Kita pernah berjanji..26 tahun yang lalu...sama-sama memadu kasih
Di suasana romantis yang penuh indah
Disaksikan bulan dan bintang..
tiada perpisahan akan berlaku antara cinta kita..
Namun kita terlupa..benar-benar terlupa..
tentang kematian..Yang pasti datang kepada setiap insan
Aku terumbang ambing tanpa mu..
tanpa teman diajak berbual,tanpa irama utk didendangkan bersama
tanpa duka dan suka untuk dikongsi bersama.
Tanpa belaian dan dodoian utk beradu pada setiap malam yang tiba.
Tanpa aku duga aku seorang lelaki yg kini boleh menangis sepertiseorang bayi yang sentiasa mengharap kasih dan belaian.
Anak-anak gagal mengubati rindumu pada mu
Yang..malah seperti biasa menyakitkan hati kita sepertimana adanya kau dulu..
Aku tidak lagi rasa dihargai sepertimana kau menghargaiku, menghormatiku.
Membuat aku terasa raja sebagai suamimu
Aku hanya ada kau dan kini kau tiada lagi..Yang lain?
hanya hipokrit yang sendiri kita tahu
Kematian memisahkan kita..namun janji tetap janji kerana cinta kita sebenarnya tetap utuh..kekal dan segarkerana kematian itu hanya membarakan rindu..
Aku redha dengan pemergianmu sayang..Tuhan lebih menyayangi mu..
Mampukah kau mendengar suara hatiku ini sepertimana biasa?
Aku mengharapkan rahmat dan doa dimakbulkan NyaUntuk bertemu kembali di Syurga.
Aku Rindu Pada Mu sayang..Isteriku Dunia Akhirat
Al-Fatihah buat mu Siti Rohani Wahid
No comments:
Post a Comment