-24 yang akan berlangsung di PICC, Putrajaya pada 20 November depan akan menyaksikan sebanyak 25 anugerah dipertandingkan. Manakala Pengumuman Percalonan 5 Filem Terbaik (Top Five) akan di umunkan di satu majlis yang akan di adakan di TGV KLCC pada 9hb November. Tema festival filem pada tahun ini iaitu Gemilang Filem Malaysia. Anugerah Gemilang yang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Anugerah Gemilang Perdana dan Anugerah Gemilang Cipta.

Di bawah kategori Anugerah Gemilang Perdana sebanyak 14 trofi yang akan menjadi rebutan. Manakala di bawah Anugerah Gemilang Cipta pula sebanyak 11 trofi yang akan dipertandingkan.

Anugerah Gemilang Perdana adalah bagi Skor Muzik Asal Terbaik, Pereka Kostum Terbaik, Penyunting Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik.

Anugerah Gemilang Cipta pula diadakan bagi Poster Terbaik, Kesan Khas Visual Terbaik, Pelakon Kanak-kanak Terbaik, Pelakon Harapan Wanita, Pelakon Harapan Lelaki, Lagu Tema Asal Terbaik, Pengarah Harapan, Filem Pendek terbaik, Filem Animasi Terbaik, Filem Box Office dan Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu.

Terdapat dua lagi Anugerah Khas diwujudkan dalam FFM 24 ini ialah Anugerah Perdana Khas & Anugerah Khas Juri.

Tujuan Galaksi Seni Sdn.Bhd (GSSB)@ MOMOK..Jangan Panggil Aku (MJPA) menyertai FFM 24 adalah untuk memeriahkan Majlis Penganugerahan yang pastinya bertujuan memartabatkan Industri perfileman tanahair kita. Tercalon atau tidak, menang atau kalah, bukan perkara utama. apa yang penting industri perfileman tempatan terus gah.


Nantikan filem Terbaru terbitan GSSB..MOMOK..Jangan Cari Pasal (Tak-Pasal-Pasal Cari Pasal!) di Pawagan-Pawagam 2012!

No comments: